Prasangka Seorang Isteri

Assalamualaikum. Aku Qaseh, dan aku seorang isteri.

Sebenarnya aku dalam prasangka terhadap suami aku. Aku takut prasangka ni jadi satu dosa dan aku tak tahu mana nak cari jawapan, mungkin di sini aku boleh dapat jawapannya.

Ok macam ni. Sebelum ni suami aku pernah ke dalam sebab kantoi ambil dr*g.

Alhamdulillah sekejap je kat dalam dan ya aku memang marah sebab rasa di tipu hidup hidup. Aku nak berpisah tapi dia pujuk dan berjanji tak akan sentuh najis tu lagi.

Jadi, aku bagi dia peluang dan lepas pada tu aku nampak dia dah berubah.

Tak ada tanda² dia ambil barang. Sebab aku pernah cakap kalau terjebak kali kedua memang aku tak akan bagi peluang.

Tapi sekarang aku perasan kelakuan dia lain macam. Kalau kita nak cam orang ambil barang mudah je kan. Tapi suami aku ni tak nampak keterlaluan. Tapi apa yang menyebabkan aku curiga?

1. Dia selalu keluar malam. Keluar sekejap lepas tu balik. Lepas tu keluar lagi. Bila tanya nak pergi mana, dia kata ke kedai.

Kadang² bila balik, baju bau wangi. Sebelum dia keluar tak pakai minyak wangi. Aku tau. Jadi aku fikir dia nak tutup bau apa sampai sapu minyak wangi.

Kadang² dia balik terus mandi dan basuh baju yang dipakai masa keluar masa mandi. Saya jadi pelik dengan kelakuan tu. Yelahkan,baju dia mana ada dia basuh sendiri. Letak je dalam bakul kotor.

2. Selalu hilang dari rumah. Rumah kami dengan rumah ayah dia satu kg. Kadang² bila keluar malam tunggu tak balik. Bila tanye jawab duduk rumah keluarga dia.

Bergilir² 2 3 malam berturut² dia keluar malam tidur di rumah keluarga dia. Malam seterusnya pulak baru balik rumah sendiri. Berterusan macam ni.

Kalau jarang² saya tak rasa apa, tapi ni macam rutin. Bila keluar terus senyap tak bagitau tak balik ke ape ke.

3. Saya ada baca orang ambil barang tak tidur. Saya pernah nampak dia tak tidur. Main handphone sampai subuh. Lepas tu bila tidur siang, tidur yang sangat lama sampai berjam jam.

Adakah saya ni seorang yang overthinking, kuat prasangka?

Saya mohon pendapat semua. Saya takut saya kena tipu lagi.

– Qaseh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Hai sis, saya tak ada pengalaman ahli keluarga atau ahli terdekat yang menyentuh barang itu, tapi saya belajar dalam bahagian substance abuse erti kata lain penyalahgunaan dadah, mereka yang terjebak dengan dadah, sukar untuk meninggalkan tabiat itu, cepat atau lambat mereka akan kembali mengambilnya. ianya dapat dikawal, dengan mengetahui punca seseorang tu kembali mengambil dadah. Jika kerana stress dan persekitaran, orang sekeliling perlu membantu supaya mereka tidak kembali bergantung kepada dadah sebagai jalan penyelesaian. jika puan dah nampak tanda-tanda dia mula mengambil dadah, puan perlu bersemuka secara baik, supaya ketagihan masih dapat dikawal pada peringkat awal.

  2. tanda2 camtu memang dah sah masih menagih, bukan senang nak tinggalkan barang tu……..

  3. Kalau dia kta prgi rumah kluarga, cuba hubungi mrk, n tanya sama ada betul dia ada di sana.. lg satu, klaw bk bli ‘barang’ tu, dia mesti kna kluar duit kan.. cuba tengok flow kewangan dia, or klau bole, awk yg control kewangan dia, so tau la kemana dt dia pergi.. and ingatkan dia, pasal janjinya x kan terjebak lg, n klau betul, kasi ‘warning’ yg awk xkan maafkan dan bersama dia lagi.. better if sruh dia jalani ujian saringan n buktikan dia dah ‘bersih’ dari benda tu, n ingatkan klau dia ke dlm lg, jgn jamin dia kluar, begitu jugak ingatkan dgn family dia.. klau puan benar2 pasti dia x dpt nk tinggalkn tabiat buruk dia tu, puan bole ke pejabat agama dan tuntut fasakh, bawa semua bukti2 yg berkaitan.. klaw seseorang itu dah pernah terlibat, mmg sukar utk dipisahkan, dan mngkin kekal hingga seumur hidupnya, so sbelom terlambat, eloklah bertindak utk kebaikan semua pihak.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *