Ini kisah benar aku so i name it as THE POWER OF GIVING.
So aku merupakan seorang student daripada JB dan aku belajar di Cyberjaya.
So sebagai student biasalah jadual aku 3 minggu sekali aku akan balik ke JB 2 minggu sekali.
So selalunya aku akan balik JB naik flight tapi on that day aku pilih untuk naik bas.So macam biasa dari Cyberjaya nak ke TBS naik KLIA Transit.So sampai di STESEN BANDAR TASIK SELATAN nak naik bas kita kena lalu jejantas ke MAIN LOBBY TBS .
So aku rasa semua orang tahu kot kalau dekat jejantas tu memang ramai orang orang yang memerlukan tapi dalam ramai ramai orang tu aku macam tertarik nak bagi dekat seorang mak cik yang anak dia sakit yang macam ada ketumbuhan dekat kepala tapi kau bayanglah nak balik JB dalam wallet aku cuma ada RM 11 dengan syiling ada lah dalam 80 sen.
So aku fikir takpelah bagi jelah RM 1 dgn semua duit syiling aku takkan aku nak balik JB kosong karang apa apa jadi dekat JB susah lah pulak aku kan.Tapi aku ada satu petua yang memang aku ingat ustaz aku ajar masa dekat MRSM dulu kalau awak nak bersedekah masa nak masukkan dalam tabung tu awak berdoa kepada Allah tak kisah lah nak doa apa as long as dia untuk jalan kebaikan.
And aku masukkan duit tu aku doa Ya Allah kau mudahkanlah urusan aku dan aku percaya kalau kita bagi lebih lagi banyak Allah akan bagi.Aku yakin tu je dalam diri aku setiap kali aku bersedekah.
Okay sebenarnya aku ada hutang dengan kawan aku masa tengah bulan dalam RM50 macam tu sebab aku terdesak sangat masatu and guess what dia tuntut hutang tu and yes memang patut dia tuntut and aku pun cakap hah nanti aku balik dari JB aku bagi.
Aku takdelah anak org senang sangat,Yelah duduk kawasan area Cyberjaya ni faham faham jelah mana nak cukup semua ,Dan tiap minggu parent aku bagi RM 80 je sebab RM 20 dia topupkan aku punya telko kiranya total RM 100 lah.
Kalau aku bagi member aku RM50 balik mesti duit makan aku RM30, RM 30?tu boleh tahan 3 hari je maksimum.Sebab aku makan memang sehari RM10 kadang kadang lebih lah jugak.
So,bila aku nak bayar hutang tu aku macam menyesal lah jugak kenapa pinjam dia and aku pun fikir macam mana nak bayar hutang dia walaupun nilai hutang tu boleh je padahal aku mintak parent aku tapi aku ni jenis tak pandai nak mintak duit lebih lebih aku tahu diorang penat kerja. And GUESS WHAT?
Allah betul betul mudah kan urusan aku.
Masa aku balik rumah tu semua mak cik mak cik aku macam baik gila diorang semua bagi aku duit dan hasil kumpul duit yang mak cik mak cik aku bagi total ada dalam RM 200.00
Balik je universiti aku terus selesaikan hutang aku dengan member aku,siap ada lebih lagi tau.Selesai hutang tu lega dia memang tak terkata ah macam dunia ni ana yang punya.
So pointnya kat sini,Kau takde duit macam mana pun dan kau nampak orang memerlukan bagilah kat dia seberapa yang boleh walaupun kau tak berapa nak mampu.
Dah bagi tu cuba ikhlaskan diri dan masa bagi tu doalah pada Allah Insha Allah dia pasti mendengar.Aku letak nilai bukan untuk riak cuma untuk cerita berapa kali ganda Allah gandakan dengan nilai yang aku sedekah.
Aku mintak Allah mudahkan memang betul betul dia mudahkan.Ingatlah kita berjalan di atas muka bumi untuk saling tolong menolong dan saling berkongsi nikmatnya.
“Dan nikmat tuhanmu yang mana yang kamu dustakan”.
Itu jelah perkongsian aku.Maaflah aku tak pandai sangat karang ayat.Maaf lah kalau berterabur.
Sekian :)
– Seorang pelajar biasa seperti kalian.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit