Assalamualaikum. Hi. Nama aku A. Aku anak 2 dari 3 beradik asalnya. Atas dan bawah aku lelaki. Kiranya aku seorang perempuan. Masa kecil dulu aku selalu list kan impian-impian aku apabila aku dewasa nanti.
Impian pertama aku tercipta masa umur 12 tahun. Masa tu upsr. Aku dapat 3A untuk exam tu. Dari permulaan tu aku terus berharap akan mencapai impian aku yang lain.
Masa umur aku 13 tahun ibu aku keluar dari rumah. Berpindah ke suatu tempat yang lain jauh dari aku, ayah, abang dan adik.
Perpindahan dia langsung tak membuatkan hati aku sedih. Sebab dari kecil aku memang tak rapat dengan dia sebab dari kecil nenek aku yang bela aku. Dari adik beradik yang lain aku dianggap anak tak berguna.
Walau kesalahanku kecil. Aku akan disebat dengan hanger, tali pinggang dan macam-macam lagi. Kata2 makian memang dah biasa aku dengar.
Sampai dalam hati aku sering berkata. Adakah aku anak angkat dalam keluarga ni? Masa tu aku selalu berfikir nak lari rumah. Tapi aku masih waras dan kasihan kan nenek aku.
Dalam adik beradik aku yang ibu paling sayang adalah adik aku. Walaupun adik kurang pandai antara kami. Ibu tetap puji adik. Kalau adik buat salah. Ibu tak akan marah dia macamana yang abang dan aku kena. Tapi aku lebih teruk.
Pernah abang aku dapat 6A masa exam PMR ibu aku cabar aku untuk lawan dia. Aku nekad untuk buktikan aku juga boleh. Bila result keluar aku tunjuk aku dapat 8A.
Dia diam je. 4 tahun dia berjauhan dengan kami, hubungan ibu dan ayah jadi semakin renggang. Bila dia balik pun untuk jumpa dengan anak kesayangan dia iaitu adik.
Aku pernah dengar orang cakap Allah akan ambil benda yang kita terlalu sayang. Tapi walaupun kasih sayang ibu macam tu. Hubungan kita orang adik beradik baik. Tak ada dengki. Ditakdirkan adik meninggal accident motor.
Ibu dan ayah seperti orang tak siuman. Sering termenung. Kalau dulu ayah malas sangat solat. Lepas dari tu. Hari-hari ke masjid. Sebab masa arwah adik meninggal aku dan abang tinggal di asrama.
Jadi mungkin ayah sunyi. Ayah berubah jadi lain. Jadi pendiam. Dulu ketawa terbahak bahak. Ibu pun. Dari pemarah jadi pendiam. Kalau duduk dengan mereka. Mesti bercerita tentang arwah adik. Sampai aku naik meluat.
Nampak seperti mereka tak pernah redha dengan pemergian adik. 2 tahun perkara begitu terjadi. Ibu dah jarang balik. Tapi sejak tu, ibu mula berubah.
Kalau dulu dia selalu dingin dengan aku. Duduk sebelah pun tak mahu. Dia mula berbaik dengan aku. Bercakap dengan lembut. Ambil berat tentang aku. Aku anggap mungkin dia berasa kehilangan. Lama kelamaan aku dah boleh dekat dengan ibu. Berbual dan ketawa.
Bila spm sekali lagi impian aku tercapai. Aku dapat 8A. Dan diterima masuk ke matrik. 1 tahun di matrik. Aku sambung buat degree 4 tahun sambil bekerja. Lepastu aku ditawarkan untuk bekerja dalam gov.
Alhamdulillah sekali lagi. Segala apa yang aku rancang Allah makbulkan. Tamat nya pelajaran aku di ipta. Aku terus berjumpa jodoh dan dikurniakan anak seorang. Ya semuanya perjalanan hidupku dipermudahkan kan satu persatu.
Aku anggap ni lah hikmah nya jika kita sentiasa bersabar. Dalam tahun yang sama aku diberi rezeki untuk membeli rumah pertama pada usia 25 tahun.
Tapi masa ni aku duduk berjauhan dengan suami ku. Sehingga tahun ni aku dapat bertukar dan dapat tinggal bersama.
Nampak semua impian aku ikut flow yang aku rancang. Tapi dalam setiap doa kita yang kita pinta hari-hari. Tak akan semuanya termakbul. Setiap hari ku. Aku selalu termenung. Sehingga hari ini aku dikurniakan semua yang aku nak.
Tapi cuma satu yang aku tak ada iaitu “sebuah keluarga” yang lengkap seperti orang lain. Ya impian terbesar dalam hidup aku adalah mempunyai sebuah potret keluarga seperti orang lain.
Itu adalah permintaan ku daripada aku kecil lagi. Bila masa tiba raya. Setiap rumah yang aku pergi. Mesti ada potret keluarga. Tapi aku. Tak kan pernah ada. Dan impian itu telah pun aku anggap m4ti pada tahun ini. Pada saat aku menulis ini.
Aku tahu keluarga aku takkan sempurna lagi. Dan aku patut sedar dari dulu lagi. Yang ibu dan ayah aku tak kan mampu untuk bersatu lagi.
Raya haritu. Seperti biasa. Aku dan abang aku cuba untuk pertemukan mereka. Tapi masing-masing memalingkan muka masam mencuka di pagi raya. Kalau ibu dan ayah berasa sedih. Ketahui lah dari lubuk hati aku yang dalam. Hati aku teramat kecewa dan sedih.
Sebelum ni banyak kali kami cuba untuk berbaikkan mereka. Tapi tetap begitu. Dalam setiap doa. Aku selalu berharap keluarga aku akan bersatu macam dulu.
Tapi sekarang, bukan sekarang sepatutnya dah lama aku sedar hati orang tak mampu untuk dipaksa. Ibu dengan ego nya dan ayah dengan sikap membiarkan. Tahun lepas nenek meninggal kan aku. Masa tu aku mengandung.
Dan sehingga sekarang aku masih belum pergi melihat kuburnya sebab pkp. Aku terlalu sedih. Ayah dengan haluan nya dan ibu tetap dengan egonya. Nasib baik aku dikurniakan suami yang baik.
Sekarang ni aku cuma boleh menumpang kasih dengan famili suami je. Tapi biasa lah. Famili orang tak akan sama dengan famili sendiri.
Alhamdulillah dikurniakan keluarga mertua yang baik dan ipar yang baik. Kadang-kadang bila aku sedih aku selalu teringat kan nenek aku. Dulu masa dia ada aku jarang meluahkan kat dia. Tapi dia tetap faham apa yang aku rasa.
Ayah aku mula ada perempuan lain. Dan aku tahu tu sudah 4 tahun yang lalu sampai sekarang tanpa berselindung dengan kami. Dia selalu bercerita tentang perempuan tu. Aku terpaksa terima sebab aku tahu ayah sunyi. Tapi bila disuruh kahwin tak mahu. Ayah masih sayangkan ibu.
Aku faham ayah begitu sebab ibu tak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Tapi ayah tetap bagi nafkah belanja kat ibu. Walaupun ibu tak layan ayah dengan baik. Aku tak kan salah kan sesiapa. Baik ibu baik ayah. Aku masih berbuat baik dengan kedua nya.
Aku selalu belek gambar gambar yang pernah kami tangkap. Ya betul. Tak pernah lengkap untuk aku jadikan potret keluarga. Mungkin terkurang satu. Kalau semua ada pun akan terselit orang luar antara ibu dan ayah. Jadi gambarnya pelik sebab orang tak berkaitan masuk.
Aku kadang terfikir apa punca susah sangat mereka nak bergambar bersama macam orang lain. Seolah “geli”. Yang paling aku kecewa sebenarnya. Sehingga kehilangan arwah adik dan arwah nenek pun. Kitaorang tetap tak ada gambar keluarga yang sempurna.
Sekarang aku patut redha yang impian aku terakhir tak kan pernah tercapai…dan aku tak kan pernah memintanya lagi…
– Harapan yang m4ti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit