Prepare Yourself Girls

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat wanita-wanita di luar sana.Terima kasih kepada admin sudi publishkan.Moga dapat membantu dan berkongsi ilmu dan pengalaman.

Saya wanita dan pembaca setia page ini rasa terpanggil untuk berkongsi sebab terlalu banyak wanita meluah ditinggalkan,kekasih curang,dikhianati dan dimanfaatkan untuk kepentingan lelaki.Girls…pernah tak terfikir untuk prepare yourself dari segi rohani,emosi,mental,kehidupan dan psikologi.Setuju jika saya kata wanita yang bercinta sebelum nikah ini adalah Big risk taker?Saya tak nafikan awak nak kenal dulu hati budi sebelum berkahwin tetapi prepare youself jangan sampai memakan diri hanya sebab lelaki.Wanita ini sangat berharga dan bernilai.Jadi wanita bijak sikit jangan jadi hamba cinta lelaki.Awak kena sedia anytime what happen after and future.Don’t expect indah-indah.Moga tip-tips ini dapat membantu wanita-wanita diluar sana dan dapat mengurangkan confess tentang wanita dikecewakan dan ditinggalkan. Sudah-sudahlah. Be a strong and intelligent girls ok.hehe

1.Hubungan dengan Allah
Kekadang kita lupa siapa yang Pemberi cinta sebenar.Kita terlalu sanjung ciptaanNya sehingga terlupa Pencipta itu sendiri.Connection kita kepada Allah sangat lemah.Sesekali kita ketepikan dan belakangkan Allah dalam urusan kehidupan kita.Allah tidak akan masuk campur.Bahaya tak?,bagi saya amat bahaya sebab syaitan yang akan mengisi ruang dan memandu cinta ke arah yang keji.Banyak yang kecundang sebab tidak meletakkan Allah matlamat tertinggi dalam hubungan yang road to halal,yang bersungguh-sungguh nak kahwin.Girls,bila nak kan sesuatu tu tackle dulu hati Allah,selalu berbicara dengan Allah agar Allah bantu kita.Lembutkan hati Allah agar memudahkan urusan baitulmuslim kita.Janganlah diuji pihak ketiga ke,santau,sihir bagai tu.Minta Allah lindungi dan masuk campur dalam urusan kehidupan kita.Semua ini milik Allah.Minta elok-elok dekat Allah.Allah tu Ar-Razzaq..Percayalah Dia akan beri.

2.Upgrade your amal
Bagaimana kualiti ibadah dan amal kita?ramai yang terlalu fokus dengan ibadah fardhu dan mengabaikan ibadah sunat.Tahu tak ibadah sunat ini sebenarnya banyak menjemput rezeki dan always make miracle in life kepada pengamalnya.Terkadang doa-doa penduduk langit iaitu malaikat ada dalam ibadah-ibadah sunat ini.Disiplinkan diri baca dan tadabbur Al quran,solat dhuha,solat tahajud,sedekah RM1 kat pengemis tepi-tepi jalan tu pun xpe,bagi kucing jalanan makan,sedekah RM1 kat tabung masjid,sentiasa istighfar dan sebut Asma Allah dan banyak lagilah.Nak cari keberkatan tu kena upgrade amal ni.Dari sibuk berwhatsapp atau keluar tanpa tujuan yang penting.

3.Lovely your Hobbies
Spent time properly dengan hobi awak.Buatlah apa yang awk suka.Masak,menjahit,tulis blog,travel,membaca,berkebun,baking, anythinglah.Ini dapat mengurangkan awak overthinking atau mengundang rasa rindu,terlalu sayang atau terlalu fikirkan dia.

4.Sibukkan diri
Jangan sesekali luang masa untuk terlalu fikirkan hubungan awak dengan dia.Serahkan sebulatnya dengan Allah selain usaha,doa dan bertawakal.Sentiasa isi masa dengan benda-benda bermanfaat.

5.Build your empire life.
Jangan bergantung semuanya dengan lelaki.Don’t expect dia akan sediakan semua kemudahan awak.Berdirilah di atas kaki sendiri.If you have education,apply keja dan buat simpanan sendiri.For those yang nak buat business tu plan produk,modal,kos,customer dan marketing cam mana.Lelaki sekarang ni banyak ambil kesempatan dan tidak tulus berkorban untuk wanita.Banyak yang tertipu dan dimanfaatkan.Any emergency,you have backup in future.

6.Jangan terlalu sayang
Kawal perasaan.Jangan terlalu sayang sangat.Selagi tidak menjadi suami awak yang sah,jangan letakkan harapan menggunung.Bimbang diri sendiri sakit dan nak bangkit di kemudian hari susah.Make border in your relationship sebagai sahabat atau teman tapi mesra.Jangan cuba-cuba nak hirup kemanisan macam orang dah kahwin.Simpan dulu semua tu.Akan tiba masanya Allah akan beri.Dia tahu masa yang tepat.Sabaq naa

7.Closely private
Jangan open sangat.Share semua benda dengan dia.Be a close private.Ada benda boleh share dan ada yang perlu awak rahsiakan.

8.Jarakkan perhubungan
Janganlah kerap jumpa.Bila ada hal penting baru jumpa.Bila hubungan terlalu jarak dekat seriously akan bosan dan membuka pintu-pintu maksiat.Sibuklah perbaiki diri masing-masing.Bercinta bagai nak rak,upload gambar sana sini,hashtag loveforever bagai pastu putus tengah jalan.Malu ke tak?

9.Don’t expect He now and He after
Sekarang memang dia tunjuk semua watak lelaki pujaan awak.Kejab jadi pak lebai,kejab jadi mat arab,kejab jadi Mr.Photographer,kejab jadi Mr.Pilot.Janganlah percaya.Don’t expect he now and he future.Manusia ini boleh berubah-ubah.Terima kelemahan masing-masing dan be honestly.Jangan berpura-pura.

10.Be carefull with promises
Jangan terpedaya dengan lelaki sweet talker ni.Lelaki bila dia bersungguh-sungguh dia akan buktikan dengan perbuatan bukan setakat cakap dan janji manis.So janganlah nak terkejut bila dulu dia janji sehidup semati semalaysia tup tup nak break up.Janji lelaki ni tak boleh pakai sangat.Janji Rasulullah xpe..hehe

11.Jangan tertipu dengan cinta fantasi
Haa.ini pengaruh novel cinta romantik,cinta islamik dan drama-drama cinta.Perkahwinan itu bukan menjanjikan dunia fantasi macam cinderella dan snow white tetapi dalam islam ia datang dengan tanggungjawab dan pengorbanan.So akan ada badai dan ujian yang akan mematangkan kita.So preparelah diri sebaik-baiknya.Banyakkan baca sirah Nabi dan orang-orang soleh.Ya Alah,pernikahan mereka diuji begitu dashyat oleh Allah.Rasulullah saw dengan Siti khadijah,Siti Hajar dengan Nabi Ibrahim,Sumayyah dengan Yassir,Asiah dengan Firaun.Inilah bukti cinta sebenar yang mana mereka meletakkan Allah melebihi hati dan perasaan kepada manusia.

12.Berkawan dengan buku motivasi
Jinak-jinakkan diri membaca buku-buku motivasi.Sebab banyak aura positif,semangat,pengalaman dan pelajaran hidup dari insan-insan yang pernah kecewa dalam hidup termasuk soal cinta dan perhubungan kini berjaya move on dan become a Leader.

Maaflah panjang sangat.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
Maaf andai salah silap tutur bicara.
Moga sedikit bermanfaat untuk girls yang dalam perhubungan road to halal.Amalkanlah tips ini sedikit sebanyak.Moga dapat membantu.Yakin dengan janji Allah.So jgn jauh dariNya.Ingat tu
Tq
~Bintang~

– Bintang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit