Produk Nak Cantik

Bismillah.. Assalamualaikum… Terima kasih sekiranya admin approve confession aku ni. Aku nak mengambil kesempatan ni nak cerita tentang produk kecantikan.

Aku merupakan pelajar lepasan kejuruteraan kimia dan seorang wanita. Ok cukup tu saja tentang aku. Produk kecantikan sekarang terlalu banyak bersepah2.. kunyah2 la.. minum la.. bentuk pil dan macam2 lagi.

Dan kalau perasan, boleh dikatakan setiap artis2 dekat Malaysia ni ada produk masing2. Kalau kita perhatikan memanglah artis tu mempunyai rupa paras yang menarik. Kita sebagai orang biasa memanglah terpengaruh nak beli sebab artis yang jual kot.

Terutama artis2 yang tengah hot sekarang ni. Aku tak salah kan retis2 tu semua nak jual produk tapi kita ni semua patut bukak mata. Aku cerita ni sebab aku yang bidang chemical ni pun takut nak jual produk2 ni.

Aku bukan nak rendahkan retis2 tu semua cuma aku perasaan retis2 mostly takdak background yang ke arah ni. Setakat diorang jual tudung ka, minyak wangi, baju ka aku tak kisah. Ni tak, segala jenis produk. Konsepnya sama, ambik pil, minum hak yang dalam sachet. Letak dalam bekas goncang2 minum sebotol sehari.

Aku tak kata aku ni bagus ke atau memang hebat dalam bidang chemical nih. Tapi aku biasa dengan experiment2.. tau yang macam2 boleh jadi.. macam2 error nak tentukan berjaya ke tidak. Kadang2 tu ada manusia yang perangai teruk tu tipu sikit bagi result cantik. Ni aku cuba sampaikan yang lama masa diambik untuk tentukan keselamatan sesuatu produk tu.

Cuba bayangkan produk yang artis tu juai korang tahu tak selamat ke tidak. Korang kenal tak chemical yang letak dalam produk tu yang korang berani sangat masuk dalam tubuh korang.

Lecturer aku dulu pernah pesan, “you learn chemical then you put chemical into yourself” Why? Why? Aku tak bangga dengan course aku ambik tapi nak korang sedar bahayanya main masuk je chemical ikut dan je dalam badan.

Segala jenis review ada kat ig, berbagai produk pantang femes je mesti ada produk. Aku nak korang bukak mata janganlah terlau muah terpengaruh. Artis tu je yang untung depa duit banyak pegi buat clinical treatment bagai. Memanglah cantik. Kita je la dok guna lagi produk depa.

Aku pun wanita aku paham perasaan tu bila aku nak jugak cantik. Aku dulu comot hitam aih. Memang selalu disisihkan, confident tu takdak, orang jual air pun tak mau aih pandang muka aku. Kira lambat la layan. Tapi aku berubah lah pelahan2 cari produk selamat. Makan masa dan memang tak putih teruih sampai la ni pun hitam lagi. Tapi kira aku ubah lah penampilan aku jugak. Pakai bagi segak sikit. Alhamdulillah dah konfiden. Orang pun dah mula pandang. Aku jaga adab tutur aku sebab aku sedar diri tak seberapa. Ejek maki sebab huduh to memang aku pernah merasa la dulu. Tapi sekarang alhamdullilah. Aku tak dengki orang lain nak cantik tapi aku cuma nak pesan supaya sayang diri jangan lah sesuka hati masuk produk dalam badan.

Dan aku menyeru segala jenis manusia yang expert bidang nih silalah bagitau orang ramai tentang bahaya produk2 yang bersepah2 ni. Aku tahu mesti ada yang akan marah tapi aku cuma mahu sampaikan pesan supaya hati2 memilih produk. Aku tak kata semua bahaya tapi hakikatnya ramai kat dalam hospital sebab bubuh produk apa entah dalam badan.

Jangan terlalu mudah terpengaruh.

Yang nak komen2 silalah. Kita sebarkan bahaya nih.

– Izzati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit