Post-Interview: Tergantung Sepi

Assalamualaikum. Sudah lama saya pendamkan keterkilanan ini. Saya berharap pihak yang tertentu dapat membuka mata berkenaan isu ini.

Isu pengangguran sememangnya sudah menjadi isu klise apabila membabitkan fresh graduate.

Saya tahu dan faham betapa sukarnya ‘working survival’ untuk graduan lepasan IPTA dan IPTS. Berkejar untuk pergi ke interview di sana, berkejar untuk pergi interview di sini. Bermacam artikel serta tips yang dikongsikan untuk graduan membuat persiapan menghadapi interview dengan lancar.

Tapi, bagaimana dengan pihak interviewer?

Bagi saya, setiap perkara perlu ada ‘give and take’. Bila orang berbudi, kita juga perlu berbahasa.

Saya tak nafikan interviewer berhak membuat keputusan untuk menentukan calon mana yang paling sesuai untuk diserap masuk sebagai pekerja di dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Namun, saya merasakan perlunya juga sesebuah syarikat atau organisasi menunjukkan profesionalisma dan kredibiliti mereka setelah selesai sesi interview terutamanya dalam perihal memberi keputusan temuduga kepada calon.

Saya tolak tepi dahulu isu ‘kabel’ dalam kalangan interviewee. Walaupun kita sudah maklum jawatan tersebut sudah pun disimpan untuk ‘calon istimewa’, namun saya mohon agar pihak syarikat atau organisasi memberikan keputusan formal kepada calon-calon yang lain walaupun keputusannya adalah GAGAL.

Walaupun pahit untuk diterima, sekurang-kurangnya keputusan itu JELAS untuk ‘calon menunggu’.

Respon melalui auto-email pun sudah memadai. Tak perlu membuat panggilan kepada setiap calon. Ataupun maklumkan awal-awal kepada calon berapa lama tempoh keputusan dengan tepat. Bukan respon berbasai-basi.

Saya pertikaikan isu ini apabila ada bahagian HR sesetengah syarikat hanya memberikan respon ‘atas angin’ apabila calon bertanya berapa lama tempoh keputusan interview boleh diketahui.

“Tengoklah dik. 2, 3 bulan lagi kot. Apa-apa hal kita maklumkan…”

Sudahnya tergantung sepi begitu sahaja. Calon yang perlu faham-faham sendiri dirinya tidak layak untuk jawatan yang dipohon.

Jadi, apa rasionalnya perlunya memaklumkan kepada calon interview berkenaan tempoh yang tepat untuk menunggu hasil keputusan interview?

1) Tidak semua calon interview merupakan penganggur yang tiada pekerjaan. Gagal atau lulus interview, calon berhak tahu, lebih-lebih lagi untuk menghantar notis berhenti kerja kepada majikan terkini.

2) Calon boleh menggiatkan lagi usaha untuk mencari pekerjaan lain daripada terus menunggu jawapan yang tak pasti.

3) Hargai usaha interviewee yang jobless (sah-sah tak berduit), masih lagi menghadiri temuduga dengan harapan ada sinar baru. Hargai tak semestinya dengan menerima calon sebagai pekerja. Cukup sekadar memberi maklum balas yang jelas. Kalau kena kat anak kita, apa perasaannya?

Menghadiri interview bagi saya sama konsepnya seperti sedang menjalani peperiksaan. Setiap peperiksaan, ada keputusannya. Begitu juga dengan interview kerja. Baik atau buruk keputusannya, pengakhirannya kita perlu redha.

Sebelum meredhakan, mohon pihak yang berkenaan mengemukakan keputusan yang jelas.

Over-qualified or not qualified, just inform. Tak perlu penjelasan, sekadar makluman. Rasanya dalam setiap resume atau CV calon ada dinyatakan alamat email atau nombor telefon terkini. Sekiranya kita memudahkan urusan manusia lain, Tuhan juga memudahkan urusan kita.

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit