Postpartum Depression

Back then masa saya masih lagi berkhidmat di hospital sebagai pegawai perubatan, saya pernah berjumpa seorang pesakit ini yang mempunyai masalah kemurungan dan kali ini, dia cuba membunuh diri dengan menelan racun serangga.

Dia ditemani oleh suaminya yang mana mereka baru sahaja berkahwin lebih kurang setahun. Pesakit ini mengalami post-partum depression setelah dia melahirkan anak pertamanya (umurnya lebih kurang 2 tahun).

Akan tetapi, dia sudahpun menerima rawatan untuk penyakit kemurunganya sebelum ini. Untuk mana-mana pesakit yang tiba-tiba diserang secara acutely (acute stress reaction) memang tugas seorang pegawai perubatan untuk mengetahui apakah triggernya kali ini.

Bila ada trigger yang dikenalpasti, maka, daripada situlah pelan rawatan boleh dirancang dan disampaikan kepada kaunselor atau psychotherapist untuk rawatan lanjut selain daripada ubat-ubatan.

Akan tetapi, apa yang menakjubkan mengenai kes ini adalah apabila saya berjaya mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada masalah ini hanya selepas 5 minit bertanya kepada dia dan suaminya. Banyak percakapan saya dipotong oleh suaminya, dan tak habis – habis menyindir isteri dia di hadapan saya dan Medical Officer.

Sindiran dia berbahasa Inggeris kononnya untuk nak tunjuk pandai. (saya translate kan kata-kata dia kepada Bahasa Melayu sebab lagipun saya tak ingat dah apa ayat yang dia cakap kepada saya):

“Alah doc, mengada je lebih ni. Saya lagi teruk kerja pukul 8 pagi sampai ke 5 petang, lagi penat tapi tak adalah nak stress macam dia ni”.

“Dia ni duduk rumah jaga anak je pun, takkanlah itu pun nak murung”

“Saya rasa dia tak perlukan apa-apa rawatan pun ni. Leceh sebab bila balik rumah nanti, dia jadi macam ni juga”.

Fuh, memang menggeletar badan ni rasa sebab menahan kemarahan apabila suami dia sendiri memperlekehkan apa yang dialami oleh isterinya. Dia banyak menyampuk dan akhirnya, dia mengaku bahawa dia tidak beri isteri dia ambil apa-apa ubat kerana takut ubat tersebut boleh cross breastmilk terhadap anaknya itu.

Masalahnya, ubat yang diberikan itu adalah daripada doktor pakar yang saya pasti sudahpun menerangkan kepada pasangan ini bahawa ubat itu selamat. Akan tetapi, apabila dapat sahaja ubat tersebut, apabila tiba di rumah, si suami akan ambil ubat-ubat itu dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Akan tetapi, saya amat sukar untuk berkomunikasi tanpa berasa sakit hati selagi suaminya berada di situ, memotong cakap, merendah-rendahkan isteri dia dan siap marah-marah lagi. Bukan apa, dia sanggup memperjudikan kesihatan isterinya dengan alasan bahawa dia takut ubat tersebut akan menyebabkan anaknya cacat. Saya berkata kepada dia (yang ni saya tak perlu translate sebab saya ingat lagi apa yang saya katakan (80%) dalam kes ini).

Saya mengarahkan suaminya keluar daripada bilik tersebut dan mengarahkan isterinya duduk di dalam bilik tersebut terlebih dahulu kerana saya perlu bercakap dengan suami pesakit berseorangan. Saya iring dia ke satu kawasan yang tiada ramai orang lalu lalang.

“Mr Farid (bukan nama sebenar), did you realize that the decision to prescribe her these types of medications is actually being made by our specialist (psychiatrist) after he calculated the risk and the benefits to your wife’s case?”

“And on top of that, are you aware that all those medicines being thrown by an ignorance stupid piece of s#&T husband like you who acted selfishly when it comes to get your own wife a proper treatment is bad. Not only you were wasting the hospital resources in the form of drugs, you were also wasting our specialist time when you foolishly thinking that by throwing out the drugs and doing absolutely nothing, your wife will be cured and healthy both physically and mentally that she will be able to take care of yours and her kid.

And then, are you aware that the single tablet of this drug is about RM8 and you simply thrown away 60 tablets of the prescribed medicines per month. Can you do the math on how many ringgit of medicines being wasted by a moronic stupid illogical decision made by a person like you? Do you know how badly some people needs these medications because it’s a new drugs and will only be prescribed to a few people only in this hospital“

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang baru di mana doktor pakar hanya boleh memberikannya kepada beberapa orang sahaja mengikut kuota yang diberikan. Pesakit tidak perlu membayar ubat-ubatan ini. Kemudian, saya sambung lagi berleter

“You told me just now that whatever you are doing now is because you love your kid right? Okay, let me tell you this. Did you know that I have seen a lot of cases so far where the post-partum depression patient killed their own kids before killing herself. Do you want that?“

Dia mendiamkan diri sahaja dan menuruti saya masuk ke dalam bilik tadi semula ke bilik konsultasi. Tapi di sinilah suaminya naik hantu, marah-marah dan menengking saya secara terang-terangan. Tapi, belum sempat saya nak terasa pun lagi kemarahan dia, doktor pakar saya yang berada di dalam bilik tersebut terus menengking dia semula.

“Mr Husband, can you leave this room because you are making too much noise and you are disturbing me, and my MO to focus on their patient and their case. Based on the consultation just now because I overheard every single words you said to your wife and Dr Onn (HO) here, I am suggesting you to go to the nursing counter, meet SN Aisyah and ask her to set up an appointment. Not to your wife, but to you yourself because whatever you are doing and saying made absolutely zero sense and I think you need some treatment as well”.

Dia tarik muka, dan terus meninggalkan bilik konsultasi tersebut. Isterinya yang menangis daripada awal lagi terpaksa saya pujuk dan menolong dia untuk mengambil ubat di kaunter farmasi. Saya pesan dengan dia untuk makan ubat dengan betul pada masa yang disarankan.

Walau bagaimanapun, cerita ini tidak berhenti begitu sahaja. Malam semalam, seorang pengguna Facebook menghantar mesej kepada saya and it turns out, dialah pesakit yang saya ceritakan di atas dan saya rasa sedikit terharu sebab kes ini dah 3 tahun lepas berlaku (sebenarnya, saya menulis artikel ini setelah saya menerima friend request dan mesej daripada isterinya melalui Facebook, itu yang teringat balik kes ni).

Apa yang menggembirakan lagi adalah melihatkan dia dan suaminya nampak bahagia dan anaknya pun sihat. Si suami juga menghantar mesej kepada saya (menggunakan DM kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook) sebagai tanda berterima kasih dan memohon kemaafan atas perlakuan dia dan aduan bertulis terhadap saya.

Ya, sebenarnya, selepas kes ini, saya diarahkan untuk menulis surat tunjuk sebab kerana saya menggunakan bahasa kasar dan sindiran yang tidak patut kepada suaminya. Akan tetapi, mengikut suaminya, pada awal dia mendengar saya bercakap dengan dia, 3 tahun lepas, dia memang meradang dan marah-marah. Namun, 0setelah dia dah cooldown, dia bertekad untuk memulihkan semula keadaan rumah tangganya, terutama sekali perhubungan antara dia dan isterinya.

Apapun, saya sendiri juga telah menghubungi si suami menerusi nombor telefon yang diberikan isterinya dan saya memohon kemaafan juga atas tutur kata saya juga.

Alhamdulillah, satu demi satu kes-kes lama ini mulai hadir kepada saya untuk memberikan peluang kepada diri saya sendiri untuk memohon kemaafan kepada mana-mana individu yang pernah saya lakukan kesilapan terhadapnya. .

Juga, saya rasa kes ini amat menarik kerana bukan mudah untuk seseorang itu memohon kemaafan. Mendengar perkataan minta maaf sudah cukup bagus untuk apa-apa persengketaan menjadi reda walaupun tidak sepenuhnya.

Kesimpulannya, kadangkala perbuatan buruk kita daripada masa yang lalu akan mengejar diri kita dan kadangkala berjaya menangkap kita. Juga, perkara yang baik juga kadangkala ditunjukkan oleh Allah untuk memberikan peluang saya untuk memohon kemaafan kerana saya tahu, dosa sesama manusia perlu diselesaikan sesama manusia juga.

P/s – Ini bukan post nak membangga diri atau mengangkat bakul sendiri, ini adalah post untuk saya tunjukkan kepada anda bahawa setiap perlakuan baik dan buruk akan kadangkala mengejar kita. Jadi, mohon alert dan kurangkan membuat perkara buruk terhadap insan lain (sebenarnya, dah banyak kali dah saya ‘terlanggar’ peraturan ini kerana untuk sesetengah orang, semakin kita diam, semakin itulah kita akan diganggu).

P/s – Suami pesakit juga telah menghantar surat permohonan maaf kepada hospital tersebut dan memberi kebenaran kepada saya untuk menerbitkan kes ini dengan syarat saya tidak menggunakan namanya yang sebenar. Artikel ini telah saya hantarkan kepadanya terlebih dahulu dan dia bersetuju bahwa artikel ini, walaupun bersifat seperti serangan kepada dia dan isterinya, tapi dia mengakui kesilapan dan bertaubat untuk berubah.

– Ilzanno Sharky (https://www.facebook.com/drsharky88)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *