Tergerak hati aku nak membuat luahan perasaan selepas aku terbaca satu post yang di upload di social media berkenaan dengan isu sekolah tahfiz yang terbakar baru-baru ini. Ye akaun social media tu hak kita, ikut suka hati kita nak post apa. Tapi, pernah tak korang fikir kesan dan akibat daripada post yang korang upload tu? Lagi-lagi bila ia mengenai orang lain. Memang kita bebas berfikir, bebas memberi pendapat tapi bukan bererti kita bebas untuk berkata-kata tanpa fikir baik dan buruk kata-kata tersebut.
Aku tak faham, kenapa dengan lajunya korang berkongsi pendapat korang yang penuh emosi tu dekat social media tanpa fikir kesan dan akibatnya. Sedangkan korang tahu, zaman sekarang adalah zaman teknologi, zaman viral. Cepat dan mudah untuk semua orang tahu kebodohan, kesombongan korang. Tentang akak yang komen pasal pusat tahfiz tu. Bila ada orang komen “kena kecam nanti” (lebih kurang la). Dengan angkuhya dia menjawab. “kesaaahhh”. Ok fine dia tak kisah. Jawapan itu kerana keegoan dia. Tidak boleh menerima teguran atas kekhilafan dia. Atau malu kerana ada yang menegur dan tidak menyangka pendapatnya tidak diterima oleh orang lain. Bagi aku, kalau korang ada pendapat tersendiri, apa kata simpan je dalam fikiran. Atau bercakap je pada kawan terdekat. Tak perlu post dekat social media.
Okay stop pasal akak tu. Aku nak bersuara pula pasal lambakan video-video membodohkan diri untuk mencari publisiti. Malangnya yang suka buat video publisiti ni, kebanyakkannya perempuan yang cantik-cantik. Aku tak faham kenapa mesti tarik perhatian dengan cara begitu. Untuk nampak unik? Adakah ia benar unik atau hanya kebodohan semata-mata? Awak tu perempuan cik kak. Bukan untuk ditayang-tayang perangai macam tu. Mungkin la for fun. Awak rasa diri awak tak malu buat macam tu, awak fikir kalau mak, ayah, adik, abang, akak, mak mentua, bapa mentua, akak abang ipar awak tengok video awak macam tu, apa yang mereka akan rasa dan fikir?
“Eh Tipah, tu menantu awak kan yang viral pasal video terkinja-kinja macam orang terencat dalam kereta tu kan?”
“Eh Man, apa teruk sangat bini kau tu buat muka hodoh menari macam monyet dalam kereta tu”
So, siapa yang malu? Awak tak malu la. Sebab kalau awak malu, awak tak bodoh nak upload video macam tu. Ada cara lain nak tarik perhatian untuk buat awak dikenali.
Okay next isu pula…. Pasal video orang kena pukul. To be honest aku memang tak suka tengok video keganasan. Tak kira la yang kena balun tu lelaki ke perempuan. Orang yang rakam dan upload tu bagi aku teruk gila. Kenapa mesti setiap pergaduhan nak di viral kan? Lagi-lagi gambar bila lelaki atau perempuan tu curang ke, kena tangkap sedang Bersama tanpa pakaian. Weh tak payah la nak ambil video dan sebarkan. Cukup la kau settle kat situ. Tak perlu canang keaiban dia dekat semua orang. Manusia ni akan berubah. Bila dia dah berubah tapi video waktu dia jahil masih tersebar, kesian dia wey. Macam mana la orang yang rakam tu boleh tergerak hati nak viral kan benda tu. Rasa macam satu kebanggaan bila dapat upload video macam tu.
Aku tahu, orang yang buat semua perkara yang aku cakap ni tak de dalam page ni. Korang semua baik-baik. Aku harap korang dapat sebarkan jika ada kawan korang yang macam ni. Mungkin pendapat aku ini ada bercampur emosi. Mana yang korang rasa aku salah, aku minta maaf.
Aku harap, kita jadi masyarakat yang lebih peka terhadap sekeliling, menjaga aib diri sendiri dan orang lain, menjaga sensitivi agama, bangsa, budaya, individu dan lain-lain.
– Pemerhati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit