Power of Counter Strikes

Assalamualaikum hai semua sahabat-sahabat IIUM Confession. Aku tergerak hati nak kongsi cerita yang berlaku pada aku baru -baru ni. Cerita ni agak kurang pedoman tapi aku suka.

Cerita ni tak ada kene mengena dengan game Counter Strikes pun. Cuma saja aku nak kaitkan Tajuk dengan isi cerita aku ni je.

Okeylah aku kenalkan diri aku Dania (Bukan Nama Sebenar) dan usia aku 32 tahun. Aku masih bujang sehingga kini tapi tak mengalah lagi dalam mencari cinta. Aku terima dan redha.

Kisahnya bermula suatu hari tu, tahun baru juga aku dengan kawan-kawan aku ni lepak la sama-sama nak chills relax sambut tahun baru nak tengok bunga api, kami berempat masa tu duduk dalam satu bulatan.

Dekat atas padang luas. Ramai orang juga masa tu. Oh Ada lah suami Felicia tapi duduk jauh dari tempat kami berkumpul. Layankan anaknya main belon buih.

Aku, Felicia, Melody dengan Reen, (semua Bukan Nama Sebenar) kita orang sama tempat kerja cuma ada yang dari department yang lain-lain juga. Yang lain dah berkahwin kecuali aku jela yang masih bujang.

Kami kerja dalam sektor separuh kerajaan dan separuh swasta, kena fahamlah ramai yang datang dari pelbagai latar belakang dan usia.

Kalau dekat office tu, aku tak kisah sangatlah dengan mulut murai makcik-makcik yang kerja dekat situ. Busybody membawang itu perkara biasa.

Tapi yang mengagumkan lagi adalah yang jadi macam tu datang dari golongan orang muda juga. Sebab itulah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita.

Dari segi jawatan, aku memang dah kerja lama dekat company tu. Dah hampir 7 tahun. Tapi kerja aku ni memang kena selalu keluar dari office dan terdedah dengan cuaca habuk dan aku rasa korang pun boleh brain kerja apa kan? Habis jer degree dapat offer terus masuk kerja.

Aku pun buat internship pun kat company yang sama sebenarnya. Dan terus jela aku apply tanpa adanya cable cable ni tau.

Aku ni orang utara tapi dah macam jadi penduduk tetap orang Pantai Timur dah. Doa-doakan lah Jodoh aku pun orang ganu juga. Handsome- handsome orang laki ganu ni. Hehehhehe

Okey-okey back to our topic. Aku ni biasa je. Dari segi rupa paras tu biasa sangat. Takkan dipandang nya la oleh lelaki. Itu je aku boleh cakap.

Tapi aku bersyukur apa adanya diri aku (ubati hati sendiri). Aku pun ada pengalaman dihina kerana rupa paras. Oh memang terngiang -ngiang. Herm diam dan redha jela. Dalam bab kerja, boleh dikatakan baguslah cara kerja aku ni. Bos suka.

Bab gaji, memang gaji aku tinggi. Aku pakai Honda Civic jer yang dah aku modified sendiri. Sekarang ni tengah proses nak ada rumah sendiri pula, belum lengkap furniture je lagi. Aku tak ada masa nak balik kampung nak siapkan semua tu.

Sebelum ni aku upgrade rumah mak ayah aku dikampung. Lepastu barulah aku bina rumah aku sendiri sebelah rumah mak ayah aku jer. Anak bongsu katakan tak boleh jauh dari mak ayah kononnya. Disebabkan kerja je ni aku duduk jauh dari mak ayah aku.

Tapi bila dah bersuami nanti tetap juga kene ikut suami kan. Rumah aku tu adik beradik lain boleh duduk. Itu pencapaian yang aku rasa bangga dengan diri aku. Aku dekat Ganu ni still menyewa.

Korang mesti tertanya-tanyakan kenapa aku tak buat facial treatment dekat muka aku ni sedangkan duit aku banyak.

Senang cerita muka aku ni pun rosak disebabkan produk-produk yang aku pakai dari facial treatment tu sendiri. Cakap je Brand apa. Semua aku dah cuba dekat Malaysia ni. Negara Luar belum aku cuba lagi la nak buat treatment. Orang kata dekat Korea boleh cuba. Hermm tak pela.

Kadang-kadang aku menangis sendiri mengenangkan semua ni bila orang berkata-kata pasal rupa paras aku. Aku bertuah adanya bos – bos tempat kerja yang baik dan bestie yang memahami macam Felicia.

Selalu Bos sponsor untuk aku melancong dan tenangkan diri, Itu tanpa pengetahuan pekerja lain la kalau tak, Lagilah jadi topic hangat kalau dia orang tahu nanti. dan Felicia tu selalu ada untuk aku dan bagi aku semangat.

Berbalik pada cerita aku tu tadi, masa lepak-lepak tengok bunga api tahun baru. Melody dan Reen buka topic tentang Jodoh-jodoh ni. Of courselah tempiasnya kene kat aku. Dorang Persoalkan “kenapa tak kahwin lagi? Tak ada orang nak ke?”. Aku diam dan senyum jela.

Dia orang sambung lagi. “Tapi muka macam ni ada ke orang lelaki nak? Dengar dah buat treatment macam-macam. Tak Jadi sebab banyak dosa kot. Kalau macam tu Mat Bangla yang tempat sekali kerja dengan Dania tu pun belum tentu nak dekat dia ni”. Lepastu dia orang gelak-gelak. Kurang ajarkan?

“Dania kau boleh jer cuba apps apps Cari Jodoh yang ada tu. Takkan rupa macam ni nak memilih lagi?”. Dorang ketawa lagi. Aku dengan Felicia perhati jer sampai satu tahap tu… tapi sebelum tu aku nak explain jugaklah, Bukannya aku tak cuba tapi tula kan…

Hati manusia ni lagi lagi yang bernama lelaki.. mestilah rupa paras dulu yang dipandang. Kan? Konon-konon jer kata nak terima aku seadanya. Lepastu, menghilang lepas tengok rupa aku ni macam mana. Itulah pengalaman yang aku lalui sebelum-sebelum ni. Aku tak kata semua lelaki macam tu.

Kalau orang kata memilih, aku pun taknak lah bersuamikan yang hanya pandang apa yang aku ada. Aku tak hairan pun semua tu. Tapi aku taknak perkahwinan yang sementara hanya atas sebab-sebab tertentu.

Nak Cari yang betul-betul Ikhlas nak terima diri aku seadanya, tu memang susah. Ujianlah untuk aku sebenarnya.

Aku sebenarnya dah macam tak ada hati. Tapi aku tak berhenti berusaha untuk cari Jodoh tu. Aku pun nak bahagia juga. Dan aku pun masih mencuba memperbaiki diri aku lagi. Itu jela yang aku boleh cakap tapi cuma dalam hati.

Masa tu Nak marah tu ada juga. Tapi fikir balik permulaan tahun baru nikan. Takkanlah nak mulakan dengan vibes yang tak baik. Takkan lah aku nak marah orang pulak. Tapi hinaan ni berat sangat untuk aku.

Tapi apa yang aku fikir tu, lain pula dari sudut cara orang lain berfikir. Yang menjawab persoalan-persoalan itu semua bukan aku. Tapi Felicia kawan baik aku. Dia je yang tahu dan faham aku macam mana.

Felicia ni memang pendiam orangnya dan simple. Mungkin dah lama simpan dan pendam kan. Banyak perkara yang tersirat dalam hati yang belum terluah. Mungkin inilah masanya tapi memang padu jawapan. Dia jawab…

“Tak perlulah nak persoalkan kuasa takdir. Macam orang tak berilmu pula. Macam tak biasa dengar kata-kata Jodoh ajal maut rezeki semua ditangan Allah. Kita ni siapa nak persoalkannya!!!.

Tapi tula musykil jugaklah, orang yang bertanya tu selalu juga erk naik turun mahkamah. Aku dengar orang tu pun pernah buat tuntutan fasakh dan cerai jugak. Betul ke? Tak bahagia lah kot. “(Memang tak sempat nak jawab dia sambung lagi)

“Eh betul Salah peduli apakan? Yang penting tak menyibuk soal hidup dan kebahagiaan orang lain. Tula yang selalu suka busy body nikan sebenarnya tak bahagia pun dengan hidup dia. Tapi tak payah lah nak bawak orang lain masuk kelembah kehancuran Korang tu”.

“Aku dah lama dengar korang duk bergosip pasal Dania ni… Bila dia dekat office Korang diam jer tapi dekat belakang dia, Korang kata dekat dia macam-macam.

Dia tak ganggu Korang pun. Apalah yang korang tak puas Hati dengan dia ni? Ikut sangat peel (perangai) makcik-makcik dekat office tu. Semuanya tak betul kat mata Korang kan?. Korang buat kerja pun bukan bagus sangat pun.”

(Semua yang ada kat situ dia tibai, semua orang terdiam). Lepastu pada tu Melody dengan Reen blah. Terasa la tu. Tinggallah aku berdua dengan Felicia.

Tak lama pada tu. Felicia cakap. “Weyhhh sorry beb aku dah lama tahan dengan benda ni. Aku dah lama sangat dengar gosip-gosip kau dekat office tu. Sampai dia orang cakap kau dengan bos ada scandal. Aku tahulah kan diri kau macam mana?

Balik kerja terus balik rumah. Bila cuti jer lepak rumah aku main dengan anak aku. Mak ayah kau dah lah jauh. Kau sorang-sorang dekat sini mana ada siapa-siapa. Ada aku jer”.

Aku balas “Thanks beb. Defense aku. Aku pun tak sangka sampai macam tu sekali. Niat aku dekat sini cuma berkerja je beb. Kalau kau tak cakap benda ni aku tak tahu. Aku ingat dia orang baik jer dengan aku”.

Lepastu sama-sama lah berpeluk dan sama-sama lah menangis. Suami Felicia pun pandang pelik jer dari jauh sambil Layan anak dia… Dengar ke tak dengar tak tahu lah. Kuat juga kot isteri dia tu marah tadi. Aku pun terkejut. Kat tempat padang lapang pulak tu.

Felicia ni dah berkahwin. Tapi belum ada anak lagi. Cuma dia ambik anak saudara dia je jaga dari kecil. Suami dia pula sama minat bab kereta macam aku. Share banyak topic pasal kereta.

Kalau aku free memang rumah dia jela tempat aku lepak. Family dorang pun okey. Dia pun nak kenenkan aku dengan abang sepupu dia. Entahlah Jadi ke tidak. Aku pun asyik busy jer.

Itulah kisah power of Counter Strikes. Kenapa Counter strikes pulak?. Tengok lah sekali Felicia tembak kasi tumbang tu macam mana mana. Mati terus. Semua orang terdiam. Itulah penangan orang pendiam ni sebenarnya. Ada masa pasti kene.

Semoga tahun baru ni tak memberi kegelapan pada mereka yang sering mempersoalkan kuasa takdir ni Dan tak perlulah kot sibuk pasal kehidupan orang lain…

– Dania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *