Posting di jabatan Otopedik semasa menjadi pelajar perubatan adalah salah satu posting yang paling saya gemari. Bila bercakap tentang Jabatan Otopedik Universiti Sains Malaysia, pasti semua orang akan tahu betapa hebatnya pasukan doktor-doktor yang menjadi pakar di sini. Persakit daripada seluruh tanah air dihantar ke sini bagi mendapatkan rawatan.
OORU (Orthopaedic Oncology and Reconstructive Unit) adalah team yang menaikkan nama Jabatan Otopedik di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), selain daripada team lain (Team Hand, Arthroplasty, Spine, Sports etc), dan saya adalah salah seorang pelajar perubatan yang duduk di bawah pengawasan pakar perunding, pakar-pakar dan medical officer OORU di tahun 4 pengajian.
Seperti biasa, kami diperlukan untuk memerhati pembedahan yang dilakukan, dan mengikuti segala aktiviti pasukan OORU, seperti morning round, operation theatre, teaching dan lain-lain. Kali kedua saya memasuki bilik pembedahan, menyaksikan salah seorang pakar terhebat,
Dr Nor Azim dan 2 orang medical officer sedang membuat pembedahan “Excision of Leiomyosarcoma of left anterior thigh”, di mana, otot di bahagian hadapan paha pesakit menghidapi kanser, dan perlu dibuang semuanya bagi mengelakkan kanser tersebut merebak ke tempat lain. Setelah 4 jam operation tersebut berlangsung;
“Boss, I’m burned out, I cannot even focus on this operation, I’ve been on call last night, I’m sorry boss”, kata salah seorang medical officer (MO), Dr Norli namanya
“Ok, you can unscrubbed, and go and have some lunch first”, kata Dr Nor Azim, dan beliau menyambung
“Anyone want to assist this operation? Medical student?”
Selepas beliau berkata sedemikian, rakan-rakan saya segera memandang muka saya…
“Onn, engkau pergilah, engkau kan nak jadi orthopaedic surgeon?”, ujar Farah, rakan pelajar perubatan saya
“Dr Nor Azim, I would like to volunteer myself to become your assistant”
“Good, go ahead and learn how to scrub with the staff nurse, and then came back here as soon as possible, we need another assistant”
Jururawat OT, Kak Long mengajar saya untuk scrubbing. Kali kedua masuk OT, dan tiada apa-apa pengetahuan untuk scrubbing, donning dan lain lain. Kak Long sangat baik orangnya, tetapi tegas, 7 minit kemudian, tangan telah dicuci mengikut tatacara 7 langkah mencuci tangan, ditambah dengan memberus kedua-dua belah tangan, pemakaian disposable gown dan 2 lapis sterile glove
Ya, lupa saya katakan bahawa pesakit mempunyai Hepatitis B, jadi saya memerlukan disposable OT gown dan double glove. Biasanya gown OT bewarna hijau, tetapi kali ini bewarna biru, dan material kainnya juga sedikit berbeza. Segera saya kembali ke meja pembedahan, mungkin gaya gelabah saya diperhatikan salah seorang MO
“Adik, relaksla, jangan gelabah sangat”
“Haha, sorry doctor, first time”, saya menjawab sambil tersengih,
Cuba anda bayangkan, kali pertama memegang otot manusia yang masih hidup, memegang bahagian tulang dan lain-lain. Selama ini di tahun 1, 2 dan 3, kebanyakkan bahagian badan yang pernah saya sentuh adalah cadaver, iaitu mayat, tidak pernah menyentuh otot manusia yang masih hidup lagi.
Dr Nor Azim sangat hebat orangnya, setiap pergerakkannya, disusuli dengan 2 assistant termasuk saya dan OT nurse yang sangat sistematik dan Dr Bius yang sering memerhatikan vital signs pesakit. Ibarat orchestra, di mana setiap pemain alat music perlu memasuki rentak antara satu sama lain
Hebatnya OT nurse, Dr Nor Azim hanya menghulurkan tangan, dan refleksnya memberi alat pembedahan yang lain tanpa perlu diminta. Pengalaman mengatasi segala-galanya.
“Eric, tolong aku sikit”, bisik saya kepada rakan saya di sebelah.
“Kenapa adik?”, ujar Dr Lim, first assistant
“Ala, dia nak suruh kawan dia ambil gambar dia tengah operation la tu”, kata Dr Nor Azim dengan nada sindiran
“Eh, bukan doktor, saya nak minta tolong Eric betulkan mask saya”, saya menerangkan apa yang berlaku
When you are a medical student, you will become scared of everyone superior to you. My damn mask keep on falling down a bit although I secure in tightly, and I’m wearing a spectacles. The fog from my own breath, which is warmer than the operating room obscuring my vision. Then, Eric came and helped me and wiped my glasses too
“Back to High Definition”, fikir saya di dalam hati
3 jam, 4 jam dan 5 jam kemudian. Kesemua rakan saya telah pun meninggalkan operation theatre 1 jam selepas operation kerana ada kelas. Dan saya tinggal untuk membantu operation. Jam menunjukkan pukul 5 petang, dan operation ini telahpun berlangsung daripada jam 8 pagi, dan saya mula membantu jam 10 pagi. Dr Lim telahpun ditukarkan dengan Dr Ramzi 3 jam lepas. Dan saya masih membantu, kerana saya tahu, Dr Nor Azim melakukan pembedahan daripada awal pagi lagi.
Bahagian pinggang mula terasa lenguh, hampr terlupa bahawa saya telah berdiri 5 jam lebih, kerana melihat betapa hebatnya ciptaan tuhan. Otot yang menggerakkan tubuh badan, dipaut pula oleh tulang femur, dan bahagian sendi lutut dan pinggang yanhg bergerak secara sinergistik untuk membantu manusia berjalan. Hebat, sungguh hebat dan mempersonakan
“Wah, hebatlah adik ni, daripada tadi assist”, kata Dr Norli sebaik dia masuk di bilik pembedahan
“Boleh doktor, sebab saya nak grab peluang yang ada untuk belajar sebanyak mungkin, saya letih hanya melihat sahaja operation ni, I want to be a part of it”, kata saya
Dr Norli hanya tersenyum. Beliau sudah bekerja hampir 33 jam, dan masih boleh bercakap, berjalan dan lain-lain, sungguh mengagumkan. Saya diberi tanggungjawab untuk menggunakan stapler, untuk menutup luka pembedahan pesakit tersebut.
30 minit kemudian, pembedahan tamat, dan saya boleh menarik nafas lega. Akhirnya, terus saya unscrubbed dan duduk di lantai OT.
Terasa lenguh di pinggang hilang serta merta. Dr Nor Azim sangat hebat, dan beliau tidak sekali pun menjerkah, apatah lagi mencarut ketika operation dilakukan. Walaupun banyak kesalahan kecil dilakukan oleh MO dan juga saya sendiri, beliau hanya menegur dengan cara yang sangat lembut.
Tiada drama, tiada menepis tangan, tiada membaling instrumen. Perilakunya membuatkan saya bertambah hormat, dan kagum dengan Dr Nor Azim. Apabila ada peluang untuk menjahit, disuruhnya saya menjahit, sambil dia perhatikan dengan teliti setiap gerak-geri saya. Subcuticular suture, interrupted suture, semuanya diajarkan.
Minggu-minggu berikutnya, saya hanya mengikuti ke mana Dr Nor Azim pergi, dan pelbagai operation dapat saya bantu. Total Hip replacement, insertion of chemoport, excision of Lipoma, dan lain-lain. Satu hari, saya sedang mengikuti Dr Ramzi di klinik pakar.
“Onn, our boss is very happy with you in our team”
“Why boss?”
“You are the most enthusiast medical student he ever seen, and wanted you to be in his team one you graduated”
“Really, thanks doctor”
Dr Ramzi adalah seorang warga Yaman yang menetap di Malaysia bagi menyambung pelajarannya. Dia juga merupakan jiran saya di Universiti, dan selalu sahaja, warga Yaman, Palestin dan Syria ini akan menjemput saya untuk makan bersama mereka. Yup, makan di dalam dulang, memang tersangat hebat rasanya
“This afternoon, I have one patient to remove the interlocking nail, I want you to do it”, katanya
“Really doctor? Okay, I will try my best”
“Don’t try, just do it”, katanya sambil ketawa
Dan petang itu, saya Berjaya menjadi leading surgeon, dan Dr Ramzi menjadi assistant. Dan Alhamdulillah, pembedahan Berjaya. Betapa bersemangatnya saya untuk menjadi pakar otopedik semasa itu. Saya baru di tahun 4 pengajian, dan banyak pembedahan telah saya assist.
News did travel very fast, dan semasa peperiksaan long case bersama Prof Madya Dr Faridsham, iaitu salah seorang pakar di OORU, beliau mengatakan bahawa Dr Nor Azim ada menceritakan saya kepadanya. Dan habis peperiksaan, seminggu selepas itu, ya, saya dipilih menjadi Best Student in Orthopaedic semasa di tahun 4. Alhamdulillah.
TAMAT…
Notakaki – Entri ini bukanlah saya berniat untuk menunjukkan kehebatan saya, untuk poyo atau nak belagak, niat saya adalah untuk memberi adik-adik medical school satu inspirasi dan motivasi untuk anda berusaha lebih serta menyertai apa-apa yang berkaitan dengan pesakit seperti pembedahan, round, perbincangan tentang rawatan dan lain-lain
Harapan saya kalian dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada entri saya ini dan buat para pelajar perubatan yang membaca, semoga anda mendapat inspirasi daripada perkongsian saya ini ya.
Sekian…
– Ilzanno Sharky
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit