Assalamualaikum semua, saya seorang perempuan dan berumur 21 tahun. Baru saja habis belajar di sebuah ipta.
Saya nak bercerita tentang kehidupan saya sekarang. Saya ingat lagi sewaktu saya masih bersekolah, saudara mara dan cikgu-cikgu sentiasa menyuruh kami untuk menyambungkan pelajaran.
Kata mereka masa depan akan lebih cerah. Kata mereka lagi dekat situ jugak la kalau bernasib baik kami akan berjumpa dengan jodoh kami.
Saya pegang kata-kata mereka. Zaman sekolah saya tak sama dengan orang lain. Saya banyak habiskan dengan belajar sebab saya sedar saya bukan pelajar cemerlang dan pandai. Saya sekolah di sekolah biasa sahaja.
Jadi saya perlu belajar bersungguh-sungguh. Saya takdak masa pon untuk bercinta atau apa sahaja. Padahal masa tu saya cemburu la jugak bila tengok kawan-kawan saya yang lain sudah ada bf.
Habis sekolah saya lega sangat. Walaupun saya rasa saya tak cukup perform dalam spm sekurang kurangnya saya dah berusaha. Saya redha dengan apa saja keputusan saya nanti.
Masa lepas spm sementara tunggu result dan kemasukan ke upu saya decide untuk bekerja dahulu. Niat nak tolong abah dan mak. Gaji memang tak banyak tapi boleh la setakat belanja makan dan bayar kan apa-apa yang perlu.
Saya kerja di sebuah stesen minyak iaitu Petronas. Masa ni happy sangat sebab rasa dah besar dah bebas tapi tak pon sebenarnya. Saya masih dikongkong oleh family.
Tapi tak pa la saya Okay saja. Dekat sini jugak saya berkenalan dengan seorang lelaki. Satu tempat kerja dengan saya. Saya suka dia sebab dia lawak dan baik.
Tanpa saya sedar dia pon sebenarnya sukakan saya. Bahagianya saya rasa. Kami confess to each other dan couple. Tapi bahagia tu sekejap saja. Selepas saja mak saya tau mak saya asyik nak baca chat saya dengan dia.
Setiap kali balik dari kerja mak mesti akan ambil handphone saya dan baca chat kami. Saya rasa tak tenang rasa dikongkong.
Bukan itu saja, saya dapat tau bf saya curang dengan kawan saya sendiri. Dua-dua ekor sama ja depan saya acah baik belakang saya syaitan pon takut dengan diorang.
Masa tu saya memang tunggu masa nak putus ja. Dalam masa yang sama saya dapat tawaran untuk sambung belajar ke ipta. Saya decide untuk putus seminggu saya di sana. Sebab saya akan duduk di asrama.
Oh ya kalau semua nak tau jantan tak guna tu baik dengan abah mak saya. Depan abah mak saya baik nak mampus pijak semut pon tak m4ti. Banyak kali saya cakap kat mak saya perangai dia sebenar mak saya tak caya ya la sebab kena b***hkan dengan jantan tak guna tu.
Dari sini saya dah decide kalau saya kenal orang baru memang tak la saya nk kenalkan dia dengan family saya. Oh ya sebab ni jugakla saya decide untuk putuskan hubungan bila saya dah duduk di asrama.
Itupun mak tak habis-habis call saya tanya kenapa-kenapa suruh getback balik la apa la. Saya sampai dah muak bila nampak mak call ja malas saya nak layan. Paling b***h dia ajak mak bersengkokol dengan dia konon masa birthday saya dia nak buat suprise.
Kantoi dengan saya, saya terus sound dia dan cakap kalau saya dapat tau dia contact dengan mak saya lagi. Saya buat lagi teruk dekat dia. Lepastu baru dia tak berani buat dah. Tau pun takut.
Zaman diploma adalah zaman yang paling saya gembira. Dapat jumpa kawan baru dan environment baru.
Saya duduk dekat asrama selama 3 sem dan saya rasa menyesal sebab tak duduk sehingga semester 5. Masa ni la tak kena kongkong dengan mak abah. Bebas buat apa sahaja tapi masih ingat Allah.
Sebab mak abah dan bagi ajaran agama yang cukup bagi saya. Masa ni juga la saya berkenalan dengan orang baru. Saya sukakan seseorang. Kawan yang paling rapat dengan saya saja tau. Saya suka curi-curi tengok dia dari jauh.
Untuk pengetahuan semua asrama kami ni diwajibkan untuk turun solat maghrib berjemaah setiap hari. So memang rezeki saya la boleh tengok dia setiap hari. Awal2 semester dulu saya belum kenal dia lagi. So agak malas untuk turun solat jemaah.
Tapi lepas dia request untuk follow saya di instagram, saya perasan dan kenal dia. Saya tengok dia selalu update dia turun untuk solat berjemaah dari situ saya selalu ajak kawan saya turun. Buruknya niat saya.
Lama2 saya rasa timbul satu rasa sukakan dia. Saya decide untuk tegur ja. Saya tegur dia siapa sangka dia balas dan dia cakap dia pon minat dengan saya.
Dia selalu jugak stalk saya dan usha di fakulti. Oh ya kami satu fakulti tapi lain kelas. Tapi selalu terserempak sebab jadual kelas yang sama. Dari situ kami mula berkawan.
Dia minta nombor saya sebab nk chat di ws. Saya okay ja. Lama2 kami jadi rapat sangat2. Takdak rahsia antara kami. Dia dah jadi kawan baik saya dah. Saya banyak bercerita tentang masalah saya termasuk la masalah family.
Sama la dengan dia suka bercerita pada saya. Orang pernah cakap, kalau orang lelaki dan perempuan berkawan rapat, akan mula timbulnya perasaan suka dan saya sangat setuju. Kami dapat tau yang kami dua suka antara satu sama lain. Tapi saya masih malu nak mengaku.
Kami sangat rapat terutama masa semester dua. Kami mula kerap jumpa, bertukar nota dan ws tu jangan cakap la. 24 jam asal free ja ws. Bahagia rasa. Hubungan kami okay ja sampai la cuti semester.
Masa ni kami jauh, dipisahkan antara dua negeri. Kami banyak contact tapi masing2 busy jugak. Dia ada buat part time dan saya pun buat part time. Masa nk chat tu malam saja itu pon kalau dua2 tak penat. Kalau penat memang lena terus ja.
Lama2 ada hati yang terasa. Dia terasa dengan saya, saya terasa dengan dia. Kami tak declare tapi memang dan anggap yang kami ni couple. Dia cakap dia terasa dengan saya dan dia dah tak nak dah chat dengan saya kalau terus mcm ni.
Dia cakap dia banyak mengalah habis tu saya punya mengalah tak ada sapa peduli? Terasanya saya. Waktu free dia nak pergi lepak dengan kawan sampai dua tiga pagi habis tu masa nak chat dengan saya bila. Masa free jugak la dia nak main game push rank habis hati saya siapa nak jaga.
Saya rasa kami dah mula dah sefahaman. Saya decide untuk putuskan saja. Dia setuju. Terasa nya saya. Saya delete nombor dia dan block dekat semua socmed.
Dan dia tak buat apa2 selain menghilang kan diri. Masa ni lagi beberapa minggu ja kami nak start kelas semula. Beratnya hati saya hanya Allah ja tahu.
Di sini la saya rasa permulaan kepada kehidupan saya yang baru. Kawan saya cakap saya dah tak sama macam dulu. Saya nampak kemurungan. Ya saya memang kemurungan. Saya sedih yang teramat sebab saya terlalu sayangkan dia.
Lagi murung bila kami selalu terserempak dekat fakulti tapi terpaksa buat macam tak kenal. Saya menangis malam2 mengadu pada Allah. Roomate saya perasan tapi tak nak ganggu sebab dia tau saya perlukan privasi.
Keputusan saya jatuh mendadak. Markah kuiz saya semua bawah 5. Saya murung, murung yang teramat. Saya buat fake account untuk stalk dia. Saya dapat tau dia sudah ada orang baru. Lagi la murung.
Sampai saya sedar semua ni terjadi bila saya letak cinta manusia lagi tinggi dari cinta Allah. Saya bangkit semula, kawan-kawan saya banyak tolong saya. Bagi moral Support. Saya dah bole move on tapi tak sepenuhnya.
Sebab orang cakap move on tu bukan bemaksud melupakan tapi menerima hakikat. Saya mula menerima hakikat yang dia bukan untuk saya. Ini semua kerja Allah. Allah yang membolak balikkan hati manusia.
Sekarang saya dah tamat belajar dan saya masih solo. Selepas putus, saya decide untuk fokus pada study 100 peratus. Ramai jugak lelaki datang mengorat semua saya tolak dan bagi jawapan cliche nk fokus study.
Hakikatnya saya masih belum move on sepenuhnya. Sampai habis study saya masih stalk dia. Satu ja saya nak cakap kat dia. Saya nk say sorry sbb buat dia terasa dengan saya dulu. Saya janji dengan diri saya dia takkan pernah terasa dengan saya dh.
Baru-baru ni ada orang ws saya. Nombor yang saya tak kenal tapi bila tengok dp alangkah terkejutnya saya. Lelaki ni la yang buatkan saya murung dan bahagia.
Dia cakap dia dapat nombor saya dari classmate lelaki saya. Dia cakap dia nak minta maaf dan kalau boleh dia nak mulakan balik. Kalau korang tanya apa yang saya buat mestilah saya reply. Kami start berkawan semula sekarang.
Dah officially declare. Tapi kami jauh dipisahkan dua negeri. Ya la masing2 dah hbis belajar dan pulang ke kampung masing2. Saya dah mula bekerja sekarang dekat dengan rumah family saya. Dia pon sama.
Sekarang ni kami decide untuk be matured dalam relay ni. Tkdak syak wasangka apa2 bincang dulu. Bila weekend dia akan datang sini bawa saya keluar.
Dan sekarang saya betul2 percaya dengan powernya sebuah doa. Masa saya out of control dulu saya banyak berdoa dengan Allah, kalau dia bukan untuk saya Engkau jauh kan. Tapi kalau dia memang jodoh saya, Engkau rapatkan kami dengan apa cara sekalipun. Allah permudahkan.
Betul la apa orang kata, ini semua kerja Allah. Hati manusia Allah yang pegang, Allah boleh membolak balikkan hati manusia. Kerja kita sebagai manusia berdoa.
Sekian, doakan saya ya semua.
– Someone you don’t know (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit