PTPTN

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca. Beruntung kalau-kalau post ini dapat disiarkan, at lease dapat la share sikit apa terbuku dihati.

Pada hari ini aku rasa terpanggil untuk berbicara tentang pinjaman pendidikan kat Malaysia ni, terutama pinjaman PTPTN. Rata-rata pelajar kat Malaysia ni adalah peminjam PTPTN tapi sayangnya mereka kurang memahami apa itu PTPTN.

Aku bekerja disebuah salah satu Universiti di Malaysia dan ditugaskan untuk menguruskan hal-hal berkaitan pinjaman. Apa saja berkaitan pinjaman pelajar akan berurusan dengan aku

Seperti biasa pelajar perlu memohon dahulu pinjaman PTPTN mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN. Berikutan akan ada kelulusan PTPTN, dari situ pelajar perlu mencetak perjanjian PTPTN dan lengkapkan dokumen mengikut kehendak perjanjian tersebut.

Rata-rata pelajar malas membaca dan memahami perjanjian PTPTN, alasan terlalu banyak muka surat, tak ada masa nak membaca. Serta-merta menandatangi perjanjian tanpa mengetahui isi kandugan perjanjian. Ini lah sebab utama kenapa pelajar susah nak faham syarat-syarat PTPTN selepas tamat pengajian. Ini juga sebab kenapa pelajar tidak membayar balik pinjaman PTPTN.

Pelajar perlu tahu, bayaran balik PTPTN mesti dilakukan selepas 12 bulan tamat TAJAAN PTPTN bukan TAMAT PENGAJIAN. Didalam perjanjian ada menyebut tentang tempoh sesebuah pengajian. Pelajar perlu tamat pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Sepanjang tempoh yang diberikan jika pelajar gagal atau tangguh pengajian. Ini menyebabkan pelajar perlu mengulang semester dan tidak dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar inilah yang selalu membuat andaian ‘Kenapa perlu bayar, belajar pon belum habis” dan menyumpah seranah PTPTN. Salah sendiri jangan la libatkan orang lain. At lease hadir ke pajabat PTPTN dan buat rundingan, insyallah ada jalan.

Sebelum mengisi apa-apa borang dari PTPTN, hadamkan lah apa yang tertulis di borang tu. Terutama borang penangguhan bayaran balik PTPTN. Jangan main tandatangan je, at lease faham la syarat-syarat dikenakan, Takkan borang sekeping pon malas nak baca

Setakat ini saja dulu perkongsian saya, kalau ada tersalah info mohon maafkan dan segera rujuk ke Pejabat PTPTN

– Miss V

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit