Assalamualaikum warga IIUMC. Terima kasih Admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku kenalkan diri dulu, aku Tia (bukan nama sebenar). Dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, dahulu bekas graduan universiti tempatan, kini seorang wanita bekerjaya.
Aku nak maklumkan awal-awal yang cerita aku ni bukan berkisar tentang cara-cara nak apply PTPTN/biasiswa atau cara membayar balik pinjaman balik PTPTN, apatah lagi cara pengiraan wang tunggakan atau tempoh bayar balik pinjaman. NO. Ia sekadar perkongsian cerita salasilah aku dengan pinjaman PTPTN dan biasiswa. So jangan expect yang cerita aku ni ilmiah sangat ye.
Aku start meminjam dengan PTPTN di pada awal semester pengajian Degree aku. Sebab keluarga aku hanyalah seperti golongan marhaen lain, yang mengharapkan pinjaman wang untuk meneruskan pembelajaran. Mungkin disebabkan naluri anak sulung, aku ingat nak kurangkan beban ibu apa aku untuk tanggung makan minum dan pembelajaran aku. Dan kalau boleh aku nak kurangkan jumlah komitmen bayar hutang bila dah kerja nanti. Jadi, aku terfikir untuk cari tajaan. Memandangakn pointer aku ni sederhana je, memang tak lepas lah aku nak apply JPA. So, aku cuba cari mana-mana yayasan untuk tajaan belajar.
Alhamdulillah rezeki aku, pada semester kedua, aku dapat tajaan satu syarikat swasta yang agak terkemuka di Malaysia. Dengan syarat, aku wajib berkhidmat dengan syarikat tersebut dalam tempuh yang tertentu (lebih daripada 5 tahun). Tanpa berfikir panjang, aku pun terima tawaran biasiswa tersebut dengan hati yang girang. Mana tak girang dapat duit masuk setiap sem. Berjoli tak ingat dunia lah sampai tak terfikir nak menyimpan sikit untuk masa depan.
Aku lajukan sikit plot cerita, sekarang aku dah 4 tahun kerja, dan masih ada ikatan dengan biasiswa tersebut. Hutang PTPTN? Aku lupaaa. Bila dah ingat balik, aku buat sambil lewa pulak nak bayar. Biasa lah manusia. Sebelum ni PTPTN bagi lagi kelonggaran untuk bayar balik. Sekarang kalau lambat bayar dalam tempoh tertentu, akan ada sekatan dalam sesuatu transaksi. Dan baru aku tahu kalau lambat bayar, akan ada tunggakan. Haha. Noob. Sebab aku nak permudahkan urusan, aku bayar balik 70% daripada tunggakan + total pinjaman menggunakan akaun kedua KWSP aku. Tak susah pun. Yang penting ada i-akaun dan follow je instruction seperti yang diarahkan. Lepas tu just sahkan cap jari di mana-mana cawangan KWSP dan siap. Kenapa bayar 70% je? Sebab konon-konon nak guna akaun 2 KWSP untuk pinjaman rumah. Kalau korang nak bayar full loan lagi bagus sebab sekarang ada 20% discount. Tak lama kemudian PTPTN ambil tindakan drastic dengan menghantar notis arahan bayar balik pinjaman menggunakan kaedah potongan gaji kepada syarikat aku. Terkejut aku tiba-tiba tengok slip gaji ada potongan PTPTN. Haha. Call HR, katanya PTPTN yang arahkan. So, aku redha je lah memandangakn balance hutang aku tak banyak mana pun.
Selesai bab PTPTN, mesti korang rasa best dapat tajaan biasiswa kan? Tak payah serabut memikirkan hutang dikemudian hari? Masa belajar best lah. Bila dah kerja, kalau kerja tu best, boleh la nak tahan 5 tahun, 8 tahun, atau 10 tahun. Langit tak semestinya cerah sampai ke petang. Gituu. Disebabkan aku fresh grad dan boss aku mengharap aku perform seperti pekerja yang bepengalaman, maka merana lah aku menghitung jam dan hari bila tempoh bonding aku nak habis. Nak tukar kerja tak boleh, aku taknak bayar balik biasiswa. Aku bertahan, bersabar dan Alhamdulillah sekarang aku dah boleh catch up dengan kerja dan memahami kehendak boss.
Jadi Antara PTPTN dan biasiswa, yang mana lagi bagus?
PTPTN
– Tiada perjanjian atau contract kerja, hanya bayar balik pinjaman.
– Ada pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan untuk peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
– Boleh job jumping, cari pengalaman baru. Boleh juga menganggur kalau mahu. Tapi hutang masih kena bayar jugak lah.
– Kalau kau cerdik, sepanjang tempoh belajar, berjimat cermatlah dalam berbelanja. Duit simpanan tu nanti boleh bayar balik hutang PTPTN.
– Kalau ada simpanan belajar sejak kecil, lagi bagus. Tak payah apply for PTPTN pun. Free debt! Yay!
– Kalau dah terjebak dengan hutang PTPTN, jangan risau. Banyak cara nak bayar balik. Lagipun PTPTN deduct setiap bulan tak banyak. Cuma jangan tangguh bayar lama sangat, kayakan PTPTN dengan tunggakan kau!
BIASISWA
– Ada biasiswa yang menanggung kos pembelajaan dan sara hidup sepanjang tempoh belajar tanpa perjanjian kerja. Bestt!
– Tak payah bayar balik apa-apa. Yay! (kalau tajaan semata tanpa bayaran balik)
– Kalau JPA tak salah aku ada juga perjanjian kerja dengan perkhidmatan awam (sila betulkan kalau salah). Kerja kerajaan ok apa ada pencen dan banyak benefit kan?
– Ada juga biasiswa yang menanggung kos pembelajaan dan sara hidup sepanjang tempoh belajar TAPI dengan perjanjian perkhidmatan kerja sebagai ganti. Untuk ini, kena BACA BETUL-BETUL CONTRACT yang disediakan. Take note tempoh contract, kalau breach contract (resign sepanjang tempoh contract), berapa total yang perlu dibayar balik.
– Kalau dah habis contract, tak payah bayar hutang. Yay!
Masing-masing ada pro dan kontra. Pilihan ditangan anda. Kalau tanya aku, sudah semestinya aku memilih untuk dapatkan tajaan biasiswa tanpa bayaran balik atau berkhidmat dengan pemberi biasiswa selepas belajar. Nak biasiswa yang macam ni? Belajarlah rajin-rajin dan rajinkan diri buat research dan cari peluang. Key point is RAJIN.
– Tia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit