Assalamualaikum.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf awal-awal sekiranya apa yang saya ingin ceritakan di sini menguris hati sesiapa yang bergelar guru. Terima kasih juga kepada admin sekiranya luahan hati saya ini disiarkan.
Seperti yang kita sudah tahu, keputusan PT3 telah pun keluar baru-baru ini. Ramai yang cemerlang, tahniah, dan tidak kurang juga yang tidak. Jangan risau peluang masih terbuka kepada anda untuk menebus kekalahan ketika SPM nanti.
Sebagai seorang pendidik juga, ingin saya menenegur perbuatan sesetengah guru (bukan semua ye) yang berlaku tidak adil semasa pemberian markah kerja kursus kepada murid-murid.
Anak buah saya yang baru sahaja mendapat keputusan PT3 merasa sangat kecewa melihat keputusan yang diberikan tidak sama dengan keputusan rakannya dalam subjek Sejarah dan Geografi di mana pemarkahan sepenuhnya diberikan oleh guru sendiri. Sedangkan mereka semua membuat kerja kursus bersama-sama dan menghantar hasil kerja yang sama kepada guru-guru terbabit.
Tetapi apa yang mengecewakan di sini adalah anak-anak guru yang berada di dalam kumpulan yang sama yang membuat dan menghantar hasil kerja yang sama mendapat “A” di dalam subjek berkenaan berlainan pula dengan rakan mereka yang lain yang bukan anak guru yang berada di dalam kumpulan yang sama dan menghantar kerja yang sama tidak mendapat “A” di dalam penilaian tersebut. Walhal ianya adalah hasil kerja yang sama bulat-bulat dari A sampai Z.
Pada pendapat saya, sekiranya ianya adalah hasil kerja yang sama, dalam kumpulan yang sama, wajarkah separuh diberi “A” separuh diberi “B” dan “C”? Jika saya yang menjadi penilai, saya gagalkan sahaja semua mereka sekali supaya tidak timbul permasalahan di dalam satu kumpulan ada yang “A” ada yang “B”, “C”… “Bias” sangat keputusan itu di mana semua anak-anak guru yang berada di dalam kumpulan yang sama mendapat “A” tetapi yang lain tidak sedangkan semuanya adalah hasil kerja yang sama. Di manakah ketelusan dalam pemberian markah itu sendiri?
Bagaimanalah golongan pendidik tidak dicaci maki, dicerca selagi mana golongan-golongan seperti ini wujud dalam komuniti guru itu sendiri. Memang kita perlu memberi penerangan kepada siapapun pegawai pendidikan yang datang ke sekolah ingin bertanyakan mengenai “kenapa ramai A?”, “Kenapa ramai B?”, “Kenapa ramai yang gagal?”… sekiranya murid-murid tersebut betul-betul layak mendapat “A”, biarkan mereka semua “A”. Tak mahu kah kita melihat anak-anak murid kita seronok dan bersemangat ingin terus mencapai kejayaan? Biar kita yang susah menjawab pertanyaan, tetapi kita beri yang selayaknya untuk anak-anak murid kita berdasarkan usaha mereka. Jika mereka meniru bulat-bulat, gagalkan mereka semua (kalau bukan cikgu sendiri la yang suruh meniru)… kalau mereka cemerlang, cemerlang kan semua ahli kumpulan kerana usaha bersama dengan kumpulan.
Supaya tidak timbul persoalan dan tohmahan daripada masyarakat “alahhh dia, anak cikgu boleh la dapat A, MAK/BAPAK dia yang bagi markah / KAWAN MAK BAPAK dia yang bagi markah kena la jaga hati KAWAN MAK BAPAK dia”….
Banyak dah kita tengok sekarang ni masyarakat sentiasa membantai cikgu-cikgu ni. Tolonglah jangan menjadi sebahagian cikgu yang hina yang berada di dalam golongan yang saya sebutkan di atas. Nilailah anak-anak murid berdasarkan kriteria-kriteria yang betul bukan atas dasar “kau anak sape, kau anak sape”.
Akhir kata, kepada kementerian pendidikan sendiri, harap boleh nampak mana kelemahannya dalam PT3 ni bila guru sendiri yang berkuasa penuh untuk memberikan markah kepada anak-anak murid.
Bukan semua guru tak berat sebelah.
Terima kasih.
– Celik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit