Salam buat semua. Aku suami kepada seorang isteri yang sangat easy going, Ida. Jenis tak mahu fikir panjang pun ye juga. Nak senang depan mata siap mengelak menyusahkan diri pun ye juga. Pendek kata, dia jenis relax dan pasrah dengan situasi yang didepani.
Merujuk kepada tajuk di atas, aku pasti ramai yang mampu mengagak masalah yang aku hadapi. Sebenarnya, bukan sebuah masalah pun pada awalnya. Cuma, sejak akhir-akhir ini, aku mula serius memikirkannya.
Ida orangnya dari kecil jenis indipendent dan lasak gara-gara dia seorang saja anak perempuan daripada 5 beradiknya. Tapi dalam masa yang sama, dia disayangi oleh ahli keluarganya. Keadaan ini membuatkan dia menjadi manja walau pun dia bukannya anak bongsu pun.
Manja manja pun dia, dia suka bertindak sendiri ikut hati dia. Jenis keras juga hati tu sampai sukar untuk orang lain mengubah prinsipnya.
Berbalik pada tajuk, perkara ini juga menjadi salah satu prinsipnya, bukan saja tidak mahu memandu, ambil lesen belajar pun tidak mahu.
Katanya, dia tidak pernah didedahkan untuk memandu oleh keluarganya sejak remaja. Jika mahu ke mana-mana, ayah atau abang-abangnyalah yang akan bawa.
Malah, adik-adiknya yang ada lesen sering jadi mangsanya jika mahu ke mana-mana. Jika semuanya tidak available, dia tidak kisah pun naik pengangkutan awam. Jika dekat tempatnya, dia rela berjalan kaki. Pendek kata, tiada langsung motivasinya untuk belajar mengendalikan kenderaan.
Pernahku tanyakan, apa yang menyebabkan dia tak pernah terfikir nak ambil lesen kereta? Jika tidak mahu memandu pun, ambil sajalah lesen, mana tahu suatu hari nanti terbuka hati mahu memandu.
Rupa-rupanya, semasa di sekolah menengah, dia pernah terlibat dalam kemalangan semasa menunggang basikal.
Sejak itu, dia tiada hati untuk tunggang atau pandu apa-apa pun gara-gara trauma atas kecederaannya sehingga berhari-hari di wad.
Saat itu, aku tidaklah berapa kisah. Lagi pun baru di awal perkahwinan, dalam tempoh suai kenal gara-gara kami kawin tanpa proper dirancang.
Sekadar kawan biasa atas dasar kerja di mana aku client dia untuk sebuah projek seni. Sebab itu, aku tidak begitu tahu sisi hidupnya sebelum kahwin.
Bila dah tahu dia jenis tidak boleh memandu, aku rasa macam hairan, 3 orang adik perempuan aku, siap mak aku yang dah pencen pun cekap memandu. Something wrong juga ni.
Itu dulu, sekarang aku mula ambil kisah. Bukan kerana aku penat memandu pulang ke kampungnya di pantai timur setiap 2 ke 3 bulan sekali.
Bukan juga aku dengki dia kuat tidur sepanjang perjalanan ke mana-mana. Tidak. Aku pun jenis suka memandu jauh sebab nature kerja aku yang banyak travel.
Kini, setelah 6 tahun, kami dah ada seorang bayi. Belum cukup dua tahun umurnya untuk dianggap kanak-kanak.
Maksudnya, masih kene didukung kelek jika dia meragam tidak mahu berjalan sendiri. Aku fikir sekarang ini perlunya Ida memiliki lesen dan pandai memandu.
Sejak boleh rentas sana sini, aku mula sibuk dengan kerja. Travel sana-sini pun ya juga.
Masalah wujud bila pada hari aku perlu berada di luar kawasan, anak kami perlu dihantar ke rumah pengasuh.
Biasanya memang aku yang hantar berkereta, sementara Ida pula ke tempat kerjanya yang dekat. Sekadar 10 minit berjalan kaki. Biasalah, tinggal di bandaraya, semua tempat menjadi dekat.
Jadi, situasi ini membuatkan Ida perlu menggunakan qudrat wanitanya untuk berjalan kaki sambil mengendong anak kami siap beg-beg yang dipikul-jinjit ke rumah pengasuh. Setakat ini dia tiada masalah sebab faham dengan kesibukan aku.
Tapi paling kesian, jika anak kami perlu buat pemeriksaan berkala di klinik, jika aku tiada, dia tega menaiki Grab dengan anak kami. Ikut hati boleh saja aku pergi kerja lewat sikit untuk menghantar mereka ke klinik.
Tapi, dia pula meminta aku terus ke pejabat bila ada urusan penting. Katanya, dia tahu apa perlu dibuat.
Logiknya, aku tidak perlu risau dengan sikap indipendentnya tu. Tapi, sampai bila dia boleh begitu?
Dia bukannya semakin muda untuk guna pengangkutan awam. Jika dia perlu keluar jumpa client, kalau tak grabcar, LRT dan komuter pun ada area kami ni membuatkan dia tidak rasa pentingnya memiliki lesen memandu.
Aku percaya, ramai yang setuju dengan pendirian Ida, fah tinggal di bandar, lebih mudah berkenderaan awam. Tapi tidak pada aku bila melibatkan situasi yang berlaku pada kami ini.
Tidak lama lagi, kami akan berpindah ke rumah sendiri yang dibeli di luar kawasan bandar raya yang sibuk. Bertahun-tahun tinggal menyewa rumah bertingkat berdekatan pejabatnya, sedangkan sebelum kawin aku telah pun menyediakan rumah bertanah sebagai persediaan berkeluarga.
Sekarang, inilah masanya. Dulu kami hidup berdua, aku tak kisah. Kini dengan adanya anak, kos sara hidup tinggi di bandar raya selain kena spend duit sewa rumah yang hampir seribu sebulan.
Kereta kedua kami pun aku aku belikan untuknya konon-konon sebagai motivasi, tetap kena bayar dan aku sahaja yang memandunya.
Seperti yang aku agak, memang Ida berat hati nak pindah. Dia fikir selepas ini dia akan melalui situasi sukar sama ada kene belajar memandu dan memandu ke pejabat atau bersesak-sesak menggunakan pengangkutan awam selain kos-kos yang melibatkannya.
Tapi, aku tak mampu nak paksa dia juga. Dulu-dulu, sekali aku ajak, dia tak mahu aku mengalah terus. Sebab aku tiada reason yang kuat selain dia sendiri kuat menegakkan prinsipnya.
Sampai akhirnya tadi, aku terpaksa slow talk dengan dia, kenapa perlunya dia memiliki lesen memandu seterusnya mahir memandu. Selain soal rumah yang sudah tidak lagi dekat dengan pejabatnya, soal keselamatan anak juga.
Paling deep, aku minta dia bayangkan kalau suatu hari nanti berlaku situasi yang lebih mencemaskan. Aku pun ada masalah athma yang teruk, memang sesekali kalau demam, mahu berhari-hari. Setakat ni tak pernahlah aku perlu warded di hospital.
Kalau pergi pun, masih mampu memandu sendiri mendapatkan rawatan ke klinik. Tetapi, kalau lebih teruk dari itu, takkan pula dia nak minta bantuan jiran, atau panggil grabcar untuk urusan kecemasan?
Aku cuba bagi contoh yang rasanya aku pun tak mahu ianya berlaku dengan harapan hatinya akan terbuka.
Akhirnya Ida bersuara, jika dia memandu, adakah trauma kemalangan yang pernah dia hadapi akan hilang? Dengan usia dah 30-an, sesuaikah dia mula belajar memandu tanpa sebarang basic pun gara-gara tak pernah pun dia mahu berusaha mempelajarinya sejak dulu?
Huuhhh… aku pun tak dapat nak jawab secara pasti. Jika selepas ini dia masih tegas berprinsip ikut suka hatinya itu, memang mati akal dah aku ni nak buat apa. Automatiknya, urusan pindah rumah mungkin tertangguh lagi agaknya.
Saudara-saudari sekelian, sila bagi sedikit info termausk nasihat bukan aku atau Ida.
Mungkin aku terdesak sampai cerita benda remeh di sini. Namun, setelah bertahun-tahun, aku takut, aku yang gila pula sebab asyik mengalah tidak bertempat dengan isteri sendiri. Astaghfirullah al’azim.
Terima kasih admin atas siaran, terima kasih kalian yang membaca ke akhir noktah.
– Sabar Sabri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit