Assalamualaikum semua. Hari ni sye nak cerita pasal pemerhatian yang saya telah buat berdasarkan hidup orang lain. Dan perkara-perkara yang telah saya pelajari hasil dari pemerhatian tersebut.
So ini kiranya list la macam mana hidup ni nak berjaya. Takda topic tertentu, sebab saya nak bg tips on random aspect in life.
So lets go.
1. JANGAN SUKA MENJATUHKAN ORANG LAIN, BATU API, TIPU/SONGLAP DUIT, CAKAP BELAKANG etc etc. Semua perangai ni selalunya wujud as a set dalam seseorang. Kalau orang tu suka tabur fitnah and menjatuhkan orang lain, mesti dia ada terlibat menyonglapkan duit orang. Atau suka pinjam duit tapi ngelat taknak bayar. Pelik kan. Macam takda kaitan tapi there are alot of cases where these two traits come side by side. Contohnya, ada sorang makcik ni ahli surau yang suka burukkan mak aku dekat orang lain sbb dia dengki mak aku popular di kalangan rakan sebaya. last2 dengar citer pasal dia kena kejar along. Another example Kak Bun dalam salah satu confession hari tu. Ending orang macam ni sama ja. Akhirnya keburukan dia yang paling terserlah. Orang tak suka ke dia. Kalau dia ada bisnes, bisnes tak jadi. Etc etc.
2. Kahwin dengan suami orang against your parents’ wishes. Yang ni banyak sangat kes dah aku dengar. Dari orang yang aku tak kenal sampai la family friends. Ending di similar je semua. Selalunya suami orang tu macam kaya sikit. In the end business gagal, and these women akhirnya balik cari mak bapak jugak. And in most cases orang kaya ni jenis yang kaya baru. Bukan nak mengata orang kaya baru ni semua perangai sama, tapi kalau nak tahu spesis tak guna camni selalunya bila dah kaya sikit dia gatal nak cari perempuan lain. Lepastu after dia kahwin ngan kau, dia akan terus cari yang lain and yang lain. Kadang2 sebab bisnes jatuh ni pun sebab perempuan lain2 tu lah. Ada yang kena sihir bagai. Atau suami orang ni end up being abusive and generally unpleasant person. Bini kedua ni jadi merana. Akhirnya cari mak bapak jugaklah. And lagi satu ni very surprising … kalau laki tu jenis non of the above, bini kedua ni pulak jatuh sakit pelik2. And laki ni end up kena jaga orang sakit di masa tua, padahal zaman pencen ni la nak enjoy. Maybe Allah still sayang jadi dia bagi cash kat dunia. And kalau tak sakit pun, kalau perempuan tu muda and laki tu tua, the guy end up kena jaga budak waktu zaman pencen while the wife kena kerja. Padahal zaman pencen ni la nak enjoy travel dengan the old wife and the grownup children, timang cucu etc. Conclusionnya, dengarlah cakap mak bapak. Berkat tu lebih penting dari cinta.
3. Ni untuk para suami. Jangan berkira dengan bini. And always, always, jaga both sets of parents the bests you can. Maknanya, treat your wife’s parents macam kau treat your parents. Make them happy and respect them. And keep your wife happy also. I don’t mean korang kena fulfil their every wish. Korang kena pandai2 la setkan limit kan. Tapi jangan sombong and kedekut harta and kasih sayang. Tip ni kalau korang nak keturunan yang berjaya. Aku bagi contoh makcik and pakcik aku belah ayah aku. Pakcik aku ni suami kakak ayah aku. Layanan dia untuk both sets of parents memang tip top la. Sekarang ni dia ada 3 anak lepasan luar negara. Salah satu anak dah earning puluh ribu sebulan walaupun umur masih muda belum 30. Lagi satu ni kawan mak aku. Suami dia akan make sure duit dalam account dia sama banyak dengan duit dalam account isteri dia. Isteri dia ni housewife je. Sekarang anak dia semua doctor, atleast two of them lepasan luar negara. And then makcik and pakcik belah mak aku. Pakcik ni suami adik mak aku. Dia sangat2 menjaga atuk nenek aku macam dia jaga parents dia sendiri. Anak dia yang sulung Hafiz quran, yang kecik pulak haritu baru masuk MRSM.
Setakat ni sahaja tips dan pemerhatian yang aku boleh sharekan buat masa ni. Kalau ada lagi, aku akan sharekan. Moga beri manfaat untukyang membaca.
– Odie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit