‘Pretty Privilege’ Yang Menyeksakan

Aku memang banyak kali dok pikir perlu atau tak nak share keadaan ni – pretty privilege atau boleh juga dipanggil sebagai lookism.

Tapi disebabkan ruang ini dan perkongsian di atas talian begini boleh mengurangkan prejudis, aku rasa korang bolehlah learn something from my sharing.

Nama aku leni (bukan nama sebenar). Aku sekarang ni dah di awal 40-an. Maybe ada yang dok baca ni boleh panggil aku aunty dah. Hehe.

So you all, aunty kena la share keadaan aunty ni. If korang muda, korang boleh berhati-hati dan jika you ada anak-anak perempuan, bolehla ambil iktibar.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi banyak benda yang senang dapat. Takdelah kaya beria, tapi hidup yang selesa. Aku berasal dari satu negeri yang secara tipikalnya sering dikatakan mempunyai ramai perempuan yang cantik-cantik.

Aku pun takde arif mana kerana aku dari kecil sudah mengikut ibu bapa merantau, jadi tidak berapa bergaul dengan orang negeri tersebut kecuali ahli keluarga aku sendiri seperti sepupu, ibu saudara, dua pupu dan sebagainya.

Jadi, dari kecil, aku selalu mendapat perhatian dan aku dalam usia yang dalam 3-4 tahun. Aku ni budak gemuk sebenarnya, cuma aku putih melepak, jadi orang selalu panggil aku gebu. Tapi aku memang tak pernah kurus seumur hidup aku.

Nak jadi cerita (ni yang aku masih ingat la), masa aku di sekolah rendah, aku sentiasa jadi kegemaran kawan-kawan ibu bapaku, guru-guru dan random people la kalau pergi supermarket ke, playground ke.

Masa tu rasa macam biasa saja dan kita budak kecik, mana nak paham whatever concept lookism ni.

Pada usia aku lebih kurang 9-10 tahun, aku mula menerima s3xual harassment dari kawan-kawan ibu-bapaku, bapa saudara dan guru-guru di pusat tusyen. Ianya berlanjutan sampaila aku berusia 12 tahun.

Cikgu-cikgu ada yang datang gosok-gosok, main-main rambut dan yang tak boleh terima, main kenyit-kenyit mata. Masa tu masih tak faham apa. Ibu ku tahu tapi buat-buat tak tahu. Sekarang ni dah faham memang rasa nak maki la!

Bila aku sudah masuk sekolah menengah, ibuku hantar aku gi ke asrama. Hidup aku semakin mencabar. Abang-abang senior mula hantar-hantar surat, main ciku cakk kat library. Aku rimas ya rabbi.

Aku pernah ke kedai runcit dengan sepupu, tiba ada yang datang bagi bunga. Masa tu aku baru 13 tahun. Tapi aku nampak besar sebab aku gemuk kan..So maybe la dorang ni ingat aku ni budak besar.

Bila aku dah makin meningkat remaja, badan pun makin berubah, masih gemuk tapi dalam kadar yang boleh diterimala kot, aku mendapat more harassment. Yang lelaki tu satu hal, yang pengkid pon ade. Macamm harammm laa semuanyaaa.

Aku pernah travel ke satu tempat with my family, ada yang ikut sampai bilik hotel. Masa tu aku sorang-sorang, sebab my family keluar shopping. Masa tu takut tuhan jela tahu. Jadi aku kunci jela pintu walaupun diketuk berkali-kali.

Keadaan yang memuncak adalah apabila aku masuk universiti. Ini sekitar akhir 90-an dan awal 2000. Ketika inilah orang salah tafsir yang mengatakan keadaan aku ini adalah satu privilege atau keistimewaan! It’s not, trust me!

Apabila ada rakan universiti yang menunjukkan minat padaku, mula la nak belanja makan or nonton wayang.

Jadi aku masa tu jahatla juga (sebab aku rimas dan nak stop benda ni dari terus berlaku), aku ajak semua kawan-kawan bilik aku gi makan dan laki tu kena bayar. Hahahahahhaha. Jadi benda ni takdelah berlanjutan.

Seterusnya, bila aku keluar pergi kedai-kedai makan seperti kedai tomyam, nanti adalah brader-brader kat kedai tu datang betonggok nak sembang, lepas tu macam-macam makanan dan minuman free dihantar kat meja aku.

Aku selalunya takkan telan. Selalunya aku makan dengan kawan-kawan aku, jadi mereka la tukang habiskan. Mereka suka la sebab tak payah bayar kan?

Dapat rojak buah la, kepak ayam, sate, air buah hadoiii… masa aku dok makan, brader-brader tu ada yang main mata, buat muka yang menggelikan (korang bayangkanlah sendiri).

Dan bila pergi kaunter nk bayar (ni kedai lain-lain), kadang aku dpt diskaun. Apa yang aku makan cashier tak kira. Kadang makcik kantin pon treat me special. Dia cakap, ‘budak comel kenalah belanja’. If korang rasa aku suka, tapi aku demi Allah tak suka!

Aku kadang sampai konflik dengan kawan-kawan sebab aku taknak pergi makan kat kedai yang dorang suka makan. Dah tu, asik datang bende free, aku rimas la. Dah la dok main-main mata, desak-desak mintak no fon.

Jadinya kawan-kawan aku pon macam fed-up. And kadang ada juga kawan yang ambil kesempatan, ‘Leni, jomlaa pegi kedai A, nanti kitaorang boleh makan free gak!’ (macam ni pon ade)

Okey, itu hal kat kedai makan. Dalam universiti, aku pergi library, ada brader library dok ajak aku makan. Aku hantar buku lambat, aku tak kena denda. Aku pergi bank, aku tak perlu beratur.

Brader bank tu ajak duduk sembang, settlekan urusan bank aku and tibe ajak aku keluar malam dengan dia. Macam haram semuanya! Last-last, aku jarang ke library, jarang ke bank melainkan terdesak.

Kalau aku makan kat kantin universiti, aku beratur kat tempat nak order air, by the time aku nak bayar, kakak tu kata dah ada yang bayar. Bila aku beratur nak order makanan goreng panas, brader kedai tu akan panggil aku dan tnya aku nak apa.

Orang lain dok beratur panjang depan aku tapi dia tak tanya. Last-last aku dapat makanan aku dulu. Adoiiii…. So aku stop dah order. Aku beli saja lauk apa yang terhidang. And korang boleh bayangkan laa pandangan students lain kepada aku. Jelingan maut! Eh aku laa salah?

Yang jadi stressnya, aku takde tempat nak mengadu keserabutan otak aku ni. Bila aku sembang kat member-member perempuan, mereka akan pandang aku macam menyampah. Aku tahulah pandangan itu – dok rasa macam aku ni perasan saja lebih.

Tu belum cukup stres lagi. Apabila aku dah ada telefon bimbit sendiri, aku mula dapat SMS yang lucah dan tak senonoh. Masa ini aku dah tak boleh tahan. Ketakutan sangat memuncak. Aku nak tidur pun tak selesa.

Aku nak gi kelas pun aku rasa takut kerana aku pernah dapat SMS saying, ‘You look good today!’ Sapa makhluk ni weiiiiii????? Aku keluar kelas kadang ada yang tunggu dan mereka kat universiti aku ni di kalangan bangsa asing yang sangatla agresif!

Kalau aku jalan, mereka panggil dan aku buat tak tahu, mereka akan kejar! Pernah sekali ditariknya backpack aku sampai aku hampir terjatuh! Kadang menangis sebelum tidur. This is s3xual harassement, okay?

Bagitau kawan, dorang bukan nak dengar sangat. Jadi aku adukan pada ibuku. Korang tahu apa respon dia?

‘memang biasalaa tu. Leni dari kecik orang semua geram. Kita dalam keluarga ini semua orang cantik-cantik, mendapat perhatian tu memang biasa. Buat natural saja. Kalau dipuji, cakaplah terima kasih’

Tepuk kepala aku. Dah! Malas dah nak share dengan ibu sendiri. Mesti korang terfikir, mana boyfriend? Ha itu lah dia, sebab aku rimas dengan semua jantan-jantan murahan ni (sorry, i am angry now), aku tak attach myself to any man.

Aku hidup seronok dengan kawan-kawan perempuan jela. Sebab aku dah tidak bersangka baik dengan guys ni.

Baik, sekarang aku dah kawin, anak-anak pon dah meningkat remaja. Aku masih lagi menjadi perhatian. Mungkin sebab rupa, tapi lagi satu, aku jenis suke bersiap.

Aku mekap, pakai heels, baju pon meriah dan gangguan masih belum berhenti walaupun aku dah ada suami dan anak. Aku pergi makan kat cafetaria pejabat, tibe nak bayar tapi dah ada yang bayarkan.

Kadang kakak-kakak dan makcik-makcik kantin kat ofis pon buat kecoh saja bila aku sampai. Ajak ambil gambar, dok tanya makan apa kulit jadi macam ni. Kang aku cakap anugerah Allah, korang marah. Diusha dan digosip secara terang-terangan tu memang selalu.

Aku selalu jugak pergi ke satu pejabat pos ni dan brader kaunter tu memang ramah la dengan aku. Kadang ramah yang lebih-lebih pon ye.

Pernah aku pergi bawak anak aku masa tu dalam 7 tahun, brader kaunter tu tanya, ‘adik ke?’ bila aku cakap anak, dia cakap ‘takkanlahh..’ jadi aku tekankan, ‘betul, anak saya’.

Lepas insiden itu, tiada dah dia menjadi ramah terlebih ramah dengan aku dan selepas itu, tidak muncul dah di kaunter. Hahahaha. Sebelum ni memang setiap kali aku pergi, memang adalah. Sesungguhnya, aku rasa lebih dihormati.

Cumanya, alhamdulillah, husband aku sangat positif walaupun dia berapi nak marah. Husband aku cakap dia kena redha dengan perhatian tersebut kerana manusia secara alami akan tertarik melihat sesuatu yang cantik tapi setakat itu sajalah.

Sekiranya sudah usha over dan make a move yang advance walaupun tahu orang itu isteri orang, memang tidak patut dan tidak bermaruah! Sebab aku selalu lah cerita kat dia kadang sampai menangis sebab tak selesa nak ke mana-mana sendirian.

Moral of the story, jangan memandang rendah isu pretty privilege ini. Tidak semua orang enjoy benda ni especially bila dah melarat ke arah s3xual harassment. You kena tahu potensi diri you.

Sekiranya pernah menerima perhatian atau gangguan begini, ambil tindakan awal-awal. Lagi bagus buat laporan polis sekiranya you rasa terancam. I wish my mother had realised about this sooner. Sebagai ibu bapa, you juga kena tahu potensi anak-anak you.

Sekarang aku ada anak perempuan, memang aku jaga sungguh. Tapi cara dia duduk, silang kaki, semua aku ajar. Dengan siapa yang dia bergaul dan bagaimana dia bergaul, hatta dengan abang-abang dia, sepupu, pakcik, atuk, semua aku kawal!

Ibu bapaku sangat percaya dengan keluarga dia dan kawan-kawan mereka. They think these people see me like a child, but they see me differently.

Ada masa aku tak boleh suamiku datang dari belakang nak peluk ke apa, aku akan menangis dan menggigil.

Jadi you all, awasi diri dan anak-anak. Mereka kena tahu sentuhan bahaya tu macam mana dan words apa yang orang tuturkan boleh ditafsirkan bahaya. Dah jadi trauma macam aku ni, susah nak okay dah.

Sekarang aku dah makin gemuk, muka pon double-chin, selulit di mana-mana, hahahaha, seronoklah juga. Dan sekarang musim covid, kita kena pakai mask, you have no idea how happy i am. Selesa nak berjalan. Sekian dulu…

– Leni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *