Hai Assalamualaikum . Thanks admin jika cerita ini di”published” kan.
First of all, nak mintak maaf kalau ayat yang aku akan gunakan ni tak berapa sedap untuk dibaca sebab memang tak reti. So topik aku ialah puaskan hati semua orang. Semua sedia maklum hati manusia ni macam2, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi bagi aku lah, aku nak puaskan hati kawan baik atau short form dia bff. Tapi banyak kali aku gagal, aku dah buat apa yang dia tak suka, but she still cari kesalahan aku untuk aku perbaiki.
before aku pergi lebih lanjut. aku nak kenalkan watak2 dalam cerita ni. A and B yang mana dorang ni roomates aku. tapi dalam cerita aku ni, A yang banyak.
Okay la macam ni. 3 sem aku duduk dengan lain course and now another 3 sem aku duduk dgn sama course. Housemates dulu memang aku xde masalah. Tak pernah la dorang nak tarik muka sebab aku buat salah. Semua mcm redha je. Tapi skrg, bukan housemates, tapi roomate. Dia (si A) akan tarik muka if aku ada buat something yang menyakitkan hati dia.Tapi dia banyak kali sabar la, sampai la satu tahap if aku buat salah, then aku mintak penjelasan, dia akan mention semua salah aku yang dia pendam. Okay aku tak kisah if dia nak luahkan perasaan, and its good for me sebab aku tahu salah aku, and at least aku tak akan ulang benda yang sama, benda yang akan buat dia sakit hati. Tapi aku kisah bila mana dia akan jadi awkward lepas sesi luahan hati tu, dia akan diam, x tegur aku. Paling sakit hati, dia akan buat diri aku ni tak wujud, padahal aku depan mata dia. Lepas seminggu paling awal, baru lah hubungan kami jadi macam biasa. Padahal bagi pndpt aku, aku yang sepatutnya awkward sbb aku tau dia x puas hati dengan aku. Tapi sumpah aku ckp, if aku jumpa dia dpn2, aku x akan awkward, aku akan jd mcm biasa. but for now, bila dia awkward, of course aku akan awkward jgk. Faham tak kat situ?
Dulu aku pernah buat satu kesalahan, aku overthinking, paranoid. Aku fikir roomates aku tak suka aku sebab tu banyak kali tinggalkan aku sendirian. Aku akan call kwn aku dpn dorang, semata2 nak bagitau apa yang aku rasa (and ini adalah salah) . Tapi hakikatnya dorang tak macam tu pun, malah dorang jadi macam tu sebab aku. Aku tak fair dengan dorang. Tapi serious, aku tak sangka benda yang aku buat tu buat dorang rasa aku ni x adil. Aku rasa bila aku tinggalkan dorang (4org) and aku jalan sorang dgn another friend (tp bukan house/roomate) dorang tak akan terasa, tapi rupanya yes dorang terasa. Aku terima lah rasa tak fair tu even aku sendiri pelik kenapa benda tu dorang rasa tak fair. Pernah sekali tu, aku ajak dorang puasa. Tapi petang tu aku ckp dengan dorang, aku nak keluar dengan sorang kawan ni sebab dia ada prob, and as her friend yang dia ada, of course aku kena teman. Tu function kawan. Tapi dorang ni my roomates rasa x adil, aku ajak dorang puasa, tapi aku berbuka dengan orang lain. Aku tersepit.
kalau korang tertanya2 macam mana aku tau apa yang dorang rasa ni semua. jawapannya, aku berterus terang. aku ni sejenis orang yang curiosity tinggi. aku rasa dorang tak suka aku, tp aku x dpt jwpn atas sbb apa dorang nak benci aku. so aku akan tanya. tapi aku x straight to the point, aku akan kias2 and at the end baru straight to the point. Tapi benda ni pun aku ambik masa yang lama untuk cari jwpn, aku amek masa yang lama untuk beranikan diri tanya dorang. Lepas je tamat sesi luahan hati, mcm biasa, sorang roomate aku yang mana aku mention awal2 tadi. Dia akan awkward, dia akan ambik masa untuk baik dengan aku.
Pendekkan cerita, skrg masalah tu da settle. And skrg masalah lain pulak dtg (yg ak mention awal2 td). Apa kslhn aku kali ni? aku ni seorang yang sensitif, aku akan cpt marah if aku terasa. Tapi since aku tau dorang tak suka aku jadi mcm tu, aku cuba tahan marah aku ni, aku naikkan tahap kesabaran aku. Tapi one day aku x leh sabar, sbb limit aku betul2 dah habis. Tapi akux marah dorang pun, aku marah org lain. Tapi A ni terasa, dia igt aku marah dia. Malam tu, lepas makan kt luar dengan dorang, aku ajak sorang kawan aku lepak, A ni terasa lagi sekali. tp kali ni bukan dia je terasa, tp B pun. Dorang fikir asal aku x ajak dorang lepak, asal aku ajak kawan lain. Asal aku tak nak share prob dengan dorang. Bukan aku x nak share, tapi aku nak ketenangan dulu, aku xnak balik rumah lagi bcoz I know aku akan tambahkan stress aku. Aku rasa mcm stress aku tak akan terbang. Yes I know aku salah dalam hal ni, tapi aku x ajak sebab aku fikir dorang ni tak suka lepak luar situ. Aku fikir kalau aku ajak, confirm dorang banyak tanya, kenapa aku nak duduk situ. and aku ni kalau tgh moody/stress memang aku x suka orang banyak tanya. Aku takut aku akan marah dorang. Tapi dorang ni x faham. Malah time aku tgh lepak tu, boleh dorang dua pergi keluar without tanya aku nak ikut ke tak? again dorang tinggalkan aku. Ha lagilah stress aku, dah la dengan paranoid aku ni lagi.
Plus stress aku bila si A ni buat status ws menyalahkan aku dlm hal ni, kata aku selfish bagai. Bayangkan stress aku bertambah 3 kali ganda sampai aku call kwn baik aku nangis2. Aku dah la stress sebab kawan aku pagi tu, and dah settle pun sebelum malam. Lepas tu aku moody tanpa sebab. Aku nak ketenangan, nak buang mood swing aku tu. tup2 si A ni dtg kan mslh baru. x pasal2 mood swing aku tu dtg balik.
Agak menyakitkan hati la di situ. Elok2 aku cari ketenangan kat luar, dia boleh pulak dtg kan balik stress tu.
Esok tu, aku nak jumpa B. Kenapa aku x jumpa A? sebab aku tau A bukan seorang yang calm mcm B. Aku ckp dengan B apa yg aku rasa. B explain la apa yang dorang rasa bila aku lepak ngan org lain (aku da bgtau kt atas). and actually dorang x kesah pun aku moody waktu kt kelas tadi, dorang faham. cuma dorang terasa psl aku lepak , tu je. Tapi lps aku da explain apa sebenarnya yg terjadi, dia okay & terima.
Tapi lain pulak si A ni, bila aku ajak discuss, dia elak. aku ni jenis x akan duduk diam if prob tu x settle. so ak pm dia, aku ckp sorry sbb bg dia terasa padahal dia yg salah faham. Sekali dia bgtau semua benda yg dia x puas hati kat aku yang dia da pendam dulu. Dah pulak another prob dtg, rasa bersalah aku tinggi gila nak mampus, aku mintak maaf beribu kali tapi SEKALI pun dia x layan maaf aku tu, malah dia sambung lagi bagitau kesalahan aku apa. At the end, aku mintak jgn awkward dgn aku,and guess what? dia kata bg dia masa.
wey aku yang patut rasa awkward sebab aku tau salah aku. Tapi skrg terbalik? Aku dah mintak maaf, tp dia yang xnak terima. aku ni sejenis terima apa orang fikir psl aku, sbb aku nak berubah, aku nak bg orang lain puas hati. Tapi hati aku sendiri, aku xdpt jaga. konon nak jadi perfect la, tp ada je org x puas hati. aku x pernah ambik hati atas apa yang orang complain pasal aku. x pernah la nak sakit hati psl pendapat tu.
tapi akhirnya aku bg lah dia masa, aku kena faham even until now I still x faham sbnrnya. dia kata aku mintak org fhm aku, tp ak sendiri x fhm org. yes nk fhm seseorang tu mmg payah.
tp aku agak terasa bila dia xnak maafkan aku, mana aku tau dia x maafkan aku? wey kalau dia kata dia perlukan masa, itu mksudnya dia x maafkan aku sepenuh hati. betullah kata orang, bila kita buat jahat org nmpk, bila kita buat baik?
yang baik semuanya hilang mcm tu je, kalau dia igt balik apa jasa aku kat dia, aku yakin dia akan maafkan aku time tu jugak, tp malangnya mata dia nmpk jahat aku je. jasa aku bukan biasa2 je, ada yg luar biasa. akux akan mention sekali pun apa jasa aku pd org, sbb aku ikhlas.
kalau seorang anak pun mampu derhaka kat seorang ibu yang melahirkan dia dengan mengorbankan nyawa. apatah lagi seorang kawan, setakat jasa aku tu, alah kecik mcm semut je di mata dia.
sebab kan mslh nilah, bila bangun tidur je, aku akan stress. automatic aku akan fikir semua tu. aku x nak balik hostel sbb ak tau ada org tgh marah aku. if she know aku depressed, kalau dia ada hati yang baik, confirm dia x akan sampai hati biarkan aku macam ni. Tapi tula how can she know my condition right now if aku dpn2 mmg nmpk kuat.
orang tak akan tau apa yang kau da korbankan, orang x akan tau selagi dorang x tanya. orang akan ambik jalan yang mudah iaitu jump into the conclusion yg sebenarnya salah. org kata aku selfish, tp sebenarnya before aku jadi selfish, aku ada niat aku, niat yang baik utk dia sendiri. org kata aku x faham mereka, tp sebenarnya aku try hard utk faham kan dorang sampai korbankan hati perasaan sendiri.
hanya mereka yang always ada waktu kau susah je tau apa yang kau harungi.
sorry sbb ayat aku mmg panjang, ak nak luahkan kat sini sbb aku rasa dpt release kan stress aku. congrats pada korang yang baca sampai akhir and thank you.
next post aku akan cerita how I handle this situation. aku xakan biar diri aku jadi mcm ni sebenarnya. ada benda yang aku buat untuk bagi diri aku kuat. thanks again korang.
– Raniya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit