Psiko Kah Aku?

Salam dan hai semua. Terima kasih buat admin untuk publish luahan saya ini.

Nama aku Yaya (bukan nama sebenar) berkerja disektor swasta dan berasal dari keluarga yang sederhana.

Kisah malang dalam hidup aku bermula tahun lepas. Di mana perkenalan singkat aku dengan lelaki yang aku namakan Ayie (bukan nama sebenar).

Aku kenal Ayie melalui salah satu datting apps yang sangat-sangat popular sekarang nie. Kebetolan Ayie nie satu negeri dengan aku cuma kami berlainan daerah. Baru kenal tak sampai seminggu Ayie ajak aku berjumpa.

Mula aku takut, aku tak nak jumpa Ayie. Ayie bagi alasan nak jumpa kawanya berhampiran dengan tempat kerja aku. Jadi aku pon kesian pulak kat si Ayie.

Jadi kami pon jumpa ditepi jalan. Berbual kosong less than one hour. Keesokan hari kami teruskan hubungan macam biasa. Ayie akan wish morning dan tanya pasal rutin harian aku. Biasalah baru nak kenal jadi semua benda yang aku suka dan tak suka Ayie tanya.

Selang seminggu Ayie kata nak jumpa aku. Aku pulak tengah kerja di office dan Ayie kata habis kerja nak datang jumpa aku, jadi aku pon setuju jumpa diparking. Ayie belikan aku buah Manggis.

Habis makan manggis aku nak cuci tangan. Masa tu aku perasan Ayie mula berani pegang tangan aku kononnya nak tolong tuang air dari botol. Jadi agak payah kalau aku cuci sendiri.

Haha settle makan aku pon nak naik office sambung kerja. Ayie cakap tak puas sembang dengan aku. Aku pon cakap dekat Ayie tunggu saya habis kerja. Ayie pon setuju. Ayie tunggu lebih kurang sejam.

Habis kerja Aku pon turun nampak Ayie diparking kereta. Kami sambung menyembang dikereta aku. Sembang punya sembang tangan Ayie mula merayap dekat tangan aku. Ayie cuba dekatkan muka dekat aku.

Ya Allah masa tu aku takut sangat. And rasa menyesal jumpa. Bila tengok aku gelabah Ayie stop. And aku cakap nak balik.

Rutin kami sama, Ayie jadi makin sweet. Haha aku pon dah mula selesa sangat dengan Ayie. Seronok share everything dengan someone.

Actually Ayie nie bukan first love aku. Sebelum nie Ex aku macam Pak ustad sikit. Ex aku nie sangat-sangat menjaga batas pergaulan antara kami. Bila aku kenal Ayie semuanya nampak berbeza. Aku kalah dengan sentuhan Ayie.

Selangan beberapa hari dari last kami jumpa. Ayie ajak aku jumpa semula, Aku bersetuju sebab masa nie aku dah mula ada hati dengan Ayie.

Jadi kami plan nak jumpa lepas aku habis kerja. Ayie datang jumpa aku naik Lori company dia. Takkan lah aku nak dating naik lorikan. Hahaha.

So Ayie naik kereta aku, Kami beli coffee dan lepak dekat taman. Ingatkan lepak sahaja rupanya ade agenda lain pulak. Yes benda yang paling aku takut selama ini jadi nyata! Aku dan Ayie start buat “benda ringan”. Balik dari dating aku menagis sepuas hati depan Ayie.

Aku takut Ayie kata jangan risau kita tak buat apa-apa. Benda tu ringan sahaja. Aku pujuk Ayie nak lebih serius.

Mula- mula Ayie cakap “Saya takut nak kahwin” Dan Ayie pon buka cerita pasal family so dari situ aku faham Ayie nie ade pengalaman ditinggalkan oleh Ibunya dulu buat die agak trauma.

Lepas sesi curah heart Ayie kata saya akan cuba kita teruskan hubungan ini. Hari-hari aku dah ceria, yelah dah ade someone yang amik berat pasal aku. Bukan hari jer berganti silih, Dosa kami pon makin bertimbun. Dari ringan-ringan sampai ke berat.

Sehari sebelum Raya haji, Ayie ajak aku jumpa ingatkan nak pergi makan rupanya aku diajak ke rumah sewa pekerja Ayie. Dari situ lah mula semuanya dengan tanpa rasa bersalah kami berzina.

Dan dari situ lah aku mula nampak perubahan sikap si Ayie. Boleh dikatakan setiap minggu kami berzina. Bile jumpa sekejap sebab rindu tapi kelain jugak perginya. Sampai kami tak ada rasa berdosa dan takut.

Ditempat kerja lama Ayie ade 2 orang kerani. Ayie selalu cerita pasal kerani tu. Katanya kerani tu cantik, baik. Dan Ayie sebenarnya menaruh hati pada salah seorang kerani. Aku namakan kerani tu Ekin (Bukan nama sebenar) Kerap jugak Ayie bercerita pasal si Ekin pada aku.

Mula-mula aku tak kesah tapi bila lama-lama aku rasa jelous. Ye lah Pakwe ko bile sibuk cerita pasal perempuan lain. Sapa yang tak jelous kan?

Long to short storie Ekin kantoi sendang “berskandal” dengan bos ditempat kerjanya. Ayie ade bagitahu aku. Aku happy lah. Lega sebab dah tahu Ekin memang takde hati dekat Ayie.

Ade satu hari sebelum kantoinya si Ekin berskandal dengan bos ditempat kerja. Aku pernah tanya Ayie. Ayie tinggalkan aku tak kalau kata Si Ekin nak dekat Ayie. Ayie dengan selamba jawap. Mungkin. Dekat situ aku dah mula nampak si Ayie hanya nak “Gunakan” aku.

Tapi aku cuba fikir positive Mungkin Ayie hanya bergurau. Selepas itu Ekin kantoi dengan bos ditempat kerja. Ayie cakap die menyesal sangat sebab tak setia dengan aku. Hatinya berbelah bahagi. Dan akhirnya tuhan tunjuk Ekin syok berskandal dengan bosnya sendiri.

Aku nampak Ayie kecewa dengan si Ekin. Ayie cakap die nak serius dengan aku. So aku pon mula kumpul duit. Hubungan kami agak ok sehingga hujung oktober tahun lalu.

Aku merajuk dan marah Ayie sepatutnya kami jumpa keesokan hari. Kononya nak dating tapi perangai pelik si Ayie nie dia takkan bagitahu kalau tak jadi. Dia akan tunggu aku yang bertanya dulu. Dah kalau perempuan yang bertanya confermlah akan berakhir dengan pergaduhan.

Haha, For the first time Ayie maki aku. Sentap usah cakap lah. Aku cuba pujuk Ayie, tapi Ayie berkeras. Ayie tak layan aku. Ayie keluarkan statment kata bertahan dengan aku sebab terpaksa Dan terperangkap dengan aku sebab dah terlanjur.

Ayie buat pengakuan depan adiknya yang kami dah terlanjur. Aku ingatkan Ayie akn berubah layan aku baik lepas Adiknya tahu. Tidak ye. layanan Ayie pada aku makin teruk. Selalu cakap kasar, maki, mencarut dan layan acuh tak acuh.

Prinsip aku, aku bersabar selagi Ayie tak naik tangan (pukul) Makin hari aku makin tertekan dengan layanan Ayie. Ayie tak habis-habis cakap Tak nak bertanggungjawap dan nk tinggalkan aku. Aku hilang sabar dan cari family Ayie. Dan aku ceritakan semuanya pada Mereka.

Aku ingatkan bila family tahu Ayie akan berubah layan aku baik-baik. Tapi tidak. Sehari dua layan baik. Lepas tu mula buat perangai.

Depan family Ayie seorang lelaki yang sangat baik, penyabar tapi belakang family habis aku dimaki hamun. Dan tuduh aku perangkap die.

Persoalanya kamu bukan anak datuk, atau Artis yang aku perlu perangkap untuk kahwin dengan aku. Aku hanya pertahankan dara aku yang kau ambil.

Dengan Ayie aku tak boleh salah cakap sikit, terus kata nak putus. Tak nak teruskan hubungan ini. Ya Allah aku betol-betol terseksa.

Sebelum family Ayie tahu pasal kami dah terlanjur, Aku boleh je jalan pegangan tangan die. Aku boleh je pegang tangan die time die tengah drive.

Tapi lepas family tahu dan Ayie dipaksa untuk bertanggungjawap Ayie tak bagi aku sentuh die. Ayie akan mengelak setiap kali aku cuba pegang tangan dia.

Ayie hanya bagi aku pegang atau sentuh dia, masa “Dia nak”. Bila nafsu dia nak. Aku kena layan. Dan aku akan dilayan dengan baik. Bila dia dah puas, Dia akan berubah. Tak bagi aku pegang tangan dia.

Sepanjang perkenalan kami, aku dah banyak sia-siakan masa, duit dan tenaga untuk lelaki yang langsung tak bertanggungjawab. Aku hanya jadi pemuas nafsu dia semata-mata.

Kalau nak diikutkan hati aku nak tuntut semua duit yang pernah aku perhabis untuk Ayie. Tapi aku dah malas nak berurusan dengan lelaki macam nie.

Aku mula sedar, aku hanya diperlukan untuk nafsu. Asal ajak jumpa alasan penat kerja. Aku faham. Bile aku pergi ke tempat kerja die hantar makan, borak-borak kejap. Sempat ye Die mintak aku layan nafsu die.

Dalam keadaan badan die busuk bau peluh, ditepi jalan raya, dekat mana-mana je yang die mintak aku kena bagi. Aku kena puaskan dia. Bile bergaduh aku pujuk, bile dah aku berjaya pujuk, aku kena layan Nafsu dia. Tak kira masa tu kami dekat mana!

Akhirnya Hubungan kami ini berakhir. Ayie berjaya aibkan aku dihadapan keluarga dia. Keluarganya tidak sedar dan tidak tahu Ayie nie seksa mental aku hari-hari.

Ayie ugut aku kalau aku kahwin jugak dengan Ayie die akan ceraikan aku. Ayie ugut aku untuk bersedia di Jandakan selepas kahwin.

Demi pertahankan dara yang diambil aku sabar. Tapi lama kelamaan aku nampak Ayie dah pandai Play victim. Aku mula fedup dengan perangai dia.

Sengaja aku bergaduh sengaja aku mulakan pergaduhan untuk lepaskan diri dari hubungan ini.

Alhamdulilah hubungan kami berakhir dan macam yang aku jangka Ayie maklumkan pada keluarga aku kami tak jadi kahwin dan salahkan aku 100% dan hilang macam tu sahaja.

Kami nak putus aku cuba cari Ayie nak berjumpa, bukan untuk pujuk dia. Tapi lebih kepada rasa nak marah. Tapi Ayie pengecut. Menyorok dalam rumah dan tak nak keluar jumpa aku.

Disitu aku nampak Ayie seorang lelaki yang sangat pengecut! Dan tak guna aku pertahankan apa-apa.

Selepas Ayie pergi aku terpaksa jumpa Kaunselor untuk beberapa sesi disebabkan aku “commit suicide” dan aku dinasihatkan untuk jumpa psikiatri. Dan sekarang aku dinasihatkan untuk ambil beberapa jenis ubat bagi aku tenang.

Aku mengaku Ayie bukanlah cinta pertama aku, Tapi Dengan Ayie hilangnya dara aku. Dengan Ayie aku hilang segala-galanya. Ayie berjaya melakar titik hitam dalam hidup aku.

Aku kecewa dengan sikap Ayie yang hanya gunakan aku untuk kepentingan die semata-mata. Hanya untuk Nafsu. Soal hati, perasaan langsung taka da nilai dimata dia. Kau menangis keluar air mata darah sekali pon die tetap dengan egonya.

Buat kau adam diluar sana tolong jangan gunakan perempuan untuk keseronokan sementara. Tak bersedia nak kahwin jangan bercinta, jangan janji bulan bintang hanya sebab nak ambil kesempatan.

Ingat kifarah itu wujud, kalau bukan sekarang mungkin akan datang. Tolong jangan aniaya orang. Tolong jangan zalim pada diri sendiri dan orang.

Pesan aku buat adik-adik perempuan diluar sana, berhati-hati bila berkenalan dengan lelaki diluar sana. Tak semua serius dalam bercinta dan bertanggungjawap. sesetengah hanya nak test market dan gunakan perempuan untuk puaskan nafsu sahaja.

Ingat sebelum buat sesuatu ingat Allah, ingat mak ayah, ingat family. Masih Jauh lagi perjalanan hidup yang perlu aku lalui selepas ni. Aku harap sampai bila-bila pon aku tak nak nampak bayang Ayie.

Kalau tak keberatan mohon share tips, surah, atau cara nk move on cepat! sebab aku pon nak jadi normal macam dulu! Aku nak hidup tanpa bergantung pada ubat!

Betollah kata orang “Kerana cinta”

Yang sihat boleh jadi sakit.

Yang sihat boleh jadi gila.

Yang sihat boleh menderita.

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *