Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.
Bila saya baca kisah yang bertajuk Pening Kepala Dibuatnya (https://iiumc.com/pening-kepala-dibuatnya/), saya rasa perlu sangat untuk mengarang menerangkan kekeliruan yang membabitkan tentang Prepping yang saya nampak di ruangan komen.
Saya menyertai grup Prepping tempatan. Saya rasa hampir 4-5 tahun saya berada dalam grup tersebut. Banyak ilmu yang saya dapat belajar dari orang-orang lama dalam grup tersebut.
Barulah saya faham apa itu SHTF (shit hit the fans), crisis preparedness dan sebagainya. Berbagai bangsa ada dalam grup tersebut.
Latar belakang dan profession ahli lama dalam grup yang berbagai seperti mentor dalam bidang bushcraft, polis, tentera, bomba, yang banyak ilmu-ilmu mahupun tips mengenai survival banyak dikongsikan.
Jadi sekarang saya agak keliru bila terbaca di ruangan komen kisah tersebut tentang kekeliruan yang dikaitkan dengan prepping.
Mengenai dakyah yang cuba disebarkan dalam grup tersebut oleh golongan pentaksub teori konspirasi,
Saya tengok sama ada kongsian, artikel mahupun komen yang menjurus berbaur kepada teori konspirasi, agama mahupun politik yang sensitif mesti akan dipadam atau pun ahli yang melampau tersebut akan dibuang serta-merta.
Tapi yang saya perasan, kekecohan tersebut mula timbul bila bilangan ahli tiba-tiba meningkat ketika covid-19 mengganas bermula Mac tahun lepas.
Konon pandemik tersebut telah dirancang dan telah ditunjuk dari video persembahan perasmian olimpik tahun 2012 dulu.
Sejak itu, keadaan menjadi agak panas. Dengan golongan penunggang agama, antiv4ksin, pentaksub politik cuba ingin menggugat keharmonian dalam grup.
Saya lebih selesa CCTV, tapi saya rasa malu bila tengok mentor-mentor bukan Islam dalam grup hanya sepi, mungkin berada dalam keadaan dilema untuk masuk campur.
Tapi tidak mengejutkan, ada mereka yang prepping tapi konsepnya lain. Mungkin lebih kepada akhir zaman, atau bersedia menghadapi economic collapse, wabak dan sebagainya.
Cuma kekeliruan banyak telah timbul bila seolah-olah terma prepping seakan-akan telah menjadi trend. Contoh mudah, bila rumah mengalami blackout, itu sendiri pun termasuk dalam kategori SHTF.
Tapi pentaksub akhir zaman lain fikirnya, tiba-tiba timbulkan tentang nuklearlah, zombilah dan lain-lain perkara yang bila ditimbulkan, ingin dibincang secara ilmiah pun menemui jalan buntu.
Saya ada terbaca komen yang mengatakan komuniti prepper sibuk simpan makanan seperti beras dan lain-lain, seperti itu perkara yang lucu.
Sedangkan dari perspektif seorang prepper yang beragama Islam, penyimpanan stok makanan antara skil asas yang penting.
Ini sendiri boleh dilihat tentang perlunya prepping seperti kisah nabi Yusuf a.s yang telah menafsirkan mimpi raja Mesir. Dan nenek moyang kita sendiri sentiasa mengaplikasikan konsep “sediakan payung sebelum hujan”.
Saya kurang pasti apa yang lucu dengan keperluan untuk menyimpan makanan, dalam komuniti prepping, makanan yang telah disimpan awal, mengurangkan risiko untuk terlibat dalam panic buying sekaligus boleh menghindar dari jangkitan virus covid-19.
Dalam grup juga sering dikongsikan tentang konsep minimalism, bercucuk tanam, sentiasa pastikan kecergasan fizikal berada dalam keadaan yang optimum,
Jadi kenapa grup yang saya sertai terpalit dengan komen-komen jelik yang menyamakan dengan grup prepping dari kalangan pentaksub teori konspirasi?
Jangan lupa, dalam grup yang saya sertai ini pun ada pihak berkuasa. Golongan antiv4ksin sekalipun malu-malu kucing bila cuba hendak berbuat onar.
Jadi saya harap mereka yang ada pandangan jelik pada grup prepping, kajilah dulu. Jangan hentam sahaja tanpa selidik. Sekian terima kasih.
– Longan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit