Assalamualaikum w.b.t admin dan para pembaca tegar IIUM Confession sekalian.
Firstly, kalau confession ni disiarkan saya ucapkan terima kasih sesangat. Sebelum apa-apa, saya minta maaf kalau penulisan saya ni tak berapa cantik, ayat-ayat tak puitis ke apa dan rojak bahasa sebab saya tak profesional sangat bab menulis ni.
Namun saya harap readers sekalian dapat juga manfaat dan sebarkan kepada adik-adik especially yang akan ambil keputusan SPM tak lama lagi nanti.
Jadi sedikit pasal saya — Bujibu, of course bukan nama sebenar. Sekarang tengah melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda di sebuah IPTA. IPTA mana tak nak bagitahu lah, haha.
Alang-alang ni doakanlah saya cemerlang dan dapat grad dengan baik serta dapat kerja dalam bidang yang saya ambil. Aamiin.
Tiga benda secara umumnya yang saya nak sentuh:
-
Intro about pre-U and culture shock
-
Pengaruh senior-senior tertentu
-
UPU untuk degree
Jadi untuk point no. 1, bagi saya, pre-universiti ni, tak kira lah asasi ke matriks ke, lebih kurang je (tapi sebab saya dulu asasi, so mungkin penulisan lebih ke arah asasi). Ia merupakan suatu fasa perubahan yang agak besar dalam hidup.
Specifically macam saya, sebelum masuk uni tu sekolah harian je — hari-hari balik rumah, jumpa family hari-hari dan dalam pengawasan mak ayah lagi. Tapi bila masuk uni ni, semua berubah. You are on your own.
Even call parent hari-hari doesn’t mean diorang tahu semua benda pasal korang like solat, pergaulan, buat assignment ke tak, basuh baju ke apa — semua independent. So kena pandai jaga diri lah. Pilih kawan-kawan yang baik, inshaAllah baiklah juga kita.
So saya masa awal-awal masuk asasi di sebuah IPTA ni memang agak mengalami culture shock. Maklumlah, banyak sangat mall sekitar uni tu haha. Outing agak kerap dan study a bit terjejas lah. Namun alhamdulillah pointer still above 3.5, cuma tak 4 flat macam orang lain lah.
So kat sini nasihat saya, nak have fun tu boleh tapi make sure berpada-pada dan jangan hanyut jauh sangat. Apa pun, akademik no. 1 — semua kerja mesti settle sebelum berhibur bagai.
Sebab banyak je kes perform masa SPM tapi time pre-U fail dan sebagainya sebab tak pandai nak beradaptasi dengan suasana baru, hanyut dan terpengaruh dengan orang lain.
Untuk point no. 2 ni, a bit specific sikit about certain so-called ‘seniors’. Saya tak pasti pre-U yang lain ada ke tak senior macam ni but better be cautious jugak kan.
So untuk asasi saya dulu, kebiasaannya tiap-tiap tahun mesti ada senior-senior ni tunggu ketibaan adik-adik asasi, nak berkenalan sikit-sikit slow-slow yang mana pada akhirnya diorang sort of nak recruit budak-budak asasi ni untuk join pertubuhan/organisasi diorang. Organisasi yang berbentuk dakwah gitu-gitu lah.
Cara diorang sangat halus. Awal-awal ajak keluar, belanja makan, buat sharing nak berjaya bagai, nak ajar macam-macam, pergi program itu ini (teringat balik rasa nak muntah pulak sebab cakap dengan diorang pun panggil abang-abang puih). Lepas belanja semua, ajak buat usrah, pastu last kali ajak join diorang secara rasmi.
So untuk student asasi yang still mentah lagi, tak tahu apa-apa memanglah senang tertipu, apatah lagi bila offer nak belanja, mesti lah suka kan. So saya dulu awal-awal memang suspect jugak sikit tapi saya abaikan je, bersangka baik. Last-last memang betul ajak organisasi diorang.
Serious talk, diorang senior-senior ni once dapat grab mana-mana budak asasi, diorang akan follow up tau. Kalau ada yang tiba-tiba tak nak join dah diorang, diorang akan pujuk rayu suruh join jugak guna ayat-ayat agama bagai.
Pendapat peribadi aku, taklah salah untuk join semua tu. Cuma aku rasa banyak lagi bentuk hiburan lain yang lebih sesuai untuk budak uni, lagi-lagi budak pre-U yang baru nak kenal alam uni.
Aku join program lain untuk merit pun ada diorang kritik katanya lagha lah, duniawi lah — menyampah pulak aku haha. Biarlah budak-budak uni enjoy life diorang ikut cara diorang, tak payahlah kacau and ruin it.
Let’s say adik-adik nak join jugak usrah ke apa kan, maklumlah zaman sekolah dah terbiasa sekolah agama ke apa, saya sarankan adik-adik join yang memang bawah uni atau kolej kediaman korang.
Contohnya saya dulu join AJK surau under kolej kediaman. Still berbentuk keagamaan kan? Solat jemaah, Maghrib pergi dengar kuliah. Tak semestinya kena jumpa senior-senior, keluar makan perkongsian dengan diorang, usrah jauh-jauh bagai. Buang masa je.
Jujurnya saya memang furious jugak sebab rasa diperalatkan dan dimanipulasikan. Belanja macam-macam in order to keep the bond, rupanya nak suruh join organisasi.
Macam memaksa pun ada sebab diorang guna reverse psychology. “Eh diorang banyak belanja aku, tak baik lah kalau tak layan diorang.” So basically, the very best way to prevent is to never join them at all!
Kalau ada senior jenis berkenaan baca confession saya ni nak marah ke apa, marahlah. I stand firm with what I said. TAK PERLU JUMPA BONDING-BONDING DENGAN SENIOR NI — BUANG MASA. Unless kalau senior tu sama kos, bonding untuk tujuan belajar ke apa, lain cerita.
Rasa macam panjang sangat lah pulak haha. Saya stop dulu lah nak tunggu feedback admin dan readers dulu. Kalau disiarkan saya akan sambung dalam bahagian 2 untuk point ke-3 pulak which is about UPU.
Kalau ada apa-apa salah silap, harap dimaafkan lah ye. Sekian, assalam.
– Bujibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit