Post-partum depression, atau bahasa mudah orang kita, meroyan. Bila dengar meroyan je, semua orang ingat ibu tu gila, ada masalah mental, ada masalah rumah tangga.
Tolonglah, masyarakat masih tak cakna tentang isu post-partum depression (PPD) ni. PPD boleh berlaku pada mana-mana ibu, tak kira bagaimana pun latarbelakang ibu tersebut.
Punca PPD ni adalah disebabkan hormon ibu yang terus menjunam & hay-wire selepas bersalin. Yelah, daripada ada baby dalam rahim, terus tak ada dalam rahim dah (sebab dah diberanakkan). Jadi hormon akan terus drop.
Dan nak aku tekankan yang PPD itu bukan gila. Kami cuma perlukan sokongan dan rawatan jika berlarutan.
Aku salah seorang ibu yang mengalami PPD peringkat awal. Macam aku tulis awal tadi, sesiapa sahaja yang melahirkan anak, boleh mendapat PPD, dan akulah insan bertuah tersebut.
Kenapa bertuah? Sebab aku belajar bersyukur, belajar untuk lebih cakna, dan sekarang akulah yang paling lantang suarakan tentang PPD kepada keluarga dan kawan-kawan aku.
Sepanjang aku mengandung, aku bersembang dengan banyak ibu-ibu. Rajin mereka berikan tips & nasihat tentang itu dan ini, tapi tiada seorang pun pernah memberi nasihat tentang PPD.
Tiada seorang pun, dan PPD ni tak pernah terlintas langsung dalam kepala aku.
Aku berusia lewat 20-an ketika bersalinkan anak pertama secara pembedahan kecemasan. Rezeki aku dikurniakan zuriat yang cepat.
Rasanya semua ibu akan nervous sebelum bersalin kan? Ya, aku juga. Dan pada masa yang sama, aku excited nak melihat bagaimana rupa baby. Aku pada masa tu berasa nervous, takut tapi gembira dan bahagia.
Apabila baby dikeluarkan dari rahim, aku kedengaran bunyi tangisan, nurses terus bawa baby kepada aku untuk sahkan jantina.
Perasaan pertama bila aku jumpa baby;
Aku senyum, tapi aku rasa sedikit kosong.
Mungkin sebabkan bius yang buatkan aku tak berasa perasaan aku. Aku tengok sahaja mereka bawa baby keluar.
Disebabkan PKPP, suami/ penjaga tak dibenarkan bermalam di ward untuk temankan ibu (hospital swasta). Baby pula di nursery, sementara menunggu aku perlu berbaring selama 6 jam untuk stabilkan badan.
Pertama kali aku peluk baby di hospital, aku rasa seperti orang asing dengan baby. Rasa seperti tiada ‘connection’.
Tapi aku cuba layan jugak. Menyusukan baby. Sembang dengan baby walaupun aku kedengaran janggal. Selesai menyusu, aku panggil nurse untuk ambil baby dan hantar ke nursery.
Pagi esoknya, aku rasa bersalah kerana tinggalkan baby di nursery. Sepanjang berada di hospital, aku minta baby cuma untuk bagi susu, untuk sedapkan hati daripada rasa ‘bersalah’ kerana tinggalkan dia di nursery.
Senang cerita, aku rasa macam tak betul bila baby ditinggalkan di nursery, baby patut bersama ibunya. Tapi, aku harap aku bukan ibunya. Complicated kan?
Aku tahu, aku cuma ‘pretend’ untuk jadi ‘ibu’ sebab aku tak rasa bond bersama anak.
Malam pertama tidur dengan baby di rumah, aku rasa seperti orang asing lagi. Aku tak rasa bahagia, aku tak rasa gembira. Malam pertama dirumah, aku nangis sepanjang malam.
Apa yang aku rasa? Aku rasa macam aku harap baby tu bukan baby aku. Aku cipta situasi yang “baby di sebelah aku ni sebenarnya baby orang lain, dan aku ditugaskan untuk menjaga dia. Nanti bila orang tu dah datang balik, aku tak perlu jaga dah”.
Aku dijaga mertua. Mertua ada peraturan pantangnya sendiri, dari segi makan, uruskan diri dan pelbagai. Kadang-kadang tak tercapai logik tapi aku ikut sahaja. Tapi, makin hari aku makin tertekan. Kalau mak sendiri, lain situasinya.
Ditakdirkan baby ada demam kuning tinggi selepas beberapa hari. Jadi baby terpaksa ditahan di hospital manakala aku duduk sahaja pam susu dirumah. Cukup jam, ayahnya akan hantar susu ke hospital.
Malam pertama baby tiada di rumah, aku rasa teramat tenang. Sunyi tanpa tangisan, tapi teramat tenang. Aku tidur dengan lena, bangun dengan bahagia.
Manakala ayahnya awal pagi lagi dah bergegas ke hospital untuk melawat baby. Aku tak dibenarkan melawat, kena duduk dirumah dan aku gembira.
Bila baby akan discharge esoknya, aku kembali rasa sedih, resah & takut.
Beberapa kali mertua aku perasan aku menangis, tapi…
“Dalam pantang tak boleh menangis. Nanti meroyan. Tahan nangis tu.”
Ayat ni lagilah buatkan emosi aku bertambah teruk.
Hampir dua minggu, aku beritahu suami. Dia diam-diam bawa aku ke hospital untuk dapatkan rawatan. Doktor suruh aku keluar jalan-jalan, naik kereta tak keluar jejak tanah pun tak apa.
Tinggalkan baby sekejap. Suami amat membantu untuk tenangkan emosi aku. Mertua bising juga sebab aku dah keluar rumah tak cukup 40 hari lagi, langgar pantang katanya.
Tapi suami pandai cover, katanya nak bawa aku pegi pickup barang yang aku beli — padahal dia yang beli.
After a week, aku rasa lebih lega daripada sebelumnya. Lebih tenang, cuma ‘bond’ dengan baby tu masih kurang, tapi aku berusaha.
Alhamdulillah, sekarang dah nak almost 1 year old, dia lah nyawa jiwa raga aku dan suami. Sayangnya tak terkata, sampai aku boleh buat perumpamaan yang senyum dia lagi manis dari Starbucks triple pump.
Tapi bila terkenangkan yang aku pernah rasa yang aku harap dia baby orang lain, kadang-kadang itu buatkan aku sedih. Mama tak sengaja nak berperasaan macam tu.
Cuma benda ni buatkan aku trauma nak berpantang lagi. Moga diberikan yang terbaik untuk puteriku.
– Maria V (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit