Assalamualaikum semua dan terima kasih admin.
Okey, aku kenalkan diri sebagai Mael. Org panggil Mael.
Malas nak basa basi. Aku bagitau terus kenapa aku taip semua ni.
Benda ni bagi aku adalah satu hal biasa didengar. Tapi bukanlah suatu benda yang okey untuk budak sekarang buat. Sebab teknologi hari ni dan gejala² bercinta monyet ni takdapat dipisahkan. Bercinta monyet? Hahaha. Macam tak betol je ayat tu.
Dan bukan sahaja bercinta tapi, dorang gunakan gadjet hari ni sebagai tempat untuk cari seorang kekasih/seorang peneman jiwa lara untuk isi kekosongan kononnya. Kalau yg dah habis diploma/study ke otak boleh terima lagi. Tapi kalau dah bercouple umur 10 tahun, baru masuk Tingkatan 1. Kiranya masih menengah rendah. Bagi aku, ni bukan benda yang elok untuk kita tengok saja. Bukan sama sekali.
Aku harap sangat, ibu bapa/keluarga/kakak/abang yang ada adik² masih sekolah, masih perlu tumpu pada pelajaran harian. Masih perlu tumpu pada ngaji iqra’. Aku harap sangat, check lah telefon dorang. (kalau yang dah diajar bergadjet usia muda) check tiap app yang dorang ada. Tengok aktiviti yg dorang buat dalam tu. Ni bukan soal mengonkongggg ke apa, ni soal masa depan dorang. Serius cakap. Gunakan cara korang untuk jadi akrab dgn budak² ni supaya diri mereka dengan senang hati boleh cerita apa² dekat korang. Lagi² ibu dan ayah ni. Kepercayaan utk share tiap yg dorang hadapi.
Memang tak dapat nafikan, harini majoriti budak² dah ada smartphone yang canggih. Tak minta, ibu ayah yang galakkan. Dan bila dorang dah dapat ‘mainan’ tu, ibu ayah kena terima lah, part negatif yang korang tak tahu apa yg dorang buat dibelakang uolss sendiri. Aku cakap pasal bercinta ni. Sangat tak patut deyy umur masih mentah nak fikir soal tu. Bukan nak kecam. Bukan nak kata buruk. Aku cumaaa nak pesan ahli keluarga lain yang ada ank yg masih sekolah. Tolong berjaga². Tengok sikit tingkah laku dorang.
Aku bgtau random, bukan budak² sekolah harian biasa jer yg berlaku, sekolah agama pun ada. (bukan nak buruk kann nama “skolah agama”) aku cuma nak kita semua berjaga² siapa pun anak korang, sepupu ke, jiran ke. Tak kiralah dari sekolah mana. Bukan nak kondem “ohhh sekolah agama pun macam ni..” haih, bukanlah macam tu niat dan maksud aku. Aku cuma nk kita beringat sesama. Sebab ada setengah ibu ayah ni bila cakap pasal cinta² budak bawah umur, dorang takkan amik tahu sebab dorang cakap anak dorang ni takkan terlibat kes macam ni. Padahal, tak kira kita bersekolah aliran apa pun – ujian itu pasti ada.
Aku harap korang semua faham lah apa yg aku nak sampaikan. Aku haraapp sangat. Aku jadi risau bila jumpa sepupu², jiran² yg masih sekolah tapi terlibat masalah macam ni. Kalau umur sementah itu dorang boleh sibuk fikirkan soal hati perasaan pasangan yang tak halal sama sekali, macam mana lah dorang punya pelajaran ye? Walaupun pandai sekalipun. Aku terfikir soal keberkatan bila dia menuntut ilmu tu. Doakan yg baik². Semoga kita dijauhkan dari semua perkara ni. InsyaAllah.
– Mael Madu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit