Saya Ilyani. Berusia 28 tahun, sudah berkahwin dan usia perkahwinan saya bakal menjejak 5 tahun. Perkahwinan saya ini masih mentah lagi sebenarnya. Terlampau banyak lagi onak dan duri yang akan dan belum saya tempuh. Tapi saya teringin sangat untuk berkongsi dan bertukar pendapat kepada yang ‘otai’.
.
Awal perkahwinan saya dahulu, saya tinggal berjauhan dengan suami. Atau istilahnya, PJJ. Saya kira ramai je pasangan yang mengalaminya dan hanya yang mengalami sajalah tahu rasanya bagaimana. Pendek kata, prasangka buruk dan curiga terhadapa suami itu selalu sangat menjadi mainan dalam fikiran dan hati. Padahal azam dan harapan nak jadi isteri solehah. Macam mana tu? Saya pun muhasabah diri.
.
Tapi muhasabah diri pun tak lama. Sekejap je eloknya. Prasangka buruk dah jadi makanan jiwa saya. Sampai terlintas di hati mendoakan yang tak baik untuk suami saya. Jahatnya masa tu, astaghfirullah. Saya pikir, doa tak baik tu tak makbul. Alahh, setakat lintasan hati. Rupanya tidak, ia menjadi. Kejamnya saya masa tu, suami nak exam di Negara orang final semester, saya doakan dia tak lulus sebab berminggu dia tak mesej saya yang tengah sarat pregnant. Padahal dia tengah berjuang untuk masa hadapan kami sekeluarga. Kejamnya saya. Saya sangat menyesal.
.
Pernah juga sebab dek terlampau geram. Saya doakan agar suami saya rasakan sakit belakang yang saya rasa masa saya mengandungkan anak dia sebab masa tu perhatian dia kat saya kena catu dek kekangan masa dan kerja dia. Dan, ia menjadi. Dengan penat bekerja, dia tanggung lagi sakit tu. Aduhh, bersalah sangat. Para isteri, janganlah buat apa yang saya buat ya.
.
Jadi, saya nak berpesan kepada yang belum direzekikan tinggal bersama sebumbung.
1. Sabarlah menanti saat untuk tinggal serumah seperti pasangan lain. Perkahwinan yang kita pilih ini Allah dah lengkapkan pelbagai pakej nikmat dan ujian yang tersendiri. Jadi, laluilah dengan lapang dada dan rasa syukur selagi mana kita mampu tahu, pasangan kita masih hidup. At least, pasti ada doa mereka untuk kita. Berdoa banyak-banyak. Rajin- rajin sedekahkan al fatihah uat suami dan anak-anak serta seisi keluarga.
2. Redha dan didik jiwa untuk berlapang dada untuk menerima siapa suami kita sebab selalu pasangan kita ni sebelum kahwin lain, selepas kahwin lain. Tak cakap orang, saya mungkin juga begitu. Mungkin dulu saya lain, lepas kahwin lain tapi suami je tak cakap kat saya. Jadi jangan complain atau kurangkan complain tentang yang tak baik pasal pasanagn kita. Baik dan buruk dia, Allah yang hantar dia kepada kita untuk menjadi jodoh kita. Takda yang sia-sia tentang perancangan Allah. Harus diingat juga, isteri yang tenang jiwa pada suaminya boleh menemput rezeki suami. Maka, wahai suami jangan lokek membahagiakan isterimu.
3. Buanglah prasangka itu, kenanglah segala pengorbanan mereka dalam berusaha menafkahi kita. Penatnya, sakitnya, hutangnya sana sini, kerja lebih masanya, tidurnya yang kurang dan pelbagai lagi.
4. Jangan diungkit masa silamnya atau jangan kenang sendiri tentang apa yang kita tahu tentang masa silamnya. Ya, mungkin ada kalangan kita yang mengenali pasangan kita sebelum berkahwin dan bekas kekasih-kekasihnya. Itu cari penyakit. Tiada guna. Kita juga yang akan makan hati walaupun suami tak buat apa2 pun. Lagi baik, kalau perdalami ilmu agama, ilmu memikat suami, skill memasak, ilmu parenting dan pelbagai lagi. Google kan ada.
5. Kalau jarang berjumpa, mesti ada banyak ‘me time’ kan? Siap-siapkanlah diri untuk suami. Amalkan cara penjagaan diri secara tradisi ke, kuruskan badan ke, belaja make up untuk suami ke. Jadi, bila jumpa tu, inshaallah mesti suami akan impress dan amaze dengan kita. Mesti dia akan teringat-ingat kita bila kita tiada di sisi selalu. Apa-apa pun yang berkaitan dengan tata hias diri, niatlah untuk mencari redha Allah dan membahagaiakn suami, bukan untuk tampak cantik demi jamu mata orang lain. Huhuhu
6. Amalkan amalan dan doa penaik seri wajah, pengasih, dll bersandarkan Al- Quran. Secara tak langsung, kita jadi dekat dengan Al- Quran dan Allah.
.
Itu saja. Maaf jika saya ada tersalah kata. Jika salah, harap dimaafkan dan diperbetulkan oleh yang lagi berpengalaman. Sekian.
– Ilyani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit