Pro-Tips Putus Cinta

Hi asalamualaikum warga iiumc, I hope you guys sihat sentiasa, hehe. First and foremost thank you admin sebab sudi share.

Aku selalu perasaan banyak juga confession berkaitan putus cinta dan cuba move on dekat iium nie. To be honest Aku pun baru saja putus cinta setelah almost 7 years bersama, huhuhu.

Aku tahu diantara pembaca-pembaca confession ni mesti ada yang sedang diuji putus cinta and I thought I could share an advice untuk you guys cope dengan putus cinta ni dan seterusnya mempermudahkan proses move on korang.

Oh btw, aku mintak maaf sebab merojakkan BM Dan BI yer.

Okay, first let’s talk kenapa putus cinta nie very painful dan sukar untuk kita move on. Ada 3 point utama. Firstly, sebab kita dah invest banyak dalam relationship tersebut. Lagi2 bila kita bercinta more than a year and you pour all your trust, heart dan juga happiness toward that person.

So bila that person left, kita feels betrayed and lost semua investment kita terhadap dia. The only things yang tinggal cuma memori Dan penyesalan.

Secondly, sebab future planing kita always involved that person. Of coz lah bila bercinta kita akan dambarkan kebahagian sampai ke jinjang pelamin bersama si dia and that always the plan.

So bila putus kita rasa dunia kita gelap tiada masa hadapan sebab dalam pelan masa hadapan kita melibatkan dia. Kita tak pernah membayangkan untuk kahwin dengan orang lain atau berjumpa dengan orng lain. So it be a bit dificult untuk adjust our future planning balik.

Thirdly, penyesalan Dan trauma. Bila Kita putus, benda pertama yang akan hit kita adalah penyesalan. Kenapa aku bercinta dulu? Kenapa aku percaya Kat dia? Kenapa aku Tak jaga dia baik2? And so on.

This thing akan always runs around your mind and make you depress dan membentuk parut trauma dalam diri. Even after Kita dah pulih kearah move on, trauma itu masih ada Dan menghalang untuk Kita invest balik dalam new relationship

Okay, moving on ke next part. Bgaimanakah proses move on berlaku?

Proses dari kita putus cinta ke move on ni takes times dan akan melalui beberapa fasa yang dipanggil stage of grief. It’s really important untuk kita tahu, supaya kita kenal proses normal untuk move on dan dimanakah kita berada sekarang di dalam fasa tersebut.

1. Denial (second after breakup)

The moment je dia lafazkan perkataan tersebut, emotional kita dibom dengan pelbagai perasaan Dan kita tk boleh nk proses apa yang berlaku. So our mind go to state of denial untuk buy time supaya mind kita boleh proses apa yang berlaku.

2. Anger (minutes to hours/days)

After minda kita dapat proses apa yang berlaku, Kita akan start questioning kenapa ini berlalu. Kita akan salurkan segala frustration, anxiety kita dalam bentuk kemarahan- at this stage Kita tend put the blame kepada ex tersebut or even worse dan mintak dijauhkan blaming the takdir.

3. Bargaining (hours to days)

At this stage kita dah start realize kita marah macam Mana Pon takde guna, so Kita ubah strategi kepada bargaining dengan harapan takdir dapat berubah. Waktu nie lah kita akan begging dengan ex kita minta rujuk balik dan sebagainya.

Disamping itu dekat waktu ni kita akan lebih dekat kepada Tuhan, hopping diberi peluang kedua atau dikurangkan keperitan ini ( btw- aku waktu ni, siap bernazar kalau dia terima aku balik, aku akan cukur rambut aku hahaha nasib baik tak dapat).

In the way, at this stage is good sebab mendekatkan diri kita dengan tuhan Dan berserah kepadanya hopefully berterusan.

4. Depression (days to week/month/years)

At this stage, kita dah Mula give up untuk perjuangkan relationship tersebut. Kita mula sedar yang ianya dah berakhir Dan tiada apa kau boleh buat lagi.

Bagi Aku this stage paling sukar, kita akan dibayangi seribu satu penyesalan, memori2 bersama dia. Dunia time awal2 stage nie rasa gelap sangat sebab kita asyik terbayang2 dia. But trust me, slowly by slowly kita akan start lupakan dia.

Aku suggest diwaktu ni untuk get rid/ sembunyikan semua benda yang ada kaitan dengan dia. Sebab benda tersebut akan trigger pasal dia dan kita akan kembali masuk cycle depression.

5. Acceptance (kita finally move on)

Somehow, secara tiba-tiba je kita masuk ke fasa ni. At this stage, kita dah takde rasa apa2 dah even kita terlihat gambar dia ke apa ke kita tkde rasa sedih lagi.

Waktu ni kita dah kira move on dan survive putus cinta tersebut, Aku harap korang cepat sampai ke fasa nie. Btw aku masih lagi Tak sampai ke fasa ni, hahahahaha.

Okay sekarang kau dah tahu fasa2 untuk move on, next Kita kena set up mind set Kita supaya proses ini lebih mudah Dan kurang perit huhu.

This is few mind set yang aku rasa very helpful :

1. Love is 50-50 chance.

Kita kena Ada mindset ni wajib. Kau kena faham in relationship outcome dia hanya Ada Dua je. Bahagia atau kecewa. Semua orang bercinta akan berakhir dengan Dua outcome nie. Kau cuma tidak Bernasib baik untuk terima outcome yang macam nie. But hey so do half of other people.

2. It’s a normal phase in life.

Almost everyone akan mengalami fasa Ni. So you were not a lone. Aku tahu kau akan rasa gelap Gila dunia ni. But so do other people and they survive it and you will too.

Kalau kau down teruk, Cari je confession Kat iium nie pasti banyak testimoni macam Mana diorang survive putus cinta nie. Don’t worry you time to move on will come so don’t loose hope.

3. You haven’t met her/him yet.

Aku tahu kau bercinta dengan ex kau sebab kau rasa dia lah the one. But sometime sebelum kau jumpa the one, kau akan lalui fasa ni supaya kau akan lebih menghargai dia dan menjadi yang terbaik untuk dia. Ex kau nie cuma latihan Dan tempat kau kenal dimana silap dah kelemahan kau.

Okay few extra tips untuk move on kau boleh buat :

1. Jangan contact dia langsung selagi kau tk lepasi fasa acceptence.

2. Maafkan dia Dan diri sendiri- aku tahu susah, but selagi kau Tak maafkan dia Dan diri kau, proses move on itu susah.

3. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk ganti kekosongan dalam diri.

4. Dekatkan diri dengan Tuhan (most important) moga2 dengan ujian ini kau menjadi manusia yang lebih baik.

Aku harap sedikit sebanyak membantu korang menghadapi ujian ini. Kita strong and will survive this. Insyallah our happy moment akan datang. Hey, after heavy rain come the rainbow right? Hahaha, keep positive guys.

– Fallen brother (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *