Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca IIUM Confession. Terpanggil untuk menulis di sini kerana terbaca tentang Privasi Suami Isteri luahan hati saudari Aisya, (https://iiumc.com/privasi-suami-isteri-ii/).
Dan kebanyakan yang memberi komen memberi nasihat untuk bersabar dan haruslah hormat Si Ibu.
Alhamdulillah untuk nasihat-nasihat baik. Tapi cuba kita fikir sejenak bagaimana seorang menantu boleh sentiasa berada di dalam keadaan tenang jika hujung minggu hari untuk berehat,
Dan hari itu juga baru sempat nak tengok muka suami, nak berbual-bual panjang & spend time together, tiba-tiba orang datang terjah.
Hidup ini kita sentiasa akan diuji. Samada kita ni sabar atau tak. Allah uji sebab Allah sayang.
Untuk aku, hidup aku bersama suami dan anak penuh kasih sayang, tetapi kami diuji dengan mereka yang tidak faham apa itu privasi. Aku dan suami akan bermasam muka sebab orang, bukan sebab hal kami berdua.
Di awal perkahwinan kami, paling aku tidak akan lupa, bila seorang ibu mertua yang aku hormati datang terjah bersama anak2nya yang lain 7 orang campur anak bini mereka.
Aku tetap layan mereka dengan baik walaupun mereka datang tidak beritahu, bila aku sibuk di dapur terdengar suara ibu mertua menyuruh cucu2nya masuk ke kamar tidur ku sebab ada aircond.
Bukan setakat cucu sahaja, biras2 ku juga diajak dan mereka langsung tiada perasaan segan masuk ke kamar tidurku sedangkan dirumah ini aku ada sediakan bilik tetamu.
Dalam Al-Quran pun ada disebut bilik tidur suami isteri itu adalah privasi. Bila aku berbincang dengan suami tentang hal ini, suami pun tak suka ibunya berperangai sebegitu.
Bila suami tegur ibunya, ibu boleh cakap tak kan itu pun nak berkira kita ni kan keluarga. Terkelu lidah kami suami isteri mendengar ibu berkata sedemikian. Berkira kah kami ini?
Sejak kejadian itu, dan aku pun dah punya anak setiap kali mereka terjah, suami akan kunci pintu bilik kami.
Anak aku walaupun masih kecil aku tetap ajar adab kalau pergi ke rumah orang. Ada juga terdengar suara2 sindiran sebab kamar tidurku berkunci tapi kami pekakkan saja telinga.
Belum masuk bab hari raya, percutian keluarga dan lain-lain. Tiada privasi & selalu diganggu seolah2 aku ni macam tiada IbuBapa, adik-beradik & keluarga sendiri.
Itu aku tidak mahu bicara, dulu memang selalu memendam rasa, pura2 tersenyum untuk menjaga hati seorang Ibu mertua.
Tetapi aku dah berjanji untuk berlaku adil dan sentiasa berbincang dengan suami yang aku masih punya Ibubapa walaupun mereka yang paling memahami dan tidak pernah dia campur urusan aku suami isteri,
Tapi dalam diam ada juga mereka berkecil hati sebab aku pernah tak datang kenduri doa selamat Abangku sebabkan ibu mertua & anak beranak datang rumah main terjah lepas tu tak reti2 nak balik dan ajak pula berkelah di tepi pantai.
Kelakar bukan, tapi itulah yang kami hadapi bila orang masuk campur urusan kami suami isteri. Kahwin ni kena give & take, bukan keuntungan tu pada sebelah pihak sahaja.
Nasihat kakak pada adik Aisya, kena banyak bersabar sentiasa berfikiran positive, tetaplah hormat Ibu mertua awak, kalau rasa rimas bunyi call time bercuti setkan phone awak dalam keadaan silent & call balik bila awak dah bersedia nak cakap dengan ibu mertua awak.
Dan panjatkan rasa syukur sebab ibu mertua awak selalu beri makanan pada awak. Selalulah berbincang dengan suami bagaimana cara untuk spend time together tanpa diganggu.
Dan jangan lupa sediakan frozen food banyak2 dalam peti ais kalau orang terjah tak kalut hahahahaha. Bye!
– Bunga Cinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit