Aku belajar di sekolah harian biasa dan mendapat pendidikan yang sama rata seperti orang lain ‘equality’. Yang membezakan kau berjaya atau tidak adalah bergantung kepada usaha dan doa mu seperti pepatah arab, “siapa berusaha, dia berjaya”.
Ilmu yang di pelajari di sekolah adalah berbeza ilmu yang kau pelajari sendiri seperti kau baca buku selain buku teks. Hal ini supaya kau tak taksub pada satu sumber sahaja dan buka minda kau terhadap ilmu yang kau pelajari.
Aku belajar mengaji al-Quran sejak kecil dari guru yang berbeza-beza sehingga aku remaja. Setelah di sekolah menengah, aku ambil kos sains agama. Aku rasa tak cukup sekadar belajar agama kat sekolah, so aku perbanyakkan baca buku.
Dulu, aku cendurung baca buku agama khususnya tanpa berguru. Time tu aku tak tau yang belajar agama perlu berguru sampai ada orang marah,”Boleh sesat kau belajar agama tanpa berguru”. Masalah aku baca sahaja takkan tu pun salah??!!! Bukankah Wahyu pertama ialah membaca bukannya solat atau puasa?!!
I keep reading more books. Minat aku membaca buku terus berkembang dan kali ini aku baca pasal novel, cerpen, puisi, isu semasa dan kontemporari. Aku makin ketagih dan tercari-cari untuk buku apa yang menarik perhatian aku.
Saban hari, aku cuba kongsikan apa yang aku baca kat kawan-kawan. Not go along actually, ended up worst. Pelbagai reaksi dari diorang, apa yang boleh terima dengan baik, ada yang tak faham, ada yang blank dan ada pula yang tak terima dengan sebaiknya. Respon dari mereka kadang buat aku marah, tak puashati dan mahu sangat berhujah dengan mereka.
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?(az-Zumar : 9). Benda ini, buat aku lama berfikir, adakah aku ini salah kerana berkongsi atas apa yang aku baca dan kalaupun salah, mahu aku tahu kesalahan itu supaya aku dapat betulkan.
Setelah berada di ipta, member2 aku majoriti semua asal dari sekolah agama dan macam sorang jak aku yang asal sekolah harian biasa. Lalu seperti biasa aku cuba dan berusaha untuk berkongsi apa yang ada dalam kepala aku. Responnya tetap sama.
Well, Aku ingin orang yang belajar agama akan faham apa yang cuba aku sampaikan tapi sebaliknya berlaku. Bagi aku mereka hanya tertumpu pada apa yang mereka belajar di sekolah dahulu. aku tidak salahkan mereka kerana hal itu lalu aku kena terima seadanya.
Aku sebenarnya berharap dapat berkongsi dengan orang yang memahami dan bukannya menolak pandangan aku tanpa sebab. Menyalahkan aku kerana berfikiran liberal dan terbuka terhadap semua pandangan.
Aku cuba amal apa yang aku baca dan berkongsi dengan orang lain adalah cara untuk memahami ilmu itu agar tidak bersikap cenderung pada satu sumber.
Apa yang cuba aku sampaikan ialah setiap kali aku cuba kongsikan apa yang bermain dalam fikiran aku, mereka tolak sementah-mentahnya sepertinya aku ini ancaman dan bahaya bagi mereka. Situasi ini membuatkan aku lebih untuk membaca kerana hal ini melatih aku untuk berfikir.
Bukan itu sahaja, malah membaca membuat ku untuk berani berkata benar biarpun tak diterima oleh semua orang dan membuat ku untuk menulis. Menulis apa yang kita mahu, apa yang bermain di fikiran. Masalah yang sering buatku terfikir adalah keadaan sekeliling yang tidak membantu.
Tidak perlu masyarakat menerima apa yang kau kata yang penting sampaikan kebenaran. Lastly, aku berasa puas hati hasil daripada bacaan tapi sangat menimbulkan masalah kat orang lain sebab mereka tak faham dan mereka sangat takut kepada yang yang mereka tak tahu.
– avicii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit