Assalamualaikum pembaca semua. Aku dah folllow page IIUM Confessions ni dah lama dah sebenarnya tapi tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni aku kerap stalk page ini untuk baca kisah2 korang semua.
Jadi aku rasa macam terpanggil untuk kongsikan kisah aku. Benda ni terjadi pada tahun 2014. Sedikit perkenalan tentang diriku. Aku seorang wanita.
Merupakan seorang anak tunggal dan seorang anak yatim piatu tiada mak&ayah kerana telah meninggal dunia. Mak meninggal semasa usiaku 4 tahun manakala ayahku meninggal saat usiaku 17 tahun.
Kisah ni terjadi pada tahun 2014. Ketika itu usia ku 16 tahun. Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki (ye aku tahu kecik2 lagi dah gatal nk bercinta hahaha). Kisah yang aku ingin kongsikan ini mungkin agak panjang, tapi aku harap korang sudi membaca.
Aku namakan si lelaki ini sebagai Mamat. Aku berkenalan dengan Mamat ni secara tak sengaja kerana aku sangkakan Mamat ni ialah rakan sekelas ku (kerana nama mereka sama)
Lalu aku dengan tak malu nya dah dm si Mamat ni kat instagram untuk mintak no telefon kerana masa tu aku ada tugasan berkumpulan yang harus diselesaikan dengan si Mamat rakan sekelasku itu.
Bila dah dapat nombornya aku whatsapp dan ya ternyata aku salah orang. aku agak malu tapi nk buat macam mana, benda pun dah save.
Lalu kami pun chat jelah macam biasa macam kawan-kawan biasa. Tetapi masa itu kami masing-masing hanya anggap kawan sahaja tak lebih dari tu.
Nak dijadikan cerita, ketika usiaku 17 tahun ayahku menghembuskan nafas terakhirnya. Aku tak sangka ketika itu Mamat sanggup datang kerumah ku ketika tahlil arwah. Kerana aku dan Mamat ketika itu hubungan jarak jauh.
Nak dijadikan cerita, selepas itu hubungan kami semakin rapat. Walaupun Mamat jauh disana tetapi aku dapat rasakan betapa sayang dan cintanya Mamat kepadaku. Apa-apa masalah dan cerita duka lara semuanya ku luahkan pada Mamat.
Mamat seorang pendengar yang sangat-sangat setia dan sering memberikan ku kata-kata semangat disaat ku down (aok tak down? koi down). Kerana aku seorang anak tunggal dan aku tiada keluarga untuk aku meluahkan segalanya. Hanya pada Mamat aku luahkan semuanya.
Ku akui, Mamat seorang lelaki yang baik, rajin bekerja, rajin solat dan sebagainya. Ciri-ciri lelaki idaman memang ada pada mamat.
Oh iya, lupa aku hendak bagitau, aku berkenalan dengan mamat disaat dia masih belajar dan tiada apa-apa sehinggalah dia dapat kerja tetap dan menjadi agak stabil.
Selepas aku habis SPM, aku terus decide untuk mencari kerja dan tidak mahu sambung belajar lagi. Mamat pula ketika itu masih belajar lagi. Pada 2017 Mamat telah habis belajar tetapi masih tiada kerja tetap lagi.
Ketika itu Mamat ajak aku untuk bertunang dengannya kerana takut aku diambil orang katanya. Aku yang ketika itu masih mentah aku ikutkan sahaja dan setuju. Kerana memang ini yang aku impikan.
Dengan sekelip mata jadilah aku tunang si Mamat. Semuanya baik-baik sahaja sampailah pada tahun 2018 tiba-tiba aku merasakan perubahan pada diri Mamat.
Pada tahun 2018 itu, aku masih lagi bekerja dan kerjaku biasa-biasa sahaja. Mamat pun masa itu sudah mendapat kerja tetap kerana telah habis belajar. Disaat itu aku rasakan Mamat sangat-sangat lain.
Kalau dulu walaupun berjauhan aku dapat rasakan perasaan sayang dan cinta Mamat terhadapku. Tetapi kini walaupun Mamat berada di depan mataku, aku merasakan seperti tiada apa-apa. Seolah-olah perasaannya terhadap ku sudah lenyap buat selama-lamanya.
Pada ketika itu, tiba-tiba Mamat mendiamkan diri. Hampir seminggu kami tidak bermesej, berwhatsapp, call jauhkan sekali. Aku tertanya-tanya mengapa Mamat menjadi begitu. Mengapa perubahannya secara tiba-tiba?
Sungguh aku tak mengerti. Aku buang egoku jauh-jauh aku telefon Mamat kerana sudah sebulan kami tidak contact. Aku telefon aku tanya padanya kenapa dia tiba-tiba diamkan diri? adakah aku ada buat salah padanya? lalu dia menjawab maaf..
Maaf? sungguh aku tak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Mamat. Maka selepas aku telefon dia tu, aku pun mendiamkan diri juga tetapi seminggu kemudian aku mesej Mamat aku cakap yang aku nak jumpa dia. Mamat pun setuju lalu kami pun berjumpa
Ketika berjumpa, aku layan dia dengan baik. Kami makan, jalan-jalan dan luangkan masa bersama ketika itu. Hasratku ingin berjumpa dia bersebab. Kerana aku ingin ucapkan kata putus. Aku ingin katakan yang aku mahu putuskan hubungan ini secara depan-depan.
Setelah puas makan, jalan-jalan dan sebagainya, aku beranikan diri untuk mengucapkan kata putus. sungguh! Aku sangat cintakan Mamat tapi aku sudah tidak sanggup diperlakukan seperti ini. Dianggap tidak wujud tanpa sebab. Aku sudah tidak sanggup.
Lama kami diam, kemudian 30 minit kemudian aku beranikan diri untuk mengucapkan kata putus pada Mamat. Aku luahkan segalanya pada Mamat. Sungguh kata aku kalau boleh memang tidak mahu menangis di depan Mamat. Tapi airmataku turun dengan laju ketika itu.
Aku tidak mahu Mamat menganggap ku lemah dan tidak mahu dia tahu bahawa aku sangat menyayanginya. Lepas aku mengucapkan kata putus Mamat hanya membalas ‘ok’. Makin laju airmata ku mengalir dan aku kembalikan cincin tunangku kepada Mamat.
Aku mengucapkan terima kasih kepadanya atas segalanya dan atas kebaikannya selama ini mendengar segala luahkan bodohku tentang kehidupan yang tidak adil ini. Aku menyuruh Mamat balik sendiri tanpaku. Aku tidak mahu balik bersama Mamat.
Mamat terus berlalu pergi untuk balik, dia langsung tidak menghiraukan aku. Ketika itu, aku mengharapkan Mamat kembali lalu berkata yang dia jugak menyayangi ku lalu memujukku tetapi Mamat tidak kembali-kembali lagi. Mamat ku pergi buat selamanya…
Maka setelah itu bermulalah proses penyembuhan ku. Aku balik kerumah dan menangis puas-puas. Aku tidak tahu mengapa Mamat menjadi begitu.
Setiap kali solat aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga aku dapat lupakan Mamat dengan cepat. Sakit. Terasa sungguh perit menanggung rindu ketika itu.
Tetapi aku tetap tidak akan kembali pada Mamat. Sedalam mana rindu dan sayangku pada Mamat, aku tetap dengan pendirian ku tidak mahu patah balik pada Mamat. Kerana dia sudah tidak berminat lagi pada diriku. Buat apa aku teruskan untuk bertahan?
Ketika proses healing itu, aku banyak luangkan masa untuk buat perkara-perkara yang aku suka. Ketika itu lagu Najwa Latif yang bertajuk AdaMu telah menjadi lagu favourite ku. Ntah la kenapa mungkin sebab liriknya yang membuatkan ku terasa dekat dengan Sang Pencipta.
Aku sangat suka sekali liriknya part
“Kau berikan ku kekuatan,
Tuk berpegang pada jalan,
Walau penuh dengan cabaran,
Ku tahu ku AdaMu Tuhan”
Hampir setiap hari aku mendengar lagu ini. Lepas dengar lagu ni, aku terasa seolah-olah semangat ku datang kembali.
5 bulan berlalu, aku sebukkan diriku untuk keluar jalan-jalan seorang diri ketika itu. Yelaa kerana sudah lama aku tidak keluar pergi mana-mana selain tempat kerja selepas putus dengan Mamat.
Banyak aktiviti yang aku buat ketika itu. Pada waktu petang aku pergi ke taman rekreasi. Taman rekreasi ini selalunya petang-petang ada macam music-music bank kecilan-kecilan tu akan menyanyi. Taman rekreasi ini jugak yang aku selalu dating dengan Mamat dulu.
Ketika sedang duduk sambil menikmati kecantikkan taman itu tiba-tiba aku nampak Mamat…Tetapi Mamat waktu itu dengan perempuan lain… Aku melihat senyuman diwajah Mamat ketika itu. Dia telah pun bahagia dengan orang lain
Aku merenung lama mereka berdua. Ketika itu, tiba-tiba sahaja lagu kegemaranku dinyanyikan oleh music bank tersebut.
Ye! Mereka menyanyikan lagu Najwa Latif yang bertajuk AdaMu. Laju airmataku mengalir ketika itu. Bukannya sebab aku sedih melihat Mamat bersama wanita lain.
Tetapi aku sebak kerana tiba-tiba sahaja lagu itu dimainkan. Ketika itu aku merasakan Tuhan saja membuatkan lagu itu dimainkan kerana tidak mahu aku menangis melihat Mamat. Sungguh rasa tenang ketika lagu itu dinyanyikan oleh music bank itu. Suaranya pun merdu sekali.
Disepanjang proses penyembuhan ini, tipulah kalau aku kata aku tak rindu Mamat. Setiap masa aku rasa rindu padanya.
Ada masa aku rasa ok, ada masa aku rasa tak ok dan hari-hari pun macamtu lah aku. Hanya Allah sahajalah tempat aku mengadu segala apa yang aku rasa.
Aku tiada siapa-siapa lagi di dunia ini. Mak&ayah pun aku sudah tiada. Kawan-kawan? aku lebih memilih untuk memendam daripada meluahkan pada kawan-kawan. Biarlah aku pendam sahaja ataupun bercerita semuanya pada Sang Pencipta.
4 tahun telah pun berlalu, segala kisah pahitku akhirnya berakhir jua. Setahun selepas putus, ada seorang lelaki yang mahu berkenalan denganku.
Aku namakan lelaki ini sebagai Kanda. Ketika itu aku tidak layan sangat kerana traumaku masih belum hilang. Tetapi Kanda ini tidak pernah mengalah dan terus cuba menyakinkan ku.
Walaupun hampir setahun juga aku buat tak tahu pada Kanda, Kanda tetap melayan ku dengan baik dan dengan beraninya mengajak aku bernikah.
Aku tak tahu macam mana tiba-tiba je masa itu aku boleh bersetuju untuk bernikah bersama Kanda. Kanda ketika itu apa lagi, memang happy gila-gila lah dia.
Maka pada tahun 2020 aku pun selamat menjadi isteri Kanda. Ketika itu barulah Kanda jujur katanya dia telah lama minat aku sebenarnya cuma dia takde keberanian nak bagitau.
Dia boleh minat aku sebab masa aku zaman sekolah dulu, dia kata dia pernah terserempak dengan aku kat satu kedai runcit ni, dia kata bila dia pandang je aku, dia dapat rasakan seolah-olah macam dia dah jatuh cinta.
Sejak dari hari itu, Kanda berusaha untuk mencari nama sosial media ku. Kanda kata, selama 2 tahun dia mencari apa sosial media ku tetapi dia tak berjaya temui kerana tidak tahu namaku hahahaha.
Kanda ketika itu tebalkan muka mintak nama instagram aku pada seorang kawanku ini kerana ketika itu kawanku ini telah memuatnaik gambar kami berdua di instagram.
Kanda yang ketika itu ‘follow’ kawanku terus meminta nama instagram ku. Dan dari situlah Kanda tahu namaku siapa dan mula mengikuti kesemua akaun sosial media ku.
Kanda kata lagi, dia dah sedikit hampa sebenarnya kerana dia tahu aku ketika itu dah ada boyfriend lalu menjadi tunang orang. Kanda cerita, ketika dia dapat tahu aku dah jadi tunang orang tu, dia kata dia nk lupakan aku dan nak block semua akaun sosial media ku.
Tapi Kanda kata, semakin dia cuba melupakanku semakin kuat pula rasa cintanya padaku. Dah banyak kali Kanda block lalu unblock di setiap akaun sosial media ku.
Sampai last-last sekali Kanda Terus unblock je semua akaun media sosial ku tak block-block dah. Dia kata memang susah dia nak lupakan aku waktu tu.
Walaupun aku dah jadi tunang orang, dia tetap sukakan aku dan tak pernah bercinta dengan sesiapa pun kerana dia menunggu diriku.
Nak dijadikan cerita, selepas 5 bulan putus dengan Mamat tu, kan aku ada pergi taman rekreasi yang aku nampak Mamat tu, Kanda kata dia pun ada kat taman tu jugak masa itu.
Dia kata dia nampak aku menangis masa tu. Dia pun pelik kenapa aku tiba-tiba menangis. Lepas tu bila dia pandang apa yang aku lihat baru dia faham. Dia nak cuba tenangkan aku masa tu tapi Kanda kata dia takut.
Bila dah tahu aku dah putus tunang, Kanda kata masa tulah dia cuba nak halalkan aku. Dia kerja dengan lebih bersungguh-sungguh untuk jadikan aku ni isteri dia.
Selama 4 tahun Kanda kumpul duit untuk berkahwin denganku, barulah dia ambil keputusan untuk ambil hatiku dan ajak aku bernikah.
Masa Kanda cerita semua ni kat aku. Sumpah aku menangis. Aku menangis semahu-mahunya. Betapa indahnya setiap apa yang Tuhan dah tetapkan tu. Rupanya selama ni jodohku dekat2 sahaja denganku.
Dan aku bersyukur sangat Kanda ni jadi suami aku. Aku rasa bertuah kerana dapat kasih sayang dari suamiku.
Kanda layan aku dengan sangat-sangat baik. Dia melayan ku seperti permaisuri. Kerja-kerja dirumah semua Kanda yang buat.
Aku nak masak pun dia tak bagi. Tapi aku masak jugak untuk Kanda suamiku kerana aku kasihankan dia lepas buat semua kerja rumah nak kena masak lagi. Tak ke penat tu.
Aku bersyukur Tuhan pertemukan aku dengan Kanda. Oh ya, lupa nk bagitahu mak dan ayah Kanda pun sangat2 baik denganku.
Mak&ayah mertua ku layan aku macam anak kandung mereka sendiri. Aku kadang-kadang tak rasa pun macam aku ni menantu dorang sebab cara layanan sebijik macam anak kandung.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat Ya Allah. Kau ciptakan pelangi buatku setelah apa yang aku lalui selama ini. setelah hampir 2 tahun kami mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah aku bakal melahirkan zuriat kami yang pertama pada tahun depan.
Bila dah tahu yang aku mengandung, Kanda bukan main lagi. Memang semua kerja rumah dia tak bagi aku buat lah. Nak masak pun tak boleh sebab dia dah masak siap-siap.
Haih lah suamiku. Terima kasih kerana menyayangi diriku. Kenapa aku namakan watak suamiku ini Kanda? Kerana dia Kekanda kuuu:3.
Akhir kata, doakan hubungan kami suami isteri kekal bahagia hingga ke Jannah semua yee. terima kasih pada semua yang sudi dengar coretan kecilku ini.
Maafkan aku kerana coretan aku ni agak panjang jugak. Sebab aku kalau boleh nak habiskan terus cerita ni malas nak sambung part part. Tapi kalau ada yang sudi nak dengar kisahku lagi akan ku usahakan. Assalamualaikum :)
– Isteri yang bahagia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit