Post-Mus Confession

Assalam semua. Aku cuma nak share fikiran2 yang berlegar dalam otak aku seusai confession Mus. Haha team tak boleh move on. First of all, thank you Mus sebab share discovery kau. Aku appreciate kau cerita dengan details semua tu dan buatkan kami bangga dan lebih bersemangat dengan sejarah asal usul kami. Aku confess ni bukannya nak memburukkan mana2 pihak tapi aku harap akan adanya positive discussions dari semua. Confession ni panjang, so bear with me.

Aku sebaya dengan Mus. Lepas sekolah aku dapat offer study overseas. Kat sana aku mula kenal usrah tarbiyah dakwah dan yg seangkatan dengannnya bersama satu jemaah ni. Lets call it Jemaah Ikan.
Aku first join sebab aku memang ada pasang niat nak berubah jadi baik dekat overseas. Dan memang betul, dengan jemaah ni, aku ada support system yang baik utk berubah. Aku lebih dekat dengan AlQuran dan cara hidup Islam yg menyeluruh.

Tapi of course la bila kau dah join satu2 jemaah ni, kau akan di brainwash kan dengan kefahaman2 mereka, either direct or indirectly. And aku tak cakap benda ni salah pun. Naturally as a human, bila kita rasa benda tu betul kita akan try to influence orang lain utk setuju dengan kita kan. Cuma yg jadi masalahnya bila aku terima benda tu bulat2 dan not being critical about it. Okay mesti korang wonder kan apa kaitannya dengan confession Mus pulak ni? Haha.

Fyi, jemaah Ikan ni dia memang bagus tapi bila dah makin lama dalam jemaah ni, makin banyak persoalan yang aku ada. Dan antara yg paling utama mestilah ketidaksefahaman-nya dengan jemaah2 lain..contohnya Jemaah Asam. Jemaah Ikan dan Asam tak sependapat dalam banyak benda. Dan sebab itulah kadang2 timbul isu rebut junior lah student tak bersatu lah.

Aku stay dengan Jemaah Ikan sebab aku nak Islam. Aku pun go with the flow je la. Tapi lama kelamaan, aku jujurnya makin serabut dengan isu2 ni sebab aku rasa as an organization yg perjuangkan Islam, kenapa kita kena bergaduh dan berpecahbelah.

Dan aku tahu ramai je orang lain yg tak selesa dengan jemaah2 Islam ni sebab kami lah antara punca students kat overseas tak bersatu. Kadang2 tak bercampur dengan group students lain sebab ada je program2 yg kami dah rencanakan sendiri sesama kami. Aku faham yg selalunya memang kami takde niat pun tapi aku wonder gak la kenapa kami sendiri yg kadang2 create that gap. Kami cuba jugak nak solve the issue. Tapi isu ni panjang lebar pulak nak ceritanya. Aku tak salahkan jemaah dan aku tak salahkan orang yg ada perception negatif tu. Semua pun ada sebab masing2 dan aku faham benda tu.

Cuma yang aku perasan bila dah lama dalam jemaah ni, aku tend to jadi bias dalam certain issues. Contohnya Ikan betul Asam salah. Asam tu fokusnya Melayu, kita kat Ikan ni nak fokus Islam. Jadi kita betul. Semua yg govt buat tu salah. U know..things like that. Bukannya diorang yang directly hasut aku ke apa. But things build up over time dan somehow aku pun menjadi binary thinker..mengambil sesuatu secara hitam dan putih. Sedangkan dunia ni ialah shades of grey.

Ya memang salah aku sebab aku ni jenis yg terima je tanpa buat research sendiri. Yela sebelum aku masuk jemaah ni, pemahaman aku tentang isu semasa, politik & sejarah takat on the surface je. Aku ni just remaja biasa je dulu suka fashion artis gosip gajet dan kemudian masuk usrah sebab nak berubah jadi baik. So senang la utk aku jadi bias sebab aku dapat info dari satu jenis sumber je.

Jadi disebabkan lama2 aku rasa macam this is not right dan banyak persoalan aku yg tak terjawab, aku pun stop jap usrah dan try to be as neutral as possible bila balik Msia. Cuba utk lebih membuka minda aku dengan benda lain kat dunia ni. Observe cara orang lain naikkan Islam instead of fokus kepada cara jemaah aku je.

Dan confession Mus adalah semacam eye-opener utk aku tentang kepentingan mencari identiti diri dari sejarah asal usul kita. Komen2 dari post tu membawa aku kepada page The Patriots dan blog2 yang membincangkan tentang sejarah bangsa melayu yang dulunya mungkin seolah taboo utk aku bila aku bersama jemaah Ikan.(Bukannya taboo sebab diorang yg halang aku baca tapi taboo sebab perception yg aku da bina sendiri).

So makin banyak aku baca makin aku rasa banyak sangat yg aku tak tahu dan makin aku rasa bahaya sebenarnya bila kita cuma follow dan bias tanpa faham sepenuhnya sesuatu perkara tu. Actually melihatkan keadaan umat Islam sekarang, sangat penting utk kita semua bersatu despite of our ideology or fahaman politik. Believe it or not, ada tangan2 yg nak melaga-lagakan kita supaya berpecah belah dan tak bersatu. U can call me paranoid but it’s true.

Read and learn. Start with history tapi jangan berhenti takat sejarah Islam yang dapat kat dalam usrah je. Tapi kaji jugak sejarah bangsa kita. What makes us great, what makes us down. Bukannya untuk kita rasa proud dan rendahkan bangsa lain tapi sebenarnya di situ kita akan jumpa jati diri kita. Jati diri yang orang luar cuba nak padam dari kita. Orang yg cuma terikut-ikut sesuatu benda tanpa pengetahuan yg betul/menyeluruh akan mudah diserang minda dan jiwanya.

Sekarang ni zaman fitnah dan penyerangan minda berlaku melalui propaganda dan media. Itu yang aku dapat simpulkan. Aku tahu benda ni sensitif. Tapi aku harap dari confession ni akan lahir discussions yang positif. Thank u admin sebab publish confession aku.

Again, bukan niat aku nak burukkan mana2 pihak. Aku confess kat sini sebab audience page ni mostly generasi aku jugak yang tercari2 fungsi kewujudan dalam era penuh kejumudan ni. Haha tu lirik Malique. Usrah tu bagus. Jangan sebab aku korang keluar usrah pulak. Usrah lah dakwah lah. Memang tu yg sepatutnya. Tapi kena faham kenapa kita buat sesuatu benda tu. Nak faham sesuatu isu kena faham betul2. Jangan pick and choose mana yg kita suka je. Orang luar senang nak pengaruh senang nak cucuk.

Jadi apa2 pun, keep an open mind, be neutral and read. Like a lot! Jangan jadi mangsa propaganda macam dalam cerita Hunger Games tu. Jangan jadi penyebar fitnah walaupun fitnah tu tentang group yang tak sehaluan dengan kita. Read! Tu wahyu pertama Allah turunkan kat Nabi. Sekian terima kasih.

– PM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit