PTPTN dan Sekatan Imigresen

Hi warga IIUM, coretan ni agak panjang tapi tak salah kan aku luahkan? Aku seorang graduan hasil dari pinjaman PTPTN. Yes pinjaman yang senang diluluskan pada ketika itu.

Aku non muslim. Applied MARA tapi tak diluluskan padahal kawan muslim yang keputusan spm lagi teruk dari aku kebanyakan dapat MARA. Sebab tu aku tiada pilihan lain selain ambil PTPTN masa tu.

Sebulan selepas result spm diumumkan, aku terus sambung belajar dalam jurusan yang aku minat. Boleh dikatakan college aku menawarkan jurusan tu murah sikit. 45k untuk 3 tahun berbanding kebanyakan college lain 60-80k. So bayaran balik campur bunga ialah 52k.

Disebabkan aku masuk college awal 4 bulan so ptptn aku dikira terus dari bulan yang aku masuk tu. Tapi sebenarnya ditunda2 last2 intake aku 4 bulan selepas tu sebab depa nak kumpul pelajar dulu.

Jadi dalam 4 bulan tu aku dengan kawan lagi 2 orang kami join class senior/degree untuk ilmu sikit2 sementara tunggu next intake kitorang.

Aku graduate tahun 2016. Habis je graduate aku check ptptn aku dah ada tunggakan 5 bulan tak bayar. Bila disoal rupanya diorng dah start bayaran balik tu 5 bulan sebelum tu lagi masa aku masi dalam final semester.

Aku graduate keluar keje fresh grade dalam 1-1.5k je sebulan. Dengan duit itu la bayar sewa bilik, makan, keperluan harian, bagi mak ayah. Saving? Memang xde langsung. Masa tu aku check blacklist immegresen memang nama aku dah disenarai hitam tak boleh keluar negara. Aku reda je.

Tapi tahun lalu lepas pertukaran kerajaan. Sesiapa yang disenarai hitam ptptn dah bebas dari blacklist dan boleh pergi keluar negara. Dengan tu aku terus applied keje jawatan aku ni kat negara luar.

Syukur sebulan selepas tu aku dapat tawaran keje dekat USA. Gaji masyuk sebulan bagi 2k dekat family kat Malaysia. Sebab tu juga aku dapat bayar balik PTPTN aku sedikit demi sedikit. Thanks God hampir 80% ptptn loan aku dah langsaikan.

Tapi baru2 ni aku baca kerajaan nak tarik balik semua ni. Nak continue blacklist. Bukan setakat tu. Sekat renew car license? Cukai jalan? Omg! Is this what we call kerajaan yang memahami? Mungkin bukan aku sorang je yang buat macam ni keje luar negara semata2 nak bayar ptptn.

Kalau cuma mengharapkan pendapatan yang dapat dalam negara sendiri memang sampai bila2 la tak mampu nak bayar dengan kos sara hidup tnggi dengan commitment. Bukan aku nak salahkan kerajaan tapi cuma nak depa paham je.

Kalau kerajaan dah sekat semua benda, ingat peminjam2 boleh dapat bayar ke dengan gaji yang diorang dapat dlam malaysia? Mungkin ada cakap ‘pinjam pandai, nak bayar tak reti tapi boleh pergi melancong sana sini’ hello those kind of mentality!

Bukan semua peminjam macam tu, jangan sebabkan seorang dua buatkan semua peminjam nampak sama. Ramai yang masih struggle nak bayar balik duit tu. Cuma sebabkan kos sara hidup and commitment buatkan diorng susah nak bayar balik.

Dekat luar negara ramai bagi pendidikan percuma dekat rakyat2 diorang. Ataupun bagi sama rata takde pilih kasih.

Kerajaan kena pikir lebih dalam dalam hal ini. Bukan semua orang yang pergi luar negara tu nak larikan diri. Sebab hutang ptptn la kami ke luar negara keje.

Apa yang aku boleh rumuskan, sekat immegresen is not a right way to solve the problem. Aku keja luar negara la aku dapat bagi family kat malaysia bulanan 2-3k, dapat bayar ptptn smpai dah 80% settle dalam masa setahun, ada savings sendiri.

– Peminjam PTPTN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *