Assalamualaikum. Selama ini saya baca confession orang lain, tak sangka tiba masa terkena pada diri sendiri.
Saya (29F), medical doctor. Husb (31M), berkerjaya sama, di hospital yang sama.
Personaliti kami memang berbeza, langit dan bumi. Dia introvert, saya… boleh kata extrovert. Jika dia suka hitam, saya suka putih. Memang selalu contradict apa yang kami sukakan.
Saya jenis yang tegas dan kasar, lebih-lebih lagi waktu bekerja, dan suami pula jenis pendiam, soft spoken, tak pernah marah-marah. (Kalau ada yang tengok cerita queen of tears… Lebih kurang macam tu la personality kami)
Tapi kami berkahwin memang atas dasar suka sama suka, kami berjumpa waktu student, dan Alhamdulillah Allah mudahkan urusan perkahwinan semua.
Perkahwinan kami memang banyak diuji, lebih “rough patch” berbanding waktu happy. Mungkin sebab kami tak dapat banyak luangkan masa bersama. Dua2 terlalu sibuk dengan kerja di hospital.
Tapi sejak kami berpindah di hospital baru, hubungan kami makin elok, kami happy sebab hospital ni kurang sibuk dan saya pun tengah pregnant jadi macam suami memang banyak lebihkan masa untuk saya.
Saya bersalin di awal ramadhan, suami ada bersama di labour room. Dia nampak saya menahan sakit 7 jam, baby keluar semua.
Dalam tempoh seminggu, suami cuti, saya rasa bersyukur sangat alhamdulillah Allah beri org yang baik untuk jaga saya, suami pun ambil confinement lady untuk uruskan semua.
Tapi apalah nasib ku sangkakan panas berpanjangan… Kita memang akan diuji dengan apa yang kita paling sayang kan?
Selepas seminggu, suami mula berubah. Sepanjang waktu dengan phone sahaja. Tak pegang langsung saya, pandang pun macam mengelak untuk bertentang mata….
Waktu ni saya dah rasa ada benda tak kena. Saya tanya dia terus, ada masalah apa2 ke, ada tersuka/contact orang lain ke. Semua dia menidakkan.
Sampai satu hari – genap anak saya 21 hari, saya buka whatsap phone suami, Allah nak tunjuk… saya memang tak pernah check phone dia sebelum ni… Saya nampak dia bermesej flirt dengan houseman (junior doctor) dia. Perempuan cina.
Mereka mula mesej flirt seminggu selepas saya bersalin. Dan mereka ada keluar bersama sekali. Masa tu tak tau macam mana nak describe rasa dalam diri saya, bergegar, gelap dunia….
Saya terus confront dia, tanya apa semua ni. Mula-mula dia cuba untuk deny, tapi last-last mengaku juga.
Dia kata dia buat semua tu sebab dia dah ‘reached his limit’, sebab saya kerap marah-marah, cakap kasar dengan dia sejak lepas saya bersalin. Jadi saya buat dia stress, jadi perempuan tu hanya distraction untuk dia.
Saya sangat speechless. Daripada pilih untuk berbincang dengan saya, dia terus carik perempuan lain. Rasa hancur, macam ditikam masa tu.
Lepas saya nangis, dia baru macam tersedar, nangis minta maaf sebab dia kata dia buat silap masa dia buat tu dia tak fikir.
Btw, ibu saya tinggal sekali dengan saya, tapi lepas pantang ni dia akan berpindah ke rumah abang saya.
Saya tak boleh nak bagitau ibu saya apa yang dah jadi, sebab ibu ada depression, saya takut ibu saya pula yang breakdown. Jadi saya simpan benda ni sendiri. Memang rasa macam saya hilang diri saya dah
Saya tak boleh makan, minum. Semua muntah. Saya tak boleh nak urus diri. Lepas hari yang kelima baru saya boleh makan sikit. Saya sentiasa nangis bila seorang. Dan ada kena panic attack every now and then.
Saya minta suami lepaskan saya dengan cara baik, sebab saya rasa saya tak mampu untuk terima dia semula.
Tapi suami minta bagi dia peluang, dia kata dia tersilap. Dia ada lafaz taklik juga jika dia buat atau ada hubungan lain.
Raya? Sebab depan orang, saya takkan la nak meraung. Ambil gambar raya semua macam biasa. Tapi hancurnya hati saya setiap saat bila tengok muka anak saya dan pedihnya saya setiap kali tengok muka dia.
Cumanya, saya tak dapat nak benci dia. Saya cuma sedih sangat.
Sejujurnya sekarang ni saya tak tau nak buat apa… patut ke saya bagi peluang, atau lepaskan.
Dan saya tak tau patut ke saya seek help sebab saya rasa saya dah depressed… tapi saya malu, sebab kalau pergi, semua colleague akan tau… sebab kami dalam field medical.
Saya sekarang berdoa saya mati je. Supaya dia happy dan saya tak buat dia stress lagi.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik.. Kau xyahlah nak cover dosa suami nak cakap kau je yg over post partum depression.
Kalau kalau tak post partum pun kalau suami curang mmg meroyan dik.
Dan kau ada hak nak meroyan.
Jgn denial sgt pls. Blaja pandai keje elok cuba otak tu guna sikit bab kehidupan personal.
hai awak, kalau awak ad depan sy2 nk hug awak kuat2,.sy melalui perkara yg sama spt awak.Pada awalnya mmg nk berpisah tp sy memberi 1 peluang utk dia buktikan dia akan jd terbaik lepas ni. Awak memaafkan x bermaksud kita melupakan tp x salah mencuba utk membuka 1 lagi lembaran yg baru..wahhh berpujangga laa..Awak Ingat ALLAH..awak kene kuat demi ank dulu. muhasabah diri dulu..take care dear
Aq setuju dgn Apple cider punya komen nie, bagi aq confessor nie in denial sebenarnya. Mungkin sbb doktor muda, baru bbrp thn kja kut, krg experience lg, sbb aq nmpk depression dia tue dtg dari kecurangan somi dia tue, bkn drpd anak tue. Semua org akn meroyan klo somi curang kut, wlupun ko x baru lahirkan anak.
Lg satu, klo takut malu dgn colleagues, gi jer lar hospital laen, klinik laen, or swasta ke, pilihan ada kut.
communication is the key…pastu merajuk tak nak cakap….sbg lelaki hanya mampu diam je mat, telan sorang2 sbb tu merupakan kita ni kuat