Prey or Predator?

Salam semua. Aku saja nak menulis & ingatkan diri sendiri pasal isu ni. Sexual grooming boleh berlaku dekat budak, dewasa mahupun orang tua.

Biasa spesis macam ni ada je dekat tempat kerja, dating apps, aplikasi online macam tu.

Kebiasaan yang buat sexual grooming macam ni spesis narsistik atau npd mostly lelaki & mungkin berlaku juga pada perempuan untuk kepuasan nafsu mereka sahaja.

By the way, aku bukan pakar atau apa. Ni dari knowledge dan apa yang aku pernah baca.

Macam mana sexual grooming ni boleh berlaku?

1)  Pemangsa akan cari mangsa. Target mangsa ni especially mangsa perempuan, janda, innocent, empati yang tinggi, dalam kesusahan, broken family.

Pemangsa ni biasa akan act macam penyelamat, atau buat cerita² sedih sebab nak attract mangsa.

2) Pemangsa akan buat mangsa percaya. Love bombing. Untuk orang yang memang dari broken family, lack of love dari ibu bapa mungkin rasa love bombing ni macam kasih sayang yang kita cari atau nak selama ni.

Dan untuk orang yang biasa dapat kasih sayang parents benda ni adalah biasa. Tapi tak, semua tu hanya awal² saja. Pemangsa akan tabur janji bulan bintang pada awalnya.

3) Bila si mangsa dah percaya si pemangsa akan act like dialah yang paling sayang kita, paling hormat kita, paling cinta kita. Dialah terpaling faham kita.

4) Dia akan isolate dan pisahkan kita, buat kita rasa nak terkepit & bergantung dekat dia 24 jam. Bila kita nak spend time dengan family atau kawan dia akan buat hal atau marah.

5) Relationship tu biasa si pemangsa akan jadikan as secret atau dia akan suruh mangsa add dia di social media. Sebab at the end kalau apa² jadi dia akan salahkan si mangsa dulu yang nak dekat dengan dia.

Pada masa yang sama si pemangsa akan start biasakan mangsa dengan percakapan ke arah s**. Awal² si mangsa ni mungkin akan rasa benda ni macam menggelikan atau tak biasa.

6) Bila dah biasa si mangsa akan anggap percakapan ke arah s** itu biasa.

Awal² mungkin sekadar chat, kemudian voice call, kemudian video call. Kemudian mungkin lagi teruk kalau mangsa ni tak sedar yang dia sebenarnya dalam fasa love boomb.

7) Bila si mangsa dah bagi itu ini. Si pemangsa akan mula ugut² mangsa. Si mangsa akan berada dalam ketakutan. Duit, masa, maruah semua habis. Habis sepah madu dibuang.

Mak ayah boleh kot educate dan bimbing anak² pasal benda ni sebab zaman sekarang semua di hujung jari.

Kepada ibu bapa, anak² tu amanah dari Allah. Buruk dan teruk macam mana pun anak² tu, dia adalah rezeki dan tanggungjawab kita untuk didik dia, jangan doakan mereka yang buruk². Doa baik².

– Tut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *