Produk Sampah Dipasaran

Dah lama dah nak luahkan apa yang terpendam.

Aku ni jenis yang anti sungguh dengan orang yang suka promote jamu, supplement lah, senang cerita produk2 yang berlambak kat pasaran sekarang. Tak ada masalah kalau doktor yang syorkan, tapi sebaliknya kalau orang yang bukan ahli sibuk pong pang pong pang suruh makan.

Fikir logik lah, kalau produk2 yang kata boleh sembuhkan penyakit kronik, memberi seribu satu khasiat, dah tentulah doktor pun suruh amalkan.

Masalahnya produk2 ni sendiri dah langgar peraturan untuk iklankan produk mereka. Kementerian kesihatan kan dah keluarkan garis panduan yang mana produk2 ni tak boleh nak overclaim boleh sembuhkan penyakit kronik seperti kanser, kencing manis dan lain2.

Kenapalah orang kita ni senang sangat terpedaya eh dengan produk2 overclaim macam ni. Kita tak tahu apa sebenarnya kandungan dalam produk tu.

Bayangkan, doktor dan ahli farmasi belajar bertahun-tahun untuk arif bidang perubatan ni, bila bagi nasihat kesihatan, beri ubat ikut pada keadaan pesakit, mereka tolak mentah-mentah. Selalunya jadi pada pesakit yang veteran lah aku tengok. Mereka akan tinggalkan ubat hospital dan cari alternatif lain.

Alternatif lain tu contohnya ‘Jus Khasiat, Jus menyembuhkan segala penyakit kecuali mati, pelbagai jenis minyak yang boleh menghindarkan penyakit kronik dan macam macam lagi lah. Nak tulis pun malas dan muak.

Bila dah try alternatif lain tu kalau ada masalah lebih teruk jadi , barulah nak terhegeh-hegeh datang hospital balik jumpa siapa? Jumpa doktor! Sebab apa? Tiba-tiba jantung berdegup kencang, kencing manis makin teruk dek kerana tinggalkan ubat doktor! Tapi tetap tak sedar, balik2 doktor juga disalahkan.

Suka sangat telan produk bukan2 masalahnya orang kita ni. Contoh situasi lain yang menjengkelkan aku adalah waktu lepas bersalin iaitu berpantanglah konon. Macam-macam pantang makan tu satu hal lah. Ni dimomokkan lagi dengan wanita lepas bersalin wajib makan jamu! Biar badan panas. Hati aku pun panas.

Agak-agaklah. Tahu tak makan jamu ni boleh beri kesan pada susu ibu tu? Kesianlah kat ibu-ibu baru bersalin tu kau suruh telan jamu, akar kayu, gamat lah yang pahit pahit tu kat mereka! Kenapa nak susahkan ibu-ibu ye?

Pesan doktor yang sarankan ibu lepas bersalin ni makan makanan yang berkhasiat, lebih kan sayur dan buah, mesti ada protein dalam makanan tu taknak ikut pulak! Yang menyusahkan hidup juga nak dipilihnya. Nak kena ikut pantang orang tua, tak ikut nanti derhaka. Adoi.

Bila dah sembelit masa baru lepas bersalin sebab tak makan buah dan sayur, siapa yang sakit dan menderita? Ibu-ibu juga. Jadi janganlah jadi bahan eksperimen untuk diseksa ya. Anda ada pilihan.

Pula tu, produk-produk ni bukan murah-murah. Ya Ampun dia punya harga botol kecil minyak zaitun je contohnya dah cecah RM100. Padahal ubat doktor kalau kat hospital kerajaan free je! Yang nak berbayar juga mereka suka!

Yang menjual tu pun, apa kelayakan dia? Dia ahli ke dalam bidang perubatan ni? Kalau ada title Dr pun, dia menjual tu lepas dah check habis masalah dan repot kesihatan kita? Ke asal boleh je janji dapat jual produk keluaran sendiri untuk menebalkan poket?

Tolonglah jangan membazir duit dah beli produk mengarut. Saya menulis ni sebab lihat terlampau ramai yang taksub dengan produk-produk mengarut sekarang ni.

Produk nak sembuhkan segala penyakitlah, produk memutihkan kulitlah, produk memelihara badan wanita supaya boleh pakai lama dan rahim tak jatuh lepas tu suami confirm tak larilah! Haha macam-macam ada.

Pilihan di tangan anda. Nak terima ke tak, ikut sukalah.

– Bukan ahli perubatan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *