Assalammualaikum semua…
Terkejut hari ni baca berita seorang ibu yang sedang berpantang mati mengejut dengan pisau tertusuk di leher selepas bercakap dengan suaminya di telefon.
Cukup sekadar itu yang disiarkan di media, but let me share my experience yang pernah mengalami post partum depression selepas bersalin anak pertama dan kedua.
Tahun 2009, perkahwinan pertama ketika baru grad uni, dapat jodoh awal dengan bakal doktor. Rasa happy diawang-awangan ketika kahwin, then rezeki anak awal.
Diduga dengan kehadiran orang ketiga semasa mengandung, saya berpantang di rumah keluarga angkat kerana jauh dari keluarga.
Keluarga angkat sangat baik menjaga saya macam anak sendiri. Tetapi disebabkan mengalami bengkak susu yang teruk dan demam, saya sakit ketika pantang anak pertama.
Badan seram sejuk selalu dan sikap suami yang acuh tak acuh, menyebabkan saya semakin tertekan sehinggakan saya kerap terjaga jam 3 pagi dan melihat anak saya bermata tiga dan suara, “ini bukan anak engkau!”
Syukur, saya ditemani ibu angkat yang tidur bersebelahan saya setiap malam menjaga saya dan anak pertama.
Habis pantang, saya terus bekerja dan akhirnya berpisah ketika anak berusia setahun lebih.
Sejak itu rasa serik nak berumah tangga, sehingga lah 4 tahun lebih menjanda, saya menerima pinangan suami orang yang 22 tahun jauh berusia daripada saya pada 2016.
Sikap caring kepada saya dan anak menyebabkan saya membuka ruang dan peluang kepada bekas suami, tetapi ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Kehidupan menjadi isteri kedua yang jauh muda tidaklah seindah yang disangka.
Ketika mengandung, suami mengabaikan saya dan anak dan sangat jarang meluangkan masa di rumah sehingga saya hampir bersalin berseorangan di hospital.
Kebetulan, saya mengalami banyak masalah kesihatan ketika mengandung kali kedua dan akhirnya saya terpaksa c-zer untuk menyelamatkan bayi yang hampir lemas di dalam perut.
Pantang C-zer dan normal tidak sama, kesan jahitan dan sakitnya, hanya yang pernah merasai faham dan tahu.
Ketika berpantang, saya dibiarkan tetapi syukur saya dah mula kumpul duit dan upah Confinement Lady untuk menemani saya selama sebulan kerana saya tahu dengan keadaan sakit dan mental state saya, saya tak mampu.
Dengan suami kedua, saya menuntut fasakh pada 2020, penat menagih hak giliran bermalam saya, dan hak anak untuk mendapat kasih sayang seorang ayah… it is better to let him go.
Lagipun, barang pinjam kenalah pulang balik kan? Padan muka sendiri.
My experience dengan postpartum, masa itu kita dalam state yang sangat fragile. Even a simple act or words boleh buat kita rasa sangat lemah dan boleh ambil tindakan melulu.
take this word from a person who already take a knife to her hand and dan beberapa kali try to jump off a building. Kalau bukan sebab anak-anak and family, I don’t think I’m here on earth anymore.
Naudzubillah. Cakap senang, tulis kat ruang komen pun senang.. tapi sendiri hadap dan berdepan dengan macam-macam, barulah faham.
Postpartum ni sangat tak nampak sebenarnya.. tapi most of the cases, the mom akan jadi orang yang sangat serabai dan tidak menjaga diri. weight loss/gain yang sangat drastik, then banyak sangat termenung.
Yes! if lihat kawan-kawan ni banyak termenung, please tegur. Jangan biar dia termenung lama. Bahaya coz you will never know what is on his/her mind.
How do I heal?
Family and friend support yang sangat kuat. Betul, Allah is number 1. cari Allah dulu… dan pada masa yang sama, seek help.
Apa sahaja cara, pergi minta tolong.. waima sekadar nak call nombor talian kasih 15999 atau 1555 atau menulis di IIUM Confession ni, seek help.
Like my case, my friend nampak my changes and she’s the one yang teman pergi klinik, diagnosed depression.. then lakukan psikoterapi dan sebagainya.
I am blessed with supportive family, cuma rezeki jumpa suami yang bagus belum ada. For now, prefer jadi single mom with two amazing daughters.
For all single moms out there, better be alone daripada merana lagi atau tersalah langkah. It is not easy untuk orang luar terima anak-anak kita.
I’ve seen this and experience this first hand. Setakat nak halalkan main lato-lato dan setakat nak hugs and kisses, your kids can give you more than that.
Join persatuan ibu tunggal untuk bantuan, banyak bantuan ibu tunggal ni dapat cuma kena tahu bagaimana.
Akhir kata, selamat memburu lailatul qadr! Cinta Allah paling utama.
– Iqa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit