Prejudice

Akhirnya, setelah suami tidur baru lah saya dapat tulis confession ini. Saya dan suami baru je berkahwin. Usia perkahwinan kami tak sampai 2 tahun pun. Bagi saya masih barulah.

Hubungan kami diibaratkan seperti antara dua darjat di mana suami berada di darjat lebih tinggi dari saya di mata manusia sekarang. Suami berasal dari keluarga yang mempunyai syarikat sendiri dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Saya pula anak bongsu dalam keluarga biasa sederhana. Alhamdulillah cukup makan. Thank you ayah umi. Saya bersyukur dengan hidup saya.

Namun, saya amat bencikan golongan golongan kaya. Benci tu bukanlah tiada sebab. Ade sebab tersendiri kenapa saya cukup sakit hati dengan golongan kayangan ni.

Saya merupakan pelajar yang outstanding dan bijak. Ye betul saya bijak namun apa gunanya bijak jikalau tiada duit dan ‘connection’. Ada masa di sekolah, ada pertandingan. Cikgu suruh saya masuk, kalau menang boleh tolong saya untuk apply uni elok nanti.

Dan result tak rasmi dah menunjukkan saya yang menang tapi tiba tiba ade pelajar dari sekolah lain yang jelas nampak berkuasa dan berduit menang pertandingan tu.

Tak perlu kata saya salah paham sebab waktu tu umur 17 tahun dah boleh fikir samada kejadian tu adil atau tidak. Lepastu, cikgu kata kat saya, takpelah kamu menang juga no 2. Belajar sungguh sungguh. Saya tak sedih pun. Terkilan je.

Masuk universiti, saya dapat course yang saya suka. Tapi course ni makan duit banyak untuk project. Saya makan nasi sekali sehari untuk tampung duit belanja lain lain kat uni. Dulu dengan harga 3.50 dah boleh makan nasi dengan lauk ayam. Tu dah cukup bagi saya.

Kawan kawan lain seronok seronok kat luar, saya tak join pun sebab nak simpan duit punya pasal. Ada kawan saya yang kira kayalah jugak mengata saya depan depan. Asyik pakai baju sama je, eh makan ape je.

Kalau ajak mana mana even dalam uni pun tak ajak saya. Sedih lah jugak tapi tak ambil hati pun. Manusia memang pandang darjat dan harta. Nasib baik tentang rupa paras, saya yang menang haha. Saya cantik tau. Haha

Bila dah graduasi, mulalah step step untuk cari kerja. Kat sini, realiti sekali lagi menundukkan saya. Graduan luar negara dipandang tinggi berbanding graduan tempatan.

Tambah tambah saya ni perempuan lagilah diorang ambil kesempatan. Borak borak kearah kegatalan. Dasar lelaki botak buncittttt! Haa geram saya.

Selepas beberapa ratus resume dan interview akhirnya saya dpt kerja. Happy tu happy tapi tak lama sebelum saya diberhentikan. Tak guna, dah la ambil idea orang. Harap bangunan tu tak jadi dan senget! Yikes! Haihh.

Lepas tu, saya dah letih hantar resume dan kerja bawah orang. Jadi saya start business sendiri. Buat freelance. Design saya orang suka. Saya dah kata kan saya ni bijak. Haha.

Tak lama lepastu, saya dijemput untuk datang ke satu event ni. Event ni agak besar. Ramai orang kenamaan hadir. Client saya yang invite saya ke event ni dan di sinilah saya berjumpa dengan suami. Saya panggil beliau J ye.

Di event ni, bukan saya seorang freelance designer. Ramai lagi. Dan saya kira J juga salah seorang darinya. Disebabkan cara dan gayanya yang bersahaja, ramai yang selesa dengan J. Dia pun manis orangnya dan sentiasa senyum. Tak sombong lah untuk first impression.

Disebabkan di event ini ada dress code jadi boleh kata semua orang dress up jadi susah untuk bezakan latar belakang masing masing. J bersembang mesra dengan freelancer yang lain, saya terus kirakan J sama bidang dengan saya.

Kami bersembang dan saya terus berasa selesa dengan J. Mulutnya manis sungguh. Bukannya dengan saya seorang, dengan semua orang masalahnya haha. Dah boleh agak dah J ni seorang extrovert. Selepas bercakap dengan saya, dia pergi bercakap dengan orang lain pulak. Typical social butterfly.

Masa tu saya fikir, orang macam ni memang akan berjaya dalam hidup. I’m impressed to be honest. Sebelum habis event tu J datang balik kata nak exchange number. Saya tak fikir banyak terus bagi.

Dunia pekerjaan memang macam ni lagi lagi yang kerja tak tentu macam saya ni. Kena ada banyak kenalan. Saya fikir ada kenalan macam J ni ada benefit jugak.

Saya kirakan perkenalan biasa dari kenalan kepada kawan sahaja. Masakan saya tahu J akan menjadi orang yang istimewa dalam hati saya. Siapa yang confess dulu? Heh, saya la.

Permata di depan mata, masakan saya boleh tutup mata sahaja. Kena cop sebelum orang lain ambil. Itu motto hidup saya haha. Masa ni J dah kata dia bukan dari bidang saya malah berkerja di sektor perbankan. Lelaki yang pandai math seksi. Saya suka, haha.

Hubungan kami berjalan dengan lancar, ade ups and down biasalah. Semua perkara saya ceritakan pada J.. Perihal kerja, personal, family, kawan. Semualah. J pun tau saya cukup tak suka orang kaya yang sombong dan suka guna connection.

J tak kata apa apa, senyum saja bila saya bercerita. Sama seperti saya, J juga suka bercerita walaupun ceritanya kadang kadang terlalu ringkas dan suka switch off ke topic yang lain. Contohnya perihal keluarga.

Setelah bercinta beberapa bulan, J menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan mak ayah saya. Okey, no hal. Mak ayah saya suka dengan J, berborak panjang betul dan J pun tahu ambil hati orang tua.

So far so good. Hubungan kami semakin lama semakin serius dan J mengajak saya ke rumahnya untuk berjumpa mak ayah dia. Makk aihhh, orang kaya rupanya. Saya kirakan latar belakang family kami sama. Macam langit dan bumi jauhnya.

J seperti biasa, tersenyum manis dan buat tak tau bila saya pandang dia. Jujur saya cakap, saya siap bayangkan mak dia bagi duit suruh kami berpisah. Dan kalau betul mak dia bagi duit, saya akan ambil duit tu dan chow terus dari situ.

Tapi tanggapan saya salah, mereka mengalu alukan kedatangan saya. Siap berpeluk dan cium pipi. Ahhh i’m not used to this and it’s kinda awkward. But, i had a great time.

Seronoklah family J. Family saya jenis yang senyap, family J pulak jenis yang huha huha. Semua extrovert agaknya. Energy battery saya dah low sangat sampai sy tertidur dalam kereta otw balik ke rumah.

Tapi betullah, kalau dah jodoh tak kemana. Tak lama lepastu saya selamat berkahwin dengan J. J sangat baik dan bertanggungjawab sebagai suami.

Sebelum berkahwin, saya tanya J tak marah ke sebab saya kata orang kaya macam macam. J kata taklah sebab dia dan keluarga dia bukan macam tu.

Sebelum mak J kawin dengan ayahnya pun, keluarga sebelah mak dia pun sederhana. Isteri isteri abang abang J pun dari background biasa biasa je.

Tapi J tak nafikan ada banyak orang kaya macam tu. Manusia tak perfect. Ada cacat celanya. Even dia pun tak perfect. That’s why communication antara spouse tu penting.

Well, jadi begitulah. Ada orang kata wedding saya dan J antara dua darjat. Memang pun, tak salah pun apa yang diorang kata. Tapi saya rasa wedding kami lebih kepada extrovert dan introvert punya wedding. Mana taknya, ramai betul kawan kawan J. Sampai tertukar nama.

Macam manalah orang sampai boleh ada ramai kawan macam tu. Tak tercapai di fikiran saya. Kawan saya ada berapa je, haha.

Selepas kahwin, kami sewa apartment baru sementara tunggu duit cukup untuk beli rumah. Tak tau la tu bila, haha.

Korang, setakat ni je lah eh. Perut saya sakit, sengal. My baby keeps kicking me. Nanti kalau ada masa saya sambung lagi. Tajuk nanti cara deal dengan mak cik bawang yang ada title datin datin tu haha.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ramai je org2 kaya yg x sombong n baik hati.. saya pon ada ramai kwn2 mse skolah dlu, yg mcm ni.. dahla dtg dr kluarga yg kaya, dpt kerjaya yg best, dpt pasangan pon dr kluarga yg berada, so jadila diorang kaya-raya n berjaya.. kdg2 ada juga rse jaki (jeles), or lebih tepat, “ghibtah”, sbb diorang klaw skali derma or sedeqah boleh kluar ribu-riban, so okay kan, dpt tlg org susah n mcm org d Palestin khususnya.. cuma orang2 kaya pon ada dugaannya, duit yg bnyak tu digunakn ke mana, jika ke arah kebaikan, Alhamdulillah la, tp klaw sebaliknya, jenuhla nk menjawab di Sana.. klaw x silap ada hadis yg kta org2 yg kaya yg beriman n baik di dunia akn ‘lambat’ ckit msuk Syurga, berbanding org miskin yg beriman n beramal soleh, sbb x bnyak harta yg nk dihisab nt.. (Wallahua’lam).. so, kesimpulan nya, x salah jd org kaya, tp kna guna hartanya ke arah kebaikan, dan x hina jadi org miskin (Rasulullah pon pernah menolak kekayaan n dah janji akn bersama org2 miskin d Akhirat kelak..), cuma harap2 kita x ‘bersangka buruk’ trhadap org2 kaya, dan sekiranya mrk tu mmg ‘sombong’ dan menunjuk2 akn kekayaan mrk, doakn mrk sedar n bertaubat sbelom mninggal, takut jd ‘istidraj’ pula, n tergolong bersama Qarun d Akhirat kelak.. (Na’uzubillahi min zalik..) wallahu a’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *