Power Ranking Dalam Group Project

Assalamualaikum.
Disebabkan hari ini merupakan hari terakhir aku terlibat dalam group Projek dalam alam degree, aku nak tulis power ranking manusia-manusia sampah dalam group projek mula dari angka 10.

Sebelum tu, cuma nak cakap aku bukan student IIUM, course engineering, dan ni sem terakhir aku. Sepanjang hidup degree aku, memang aku sentiasa offer diri aku jadi ketua kumpulan, bukan sebab aku gila kuasa. Tapi aku dah serik hampir gagal satu subjek disebabkan masalah group projek ni masa sem 1 tahun 1. Roughly, dalam satu sem, paling kurang aku akan jadi group leader untuk 2 subjek dan paling banyak masa sem 5 which aku jadi group leader untuk 4 subjek. So let the countdown begin.

10) Manusia manusia yang selalu mesej, whatsapp or dm facebook kau dan tanya ‘Projek kita nak buat macam mana?’. Even lepas cuti mid sem aku masih terima mesej yang sama. Kategori yang ni annoying tapi aku masih ‘okay’ (i guess). Seriously guys, bertanya sahaja just untuk nampak kau ambik tahu tak membantu langsung. BAGI LAH IDEA SEKALI HAWAU!

9) Bila dapat group dengan satu clique budak perempuan. Seriously ini sangat annoying. Most of them ada group whatsapp sendiri dan kat dalam tu, dan aku tahu nama aku paling banyak naik dalam group tu sebab aku ni jenis yang strict bila buat report. Banyak aku suruh repair balik. Macamana aku tahu? Sebab diorang tak tahu aku ada Twitter. Aku nampak je diorang print screen membahan aku dalam Twitter. Takpe aku lelaki cool (self claiming). Aku takkan attack balik. Aku professional kot. Semak je gaduh kat media sosial

8) Perempuan cantik. Yang ni aku memang kalah. Ada dua sem jugak la aku group dengan perempuan cantik ni. Dia banyak guna kecantikan dia untuk sweet talk dengan aku siap kan part dia. Well sebagai lelaki yang forever alone, tak kisah lah 2 sem aku merana asal dapat perhatian dari gadis cantik. Bila difikirkan balik, agak annoying jugak guna kecantikan nak skip kerja.

7) Jenis manusia kaya. Yang ni aku jumpa masa buat projek yang guna kos besar. Dia tak tahu apa apa. Buat report pun tak tahu (tepuk dahi). Aku jumpa budak ni masa aku tahun 3, dia tahun 1. Tapi semua benda dari bahan projek sampai dinner seminggu masa kena buat final report dia belanja. Tapi yang annoying bila dia cakap ‘cakap je berapa, aku boleh bayar’. Sampah lah jugak. Tapi itu realiti dunia. Macam kau ada syarikat then ada pelabur. Lebih kurang je situasi.

6) Foreigner. Pak Arab ni memang aku boleh kategori kan sampah yang tak membantu langsung. Dalam hidup aku masa degree ni sorang je boleh berkompromi ( sekarang dia buat master). Pak Arab ni, dia akan bantah idea kau sampai lah minggu ke 13. Dengan apa benda semua tak dibuat, bila minggu ke 14 nak present, dia akan tanya ‘so what should we do?’. Kambing betul. Tapi aku rasa aku dah menangani masalah ini dengan baik. Aku gerak solo sambil sambil argue dengan diorang tiap tiap minggu. Well aku pun forever alone kot. Apa ada hal.

5) Couple. Ni salah satu yang aku paling tak suka. Masa discussion, gaduh masalah rumah tangga. Bila suruh bayar kos projek, dua dua claim takde duit ( kambing betul malam malam pegi karok together ada duit pulak). Bila buat report, awek dia buat kerja macam tak buat kerja, aku sound lah. Dah final year tulis report macam apa. Guess what happened next? Pacquiao vs Mayweather. Aku Pacquiao, dia Mayweather. Sikit sikit nak lari kat awek. (Jealous la jugak orang ada awek)

4) Satu group dengan self-claimed genius. Ni pun susah jugak. Orang cakap A betul, nak jugak buat B C D E. Masalahnya kerja yang dia suggest dan dia nak buat tu kerja tahap FYP punya. Der, kita buat projek subjek je. Mana ada masa. Aku acknowledge kemahiran kau tapi kita kena lah bekerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Solusi dia macam biasa aku gerak sendiri. Bila dah final week dia punya design entah kemana, result entah kemana. So aku hantar jela aku punya. Setel. Nak tunjuk genius pergi interview Permata bang. Bukan kat depan aku.

3) Jenis yang taknak bayar kos projek. Bila semua dah siap, aku bagi list harga barang barang yang nak claim, berdesup semua left group, unfriend kat fb. Ada lagi dahsyat siap tukar nombor. Kambing golek betul la. Yang jenis ni aku marah. Aku dah modal kan, bayar lah balik. Tak berkat ijazah kau bang. Sebab ramai yang buat macam ni maybe kena guna kau kau semua bang bang.

2) Yang jenis tak pernah datang kelas, tiba tiba masa nak buat discussion, ada nama dia dalam group yang sama. Datang group discussion pun sekali tu jelah. Nampak muka bila nak present. Yang ni memang sampah betul perangai. Tapi nasib baik sekali je aku jumpa manusia macam ni dan dia ni jenis pandai bayar duit. Tapi still, sirap jugak la bila difikir balik.

1) Dan juara power ranking manusia paling kambing dalam group projek, dua kali aku jumpa manusia macam ni. Letak nama dalam group, tak datang discussion, tak sama sama buat projek, presentation pun tak datang. Dah tu aku bagi tahu la lecture dia ni sapa aku tak kenal. Paling aku ingat sem lepas, dia fail sebab markah projek dia kosong. Dia jumpa lecture. Sebab dia ni extend student, lecture suruh bincang dengan group leader ( which is me) suruh bagi markah ‘kesian’. Lecture cakap kalau aku approve, dia pun approve. Budak ni jumpa aku, ajak slow talk, bincang baik baik.
Aku reply senang je ‘Kau ni sapa. Kita kenal ke?’
Dia balas ‘jangan macam ni bro’.
Dalam hati aku cakap nak bromance pulak dengan aku. So macam biasa. Aku pura pura la jawap call then blah masuk kereta. Pum dia kena extend satu lagi sem.

Aku tak tahu apa masalah dia. Maybe dia buat part time ke apa. Tapi seriously, bagitahu lah aku. Ni dah kena macam tu baru nak bro bro. Maaf bro, belanja nasi lemak pun dikira rasuah

So korang pulak macam mana? Kalau berani tag la kawan korang yang perangai macam ni. Letak nombor sekali. Terima kasih approve admin. IM FREE NOW. NO MORE GROUP PROJECT

P/s : Jangan nak spoil mood aku cakap welcome to the real world. Aku nak enjoy sat

– Tuan Kambing

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit