Post-PhD D3pr3ssion

Assalamualaikum, di sini aku rasa aku dah deep into depresion state. Let me share my story.

Btw, aku dah habiskan PhD aku tahun 2017. Research niche aku is Bioproses. Sebenarnya, dah 2 tahun aku mencari kerja from diploma level until Phd level. But still, failed to get any.

Their rejection reason, im too overqualified for the job. Kalau sorok Phd & Master aku dalam Resume, they will asked me kenapa ada void 8 tahun with no working experience? Masa tu kena open up-lah kata ada Master & PhD. Disebabkan itu, they reject me for the same reason.

I’m a man, almost 32 years old. With no stable job, no stable income. Aku makin takut dengan hari-hari yang mendatang. Aku kesian pada mak ayah aku.

Pada usia menginjak 32 ni, aku patut dah mampu bantu diorg dari segi perbelanjaan harian supaya mereka tak perlu pening berkira2 dalam hidup. Ada lagi 3 adik masih belum habis belajar, itu pun perlu mereka tanggung.

Aku? Hanya mampu sara diri sendiri. Maaf ibu ayah dan adik-adik abang.

Terkadang bila aku di atas motor untuk mengambil dan menghantar pesan, aku dah makin kerap mengelamun. Aku selalu recall berapa tahun dah aku guna untuk mengejar satu title PhD.

Aku mula menyesal sebab 8 tahun master & PhD tu, kalau aku guna untuk build up career dari bawah, aku rasa hidup orang tersayangku akan lebih baik.

Aku baru sedar, kawan2 ku sebaya dah mula berjaya dan mempunyai kehidupan yang stabil. Aku pula terlewat 8 tahun.

Aku mula rasa sinis bila membaca komen2 “sambung belajar sebab minat belajar”, “buat PhD sebab cintakan ilmu”. Aku pun begitu dulu, kerana cinta untuk belajar, sumpah benar. Kerana itu, aku sambung belajar hingga PhD. Tapi lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?

Jika nak dibandingkan segala hutang pelajaran yang telah aku ambil dengan keadaan aku sekarang. I want to say its not worth it to DIRECTLY pursue to postgrad after degree just because you minat belajar dan cintakan ilmu.

It. Not. Worth. It!

I would say postgrad is only suitable for working people with lots of experience dan expert in certain field.

Lecturers & Professor also should stop aiming fresh grad student to be their postgrad student. Please encourage them to work and gain experience first.

We all know that the fellow lecturers also aware about the increasing unemployment rate of Master & PhD holder. But they just can bother it and they have the kpi tu be fulfilled. Not many working people want to pursue postgraduate study especially in research mode where they have to be full time student.

Please, plan wisely your life, my future generation. Things have changed now.

Ilmu bukan terletak di Universiti saja. Di kilang-kilang, ofis-ofis hatta di jalanan pun ada banyak lagi ilmu.

Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekeliling mu mendapat manfaat. Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah kulit tebal dan rak buku terperuk dalam library. Entah siapa yang akan membacanya nanti.

Yes, i think i’m d3pr3ssed so thats why im kinda pesimist and negative now. Sorry for that, but this harsh word are for kesedaran generasiku semata-mata.

Dont worry for me. I will survive and will keeps on hustling for my loves one.

– Grabfood PhD Holder (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit