Assalamualaikum… Terbaca confession “Melupakan atau meneruskan” (https://iiumc.com/melupakan-atau-meneruskan/), terasa membaca confession sendiri.
Aku baca komen kotlah ada jawapan untuk permasalahan sendiri, tapi masih belum ketemu.
Aku Memey, umur 45 tahun menjanda selama 6 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 12 tahun.
Telah berkenalan dengan seorang lelaki yang muda 5 tahun dari aku, dan dia sudah 5 tahun menduda tiada anak. Kami bertemu di portal mencari jodoh sebulan yang lalu, aku gelarkan dia Akmal.
Mula bertukar nombor, mula mengenal hati budi dan kami telah sepakat untuk menamatkan zaman janda and pendudaan in a few months, bila PKP kembali reda.
Yer tahu sebulan jek kenal, dan kami berdua bersetuju untuk bercinta saja selepas nikah.
To cut it short, tak banyak yang aku tahu tentang Akmal memandangkan masih PKP dan tak boleh berjumpa dan dia jauh di utara sana, manakala aku di Kuala Lumpur.
To cut it short lagi, Akmal dalam conversation beliau mula membicarakan isu-isu yang sensitif dan pada pandangan aku, terlalu private untuk dibincangkan sebelum kahwin.
Akmal dah beritau, aku perlu mengandung segera lepas kahwin, dia sangat nak kan anak, dia nak sangat rasa jadi ayah, sebab perkahwinan sebelumnya, Akmal tiada anak.
Suka keluarkan ayat seperti, “dah bersediakah untuk malam Jumaat hari-hari, selepas subuh mesti sekali, jangan cakap letih kalau saya minta berkali-kali”
Dan aku mesti sentiasa bersedia, memandangkan dia muda lagi.. eh banyak laa lagi which is bagi aku so disgusting nak tulis disini.
Aku dah suggestkan untuk dia cari saja perempuan muda yang boleh lahirkan anak yang ramai untuk dia, tapi dia kata tak minat perempuan muda. Oh goshhh!
Aku jadi takut, aku biasanya akan divert the conversation ke topik lain dan tak melayan conversation berbaur 18sx.
Aku terfikir bukan ke diusia menginjak 40 tahun, bukan lagi usia memikirkan ‘itu’ setiap masa, perlu mengandung setiap tahun.
Bukankah pada usia aku sebegitu, pregnancy yang paling berisiko, bukankah at that age aku dan dia patutnya lebih banyak solat jemaah sama, pergi masjid sama-sama..
Tetapi kerana tahap husnuzon yang tinggi, mungkin dia nak sangat anak, Akmal terlalu mudah membincangkan sebegitu details.
Sebenarnya, masa aku taip confession ni pun aku dah tau pun apa yang aku nak. Aku dah buat istikharah dan actually aku memang nampak dia.
Cuma aku takut jawapan istikharah terpengaruh dengan emosi aku, mungkin kena buat lagi dan lagi sehingga aku yakin.
Aku share kat sini, sebab aku perlukan komen korang untuk menguatkan jawapan aku. Lagi-lagi dari kaum Adam.
Korang kalau lama sangat menduda memang desperate sangat sampai sebegitu ke?
Adakah soalan sedetails itu, berbentuk nak menduga pasangan atau korang memang really meant it?
Sebenarnya aku ok saja, tidak lah desperate, sementelah 6 tahun menjanda and I’m ok with it.
Cuma kalau ada, bolehlah jadi mahram ke umrah dan haji nanti.. adalah orang kejutkan qiamullai dan solat jemaah sama-sama.
Aku memang nak baca komen korang.. Tolong aku.
– Memey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit