Pre-U Sharing And Advices II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pre-u-sharing-and-advices/).

Assalamualaikum wbt admin dan semuanya. Untuk admin terima kasih sebanyak2nya kerana sudi share confession saya yang tak seberapa. So now saya nak sambung sharing saya from first part tempoh hari.

Sebelum tu, saya nak respon kepada certain komen yang saya terima untuk first confession. Seperti dijangka, pasti ada jugak yang tak berapa nak positif. Antaranya yang cakap confession saya ni just untuk bbnu la, ada jugak cakap ia sekadar pandangan budak mentah ke apa.

Well, saya terima je cuma apa yang saya nak point out, memang daripada tajuk confession tu sendiri mengenai pre-u which is basically target untuk mereka yang baru nak masuk uni so for sure la content saya bukan untuk kalian yang layan confession KRT pasal curang cerai bagai. So saya tak faham la kenapa nak bitter sangat sebenarnya.

yang saya cakap saya mentah tu pun reason dia sebab korang semua lagi senior? Lagi banyak makan garam ? So hebat sangat ke ? Dah korang beranak dulu memang la hidup dulu itu je. Tbh sangat annoying la seniority ni semua stop it la 2020 already mohon buang la sikap tak cerdik banding2 camtu zaman 90’s bolehla k?

Even if korang rasa korang lagi banyak pengalaman dan pengetahuan, biar la nasihat dengan cara yang bermaruah dan berwibawa. Tak nampak hebat pun bila komen rendah2kan kitorang yang junior ni nampak syok sendiri dan zero ada la. Entah2 penganggur berjaya je korang tu tapi berlagak. Ha terpanjang pulak respon aku haha maaf.

Sebelum aku nak sambung point 3, saya ada nak tambah satu lagi contoh berkenaan point 2 yang seniors tu. Masa saya asasi dulu, ada la sekor dua senior terkutuk ni datang promo secara haram program diorang buat dalam lecture hall. Ikutkan diorang takleh tau masuk sesuka hati sebab diorang outsider so kena jumpa pihak pejabat dulu tapi dah niat tak baik kan takkan nak ikut peraturan.

So program diorang adalah talk mengenai future career or courses macam medik,dentistry and pharmacy. Basically macam sharing session dengan diorang yang dah berjaya la (cringe gila kan). So the program itself tu okay tapi masalahnya,

1) Diorang kenakan fee yang tak munasabah which is RM35. Sangat mahal untuk seorang student dan tak berbaloi untuk program camtu.

2) Diorang menipu berkenaan maklumat program tu. Diorang bagitau lepas sharing session tu diorang akan buat program bimbingan untuk kitorang macam cara2 jawab soalan interview medic,dentistry dan sharing tips yang lain.

Problem is, diorang lenyap camtu jer lepas sharing session tu sedangkan mengikut penerangan mereka, RM35 tu untuk sharing session dan program bimbingan tu ! So dikira menipu la.

Nak diingatkan balik sedih sangat sebab student bukan ada pendapatan sendiri dan bukan semua kaya. Tapi sebab semangat nak dapatkan knowledge dan info untuk future, tertipu macam tu.

Cara diorang promo sangat convincing tau diorang cakap la oh kalau student uni lain harga ratusan ringgit !! Tapi student uni yang sama 10 kali ganda lagi sikit. Mungkin kesilapan kami juga tak selidik tapi kami memang takde pengalaman benda2 camtu.

Pengajarannya ialah sila selidik betul2 dahulu sebelum nak join apa2 program tu make sure jelas semua maklumat dia syarat2 dan sebagainya. Pastikan ada kertas hitam putih bukti bertulis program tu tentatif ke apa jangan butiran program tu sekadar di mulut sahaja nanti let say kena tipu susah nak fight sebab takde bukti.

Saya pada awalnya ada jugak jumpa lecturer untuk tolong bincang cara nak fight back sebab ramai jugak kena tapi lecturer berkenaan somehow lupa..saya sedih sangat tak dapat lawan tapi apapun saya harap bila saya share ni takde dah jadi mangsa kes seumpama ni. If ade lecturer yang baca ni maybe boleh pesan pada student2 kalian be it pre-u or even student 1st year,2nd year yang masih mentah.

Dan pendapat peribadi saya, nak tentukan hala tuju future adik2, tak perlu program macam tu pun cukup tanya diri sendiri betul2, pendapat mak ayah pastu buat research banyak2 refer lecturer ke counsellor ke in a way that tak perlu bayar.

Sharing program bagai is UNNECESSARY serious talk bazir duit masa tenaga. Sampai harini saya tak redha senior sepet tu tipu kami. Maaf tak berniat nak racist tapi yang ditipu semua student bumiputera macam sengaja pun ada.

Sekarang saya nak share untuk point 3 which is UPU. Pastikan korang dapat info yang betul lagi lengkap dari sumber yang dipercayai berkenaan pilihan yang korang buat. Contoh asasi ada certain uni tu lepas asasi kena apply balik UPU untuk degree (e.g asasi uitm,asasi um) manakala sebahagian asasi lain terikat dengan universiti berkenaan dan perlu sambung degree di uni yang sama (asasi uia, asasi pintar ukm).

The point is, untuk halatuju degree korang kena decide sebelum masuk pre-u lagi. Nak course apa,uni mana, apa requirement dia. Mind you ini sangat2 penting kalau main2 silap haribulan menyesal kemudian hari.

Contoh asasi yang terikat dengan uni sendiri tu kalau korang tak perform, korang akan dipaksa dan ditolak untuk amik kos lain di uni yang sama yang mana requirement dia lebih rendah dan takleh apply UPU lagi dah unlike certain asasi lain.

Now saya nak share kisah saya yang mana asasi saya termasuk yang bebas, boleh apply UPU untuk degree. So saya pergi isi semua 12 pilihan sedangkan yang wajib hanya 5. Kos yang bawah2 tu sekadar suka2 je letak walhal saya tak kaji cukup2 pon.

Bila result UPU keluar, saya dapat pilihan yang saaaangat bawah. Saya sangat tak ready, breakdown dan stres. Saya redha dan belajar jugak kos tu walaupun saya tau saya tak berapa minat pun.

Namun saya tak putus asa saya buat rayuan untuk kos2 yang saya mintak atas2 (saya hantar surat pada dekan fakulti) dan alhamdulillah Allah Maha Mendengar doa saya, salah satu rayuan saya diterima. Dan sekarang saya belajar dengan gembira dalam jurusan idaman saya walaupun susah.

Pengajaran untuk point no. 3 ni ialah,

1) Pastikan korang isi UPU tu dengan kos dan uni yang korang BETUL2 NAK SAHAJA. Refer la mereka yang pakar, parents etc.

Jangan ikut kawan make sure you yourself memang nak course pilihan you. Jangan letak suka2 sebab nanti bila dapat kos bawah2 tu menyesal menangis air mata darah pun tak guna. Make sure each option tu kalian betul2 tahu secara detail semua info like requirement dia, akan belajar apa, grad nanti kerja apa dan lain2.

Untuk minimum requirement tu sebolehnya korang ada lebih la contoh dia nak pointer 3.5, if korang 4 flat lagi senang dapat inshaAllah sebab persaingan dia sangat3 sengit !! Urutan kursus korang letak pun penting tau. Contohnya kalau korang tak 4 flat, korang mohon kos yang ada interview, biasanya pilihan 3 tak dilayan unlike mereka yang 4 flat. (Pentingnya skor dulu masa study).

Kalau kos yang perlu interview tu make sure perform habis buat research betul2 dan be prepared. Macam kos saya rayu ada interview dan rayuan saya diterima antaranya sebab interview saya sangat perform cuma awalnya tak dapat sebab pointer tak 4 flat namun alhamdulillah rayuan berjaya juga.

Sometimes yang 4 flat pun tak dapat if fail interview tapi nasihat saya, result dan performance masa interview sama2 penting ! Masa belajar skor dulu 4 flat then baru la push and struggle for interview inshaAllah secure.

2) Tak banyak yang bernasib baik macam saya dimana rayuan diterima. Sesetengah uni tak layan rayuan jika kalian dah dapat sesuatu jurusan regardless of korang minat ke tak. Ni berkait dengan pengajaran (1) which is letak pilihan yang korang betul2 nak sahaja. So if tak dapat langsung, mungkin rayuan kalian dapat lebih dipertimbangkan oleh pihak uni idaman kalian.

3) Kuasa doa. Saya buat solat hajat, tahajud, sedekah secara luar biasa malah siapa je saya jumpa driver grab tauke kedai runcit sedara ke saya tebalkan muka mintak doakan sebab saya nak tunjuk pada Allah memang sangat2 nak kos tu. Sebelum usaha secara spiritual make sure effort korang all out masa belajar dulu.

In my opinion, rayuan yang diterima ni sebab Allah nak kita usaha lebih sikit je dari orang lain thats why somehow ‘tertangguh’ tapi at the end dapat jugak. Let say rayuan tak dapat jugak yakinlah Allah ada perancangan yang lebih baik. Untuk korang yang baru nak masuk uni, jangan fikir lagi bab rayuan fokus on your effort dulu study and else.

Maaf terlebih panjang confession ni. Kalau ada salah silap saya mohon maaf dari hujung rambut ke kaki. Saya bukan siapa2 masih muda lagi tak rasa besar sangat pun. Tapi saya rasa bertanggungjawab nak share sebab perkara terbaik apabila kita berbuat salah atau silap ialah kita jadikannya pengajaran buat mereka yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Buat readers kalau ada jumpa kesilapan info mohon betulkan di ruangan komen ya. Kalau ada senior triggered dengan respon saya kat atas, nasihat saya bukalah minda tu seluasnya. Jangan sebab kita rasa kita tua dan lebih matang kononnya buat kita rasa sentiasa betul dan tutup telinga dari mendengar pandangan orang lain. Tak bawa kemana pun seniority kalian tu.

Sekian assalamualaikum wbt.

– Bujibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *