Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku tak tahu cerita ni akan disiarkan atau tidak. Terima kasih kalau disiarkan. Aku bagi gelaran nama aku S tau. Aku sekarang tengah praktikal kat satu company di shah alam. Aku menumpang je kat selangor ni. Haha. Asal bukan orang Selangor. Tapi aku study kat shah alam. Ok aku nak cerita sikit pasal praktikal.
First memang dugaan gila masa aku nak mintak praktikal kat memana company sampai satu tahap aku give up. Sebab tarikh lagi sebulan tapi aku still tak dapat tempat. Nak dijadikan cerita oneday aku dapat call dari company sekarang ni so siapa tak excited kan. Haha. Aku pun terima.
Ok seminggu sebelum aku praktikal ada lebih kurang 5 company call nak bagi aku praktikal tempat dia and yang paling penting tempat praktikal tu dekat dengan tempat asal aku. Tapi sedih aku tak boleh terima sebab kita kan praktikal ada borang kena isi so kalau aku nak tukar tempat praktikal akan banyak procedure and mesti pihak uruskan latihan industri tempat aku study marah sebab last minute nak tukar tanpa alasan kukuhkan. So aku teruskan je tempat yang aku dah terima tu which is yang sekarang ni lah. aku husnuzon ni mungkin tempat ni yang terbaik untuk aku.
Ok nak dijadikan cerita tiba saat aku daftar diri iaitu first day lah kan. Everything went well lah. Seminggu pun berlalu. Tapi agak sedih sebab takde kerja yang boleh aku buat. Ada yes memang ada tapi sangat sikit. sampai sekarang aku almost dah 4 minggu kat sini tapi still takde kerja yang boleh aku buat selain angkat call and terima invoce dari luar or buat filing sesikit.
Ok sebenarnya aku nak cakap kat company luar sana kalau anda semua rasa tak memerlukan pelajar praktikal tidak usahkan lah ambil dorang praktikal (hmmm bunyi macam aku tak bersyukur kan dapat tempat praktikal). Tapi korang bayangkan aku kerja 8 jam tapi kalau digabungkan jam aku buat kerja tak sampai pun 2 jam sehari kerja. Lain waktu tu layan internet je (muka nangis). Bukan tak suka tapi aku nak buat kerjaaaaaaa.
Ok mungkin korang akan cakap “pergilah tanya staff lain ada kerja ke tak boleh tolong kan”. Tapi setiap staff ada kerja sendiri yang tak memerlukan orang tolong. Sebab dorang takde kerja yang kena siapkan cepat or lebih tepat kerja dorang takde datang sekali banyak yang dorang perlu guna tenaga aku.
Bila aku cerita kat orang lain dorang be like wehhh best lah kau ni tak bersyukur bla bla bla. Hmmm korang tak rasa apa aku rasa. Aku tak suka kerja tapi serupa tak kerja.
Aku tak tahu macam mana nak bertahan lagi 2 bulan lebih untuk habiskan praktikal ni. Aku macam nak tukar tempat. Tapi mesti banyak procedure kan. Tapi entah lah. Korang macam mana niiiiiiiii (muka menjerit). Hmmmmmmm
Ok lah korang sekian luahan hati saya pelajar praktikal…
Terima Kasih baca luahan hati aku yang entah apa apa ni. Maaf kalau ada salah silap. Bye assalamualaikum.
– Ku rahsia kan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit