Prinsip-prinsip Penting Dalam Mengenal Bakal Jodoh.

Assalamualaikum & selamat malam. Heboh sana sini perihal perkahwinan. Itu suatu yang normal & boleh kita tegah serta cegah dengan memilih calon jodoh yang tepat. Di samping perlaksanaan ‘kerja selepas perkahwinan’ dengan kesabaran, toleransi & tawakal kepada Tuhan.

Saya cuba rungkaikan serba sedikit cara atau prinsip taaruf yang boleh dilaksanakan.

1. Bagaimana ingin memilih si dia?

Jika melihat keutamaan dalam memilih pasangan, aspek agama yang paling perlu diutamakan. Jadi macam mana kita nak tahu agamanya? Sedangkan manusia boleh berpura-pura. Pasti sukar bukan? Lihatlah cara bagaimana si dia melayani prinsip anda. Bermaksud, letakkan prinsip kamu untuk membentengi interaksi dalam komunikasi. Pandai jaga ikhtilat itu jawapannya.

Jika anda menggunakan medium whatsapps atau facebook sebagai wasilah bertaaruf. Maka, moleklah membuat satu group rasmi anda yang di dalamnya ada anda berdua dan seorang wali wanita tersebut(sebaiknya). Boleh juga meletakkan sahabat wanita yang sudah mendirikan rumah tangga.

2. Bagaimana kita ingin mengetahui agama si dia lagi?

Lihat jua apa isi kandungan perbualannya ketika bertaaruf tersebut. Adakah contentnya melaghakan? Melalaikan atau membuat kita lebih dekat dengan Allah swt.. Atau hanya berkata pada perkara yang penting.

Berkenalan dengan kita berkenaan asal, nama, matlamat hidup, sejarah akademik, sejarah kesihatan. Dan yang paling penting, lihat penggunaan masa dalam bertaaruf. Bagaimana si dia melimitasikan masa bertaaruf. Jika sepanjang masa mampu mereply msj hampir 24jam sehari. Nampaknya, si dia tiada pekerjaan mungkin. Setiap masa mengadap handphone.

3. Selain berinterkasi melalui medium alam maya, bagaimana kita nak tahu agamanya?

Berjumpa & bertaaruf di alam realiti. Tentukan tempat yang terbuka/public. Lihatlah cara si dia, adakah dia membawa teman jika dia seorang wanita. Atau si dia membawa ibu atau adik perempuan.

4. Bagaimana kita nak tahu tahap penguasaan pembacaan Al Qurannya?

Minta si dia membaca kalamullah. Paling simpel surah Al Fatihah. Kerana surah al Fatihah adalah rukun solat.

5. Bagaimana kita nak tahu akidah yang dia pegang?

Sila tanya direct kepada si dia. Dan cuba bangkitkan isu akidah dalam sesi taaruf kita. Kita akan nampak pada jawapannya nanti.

6. Macam mana kita nak tahu, si dia ni seorang menjaga tak ikhtilatnya sekaligus mengetahui masa silam & cara dia berinterksi dengan berlainan jantina?

Just pergi kepada media sosial account si dia ja. Boleh cari gambar, post & lihat apa yang di sharekan. Lihat gaya bahasanya. Lihat cara si dia bersembang dengan rakan2nya & rakan2 yang berlainan jantina. Lihat apa yang dipost, adakah hari2 di post gambar selfie atau post kebaikan & bermanfaat untuk orang lain.

Okey. Apabila kita dah yakin dengan bakal jodoh kita itu. Terus proceed dengan langkah seterusnya. Bagi lelaki, berjumpalah dengan wali wanita tersebut. Itulah salah satu tanda seorang lelaki itu serius. Kemudian diikuti dengan rombongan datang berziarah. Yang terkemudian, anda boleh sambung sendiri.

Namun, amatlah dinasihatkan agar untuk melaksanakan solat istikharah sebanyak mungkin sebelum memilih jodoh. Kerana ketika kita sudah memilih, maka kita akan memberatkan hati kepada pilihan hati kita, sedangkan kita sedang meminta petunjuk daripada Allah swt.

Dan boleh amalkan satu doa yang saya dapat ketika study dahulu..

“Ya Allah, kurniakan jodoh yang terbaik pada pandanganMu, buat diriku”.. Bacalah doa ni setiap kali solat. InsyaaAllah..

Terima kasih ustaz atas doa ini. Saya titipkan doa ini di sini buat orang lain.

Semoga bermanfaat.

– #selembarhatinurani

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *