Pujuk Hati dan Diri Untuk Kecapi Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Aku dah lama jadi silent reader. Lastly, terasa nak share kisah sendiri. Try my best untuk singkatkan kisah saya.

Aku anak bongsu 6 beradik, mak ayah kerja kilang. Darjah 3 Allah panggil mak pulang. Hidup makin susah bila hanya ayah yang kerja, kami semua masih sekolah. Aku sorang sekolah rendah, adik beradik lain sekolah menengah. Pagi sekolah biasa petang sekolah agama.

Darjah 6, ayah tak mampu bayar yuran sekolah. Jadi aku kena berenti sekolah biasa, teruskan sekolah agama sebab yuran lebih murah. Berminggu tak datang sekolah cikgu datang rumah, cikgu pujuk ayah supaya aku terus sekolah. Yuran semua cikgu tolong bayar. Syukur aku terus sekolah, sebab masa nak naik tingkatan 1 yuran sekolah agama pula yang mahal jadi aku teruskan sekolah biasa.

Abang dan kakak mula berkerja, tinggal aku seorang yang sekolah. Masa tingkatan 2, Allah jemput ayah pula. Aku seakan hilang arah. Kecewa sebab aku tak dapat nak sara mak ayah. Aku pujuk hati dan diri, aku masih punya peluang jadi anak solehah. Masih punya ruang dan peluang mendoakan mereka.

Ayah aku bagi nama aku sempena nama seorang yang dia respect, ayah kata aku bongsu harus kuat. Masa mak meninggal aku ingat ayah kata, orang tu pun mak dia meninggal masa dia kecik. Banyak yang dia lalui, ayah harap aku akan sekuat orang tu.

Adik beradik bincang, rumah ayah perlu dijual. Sebab dorang kerja daerah lain. Tak boleh biar aku duduk sorang-sorang. Aku akur saja, aku berpindah sekolah daerah lain. Tumpang rumah abang yang dah berkahwin. Sekolah aku cari sendiri. Hidup tumpang adik beradik haruslah sedar diri. Kerja rumah dan sekolah aku perlu buat tanpa banyak bicara.

Aku pujuk hati, syukur masih ada adik beradik. Aku pujuk diri syukur mereka masih sudi bayarkan yuran sekolah. Bila dibagi duit belanja aku simpan untuk sebarang bayaran. Aku memang tak minta duit dengan adik beradik. Bila ada aktiviti sekolah ada duit aku naik bas, takda duit jalan kakilah di bawah terik mentari. Pujuk diri dan hati syukur Allah masih pinjamkan kaki.

Aku target nak sekolah sampai tingkatan 5, aku nak kerja dan hidup sendiri. Sementara tunggu SPM aku kerja. Alhamdulillah SPM aku baik, dalam pada cari kerja aku sambung tingkatan 6 duit kerjakan ada. Tingkatan 6 murah dan kalau aku dapat kerja boleh berhenti bila-bila saja.

Adalah dapat interbiu tapi mostly suruh aku sambung belajar. Sampai aku STPM aku tak dapat kerja. Tunggu result STPM aku kerja lagi. Berharap aku dapat kerja, aku isi juga UPU. Tawaran universiti datang dulu, adik beradik suruh aku masuk U.

Aku akur, walau dalam hati aku nak kerja. Final exam masa tahun satu, aku dapat tawaran SPRM. Sedih sangat sebab duit da banyak keluar. Kalau aku keluar aku da ada hutang PTPTN. Adik beradik suruh teruskan pengajian. Aku pujuk diri dan hati, Allah nak bagi rezeki gaji degree.

Sepanjang pengajian aku doa moga Allah mudahkan aku dapat kerja, tak kisah kerja apa yang penting gaji degree. Nak bayar hutang dan teruskan kehidupan. Tapi aku ada impian nak menguatkuasakan undang-undang. Lagi 1 pakai uniform tak perlu fikir pasal baju. Aku doa Allah jemput aku jadi tetamunya sebelum aku boleh explore dunia.

Sejak pindah sekolah sampai tamat universiti, takda siapa tahu aku yatim piatu. Aku peramah dan boleh bergaul dengan siapa saja. Tapi hal peribadi aku simpan rapi-rapi.

Sebab aku orang borneo, kena gigih jaga tiket kalau nak balik cuti. Bila raya tiket mahal, aku gembira tengok kawan-kawan balik raya. Aku sambut raya dengan air mata. Pujuk diri dan hati, Allah nak aku menelaah lebih.

Aku join Palapes, kalau turun latihan ada elaun dan makan free. Aku selalu makan sorang-sorang agak segan dengan kawan-kawan. Sebab selalunya aku hanya makan waktu pagi dan malam makan nasi lemak Rm1 dan burger benjo. Makan seminimum yang boleh. Duit PTPTN aku usaha jimat sebaiknya.

Tahun 1 ada pensyarah aku kata, jangan kecewa kalau tak dapat grad on time. Sebab masa tu IPTA grade pada masa yang lebih kurang sama. So, tawaran peluang pekerjaan kurang berbanding tawaran tenaga kerja. Graduan semua serbu pasaran kerja waktu yang sama.

Pensyarah tu suggest untuk kami study pasaran kerja dulu. Aku rasa saranan tu ada betulnya. Kebetulan tahun 2 aku sangkut 1 paper. Aku dapat C-, so kena repeat. Aku mula plan untuk extent dan repeat paper tu.

So aku simpan duit untuk extent. Masa extent tu banyaklah masa free sebab aku ada 1 paper ja. Aku study pasaran kerja, aku rajin pergi library nak online cari kerja. Aku hantar resume dan pegi open interview untuk cari pengalaman dan nak tahu feedback tentang peluang aku dapat kerja

. Aku study subjek yang boleh tolong aku dapat kerja, aku ambik bahasa ketiga dan bebrapa subjek pengurusan. Aku jumpa pensyarah deal nak masuk kuliah mereka tapi aku tak daftar sebab aku takda duit. Aku just nak ilmu. So aku lebih banyak peluang cari kerja. Walau takda dalam transkrip aku masih boleh nak cerita tentang subjek tu.

Alhamdulillah pensyarah yang aku jumpa semua benarkan aku masuk kuliah mereka. Habis semester tu, Universiti keluarkan surat pengesahan bergraduat dan salinan transkrip. Maka lebih mudah aku cari kerja. Alhamdulillah, aku dapat kerja kontrak dengan gaji degree, di sebuah jabatan penguatkuasaan.

Tapi aku buat kerja-kerja pengurusan. Aku ada tempoh 8 bulan sebelum hari graduasi, aku berusaha kumpul duit alhamdulillah aku berjaya bawa 8 orang ahli keluarga hadir konvo aku. Perbelanjaan seminggu, tiket flight, tempat tinggal, pengangkutan dan makan semua aku tanggung.

Sebelum tamat kontrak ada 1 operasi serbuan yang melibatkan tangkapan. Aku ingat sangat awal pagi tu aku tengok seorang lelaki bergari nak dibawa untuk perbicaraan. Ada perempuan mengandung dan beberapa budak kecil melawat dia. Perut perempuan tu besar dah mungkin tunggu hari, dia asyik menangis.

Lelaki tu termenung tak usik langsung makanan yang disediakan. Anak-anak dia pula berebut makanan tu. Masa tu terus aku rasa tak kuat nak jadi penguatkuasa. Habis kontrak, Alhamdulillah aku dapat KPLI.

Masa mula kerja 5 bulan aku tak dapat gaji. Malas nak berbalah dengan kerani gaji, aku pujuk diri adalah hikmahnya. Gaji 5 bulan dapat dalam 11K, aku terus register umrah. Alhamdulillah setiap ujian akan indah pada waktunya. Doa nak gaji degree dan jadi tetamu Allah jadi nyata. Buat aku rasa malu dengan Allah sebab masih lalai dan leka.

Seorang kenalan zaman sekolah approach aku cukuplah aku namakan K. Aku terima, tapi awal-awal aku bagitau nak serius aku nak settledown dalam setahun. Dan andai suatu masa aku bukan pilihan bagitau saja aku takda masalah berundur. Keluarga kami dah maklum, mulalah ada perbincangan sikit. Dia register telefon kami, bil masuk emel aku. Ada 1 nombor yang aku sedikit curiga sebab kerap sangat dan perbualan tu panjang.

Aku tanya K, dia kata kawan lelaki dia yang ada masalah. Aku terima jawapan tu, sampailah aku tergerak hati nak call. Suara perempuan, dia bagitau itu nombornya dan dia memang sedang saling mengenali dengan K dan mereka rancang nak kawen. Nak gaduh itu bukan cara aku.

Aku cakap kat family aku, kami dah takda apa-apa. Aku tak tahu apa dia cerita kat family dia, aku dapat maki hamun dari mak dan kakak dia. Diam sebaik-baik jawapan. Aku tak berminat nak berbalas kata atau mempertahankan diri. Bagi aku, hal ni aku, K dan Allah saja yang tahu.

Masa berlalu, tiba-tiba K muncul cuba pujuk untuk kembali dan mengaku silap dia. Kakak dan mak dia pun call aku, mohon maaf dan nyatakan kekesalan. Aku? Jawab saja panggilan mereka tapi aku hanya mendengar tanpa sebarang kata sampailah mereka putuskan talian. Pada K satu saja aku kata, awal-awal aku da bagitau kalau aku bukan pilihan bagitau saja aku takda masalah nak berundur. Mesti penat nak mereka cerita.

Berbulan juga aku hadap K dan keluarganya, pada diri aku pesan bila mereka penat semuanya akan berakhir. Aku tahu bagaimana orang kecewa, jadi aku tak mahu perempuan tu rasa. Mungkin dia pun tak tahu tentang aku. Aku? Dah biasa pujuk hati dan diri. Allah uji ada sesuatu Allah nak beri.

Beberapa tahun berlalu, ada seorang ustaz handsome masuk sekolah aku. Geng-geng bujang selalulah usik-usik. Dia selalu jadi imam, bagi tazkirah dan baca doa untuk majlis peringkat daerah. Terkejut bila seorang kawan bagitau ustaz tu minta dia risik aku. Aku memang baik dengan kawan tu dan suaminya. Dorang main peranan untuk kami saling mengenali, aku rasa tak layak bila aku tahu ramai yang minat ustaz tu.

Mak ustaz tu nak menantu negeri dia, dan aku awal-awal pesan pada diri. Aku tak mahu terlibat dengan hubungan yang ada halangan. Ustaz tu minta aku tunggu dia pujuk mak dia. Aku tak beri kata putus, cuma aku bagitau awal-awal aku memang tak harap apa-apa.

Aku aktif NGO, ustaz tu tak berapa berkenan bila aku selalu turun kelapangan. Pada aku, kita ada tanggungjawab pada ummah. Sedang dia kurang selesa untuk untuk kerja-kerja sukarela. Masa solat hajat perdana untuk daerah ustaz tu sepatutnya jadi imam. Tapi dia tak datang tanpa sebarang makluman.

Aku yang menguruskan hidangan mendengar cerita dan keluhan ustaz-ustaz tentang ustaz tu yang selalu tak beri kerjasama. Aku rasa dunia kami berbeza, maka aku putuskan tidak perlu lagi sebarang usaha atau terus saling mengenali.

Dia tidak bersetuju. Sekali lagi diam jadi pilihan. Kebetulan kawan dia kenenkan dia dengan seorang ustazah senegerinya yang menyewa tidak jauh dari rumah sewa ku.

Dia selalu bandingkan aku dengan ustazah tu dan berharap aku sudi terima dia. Tak layan, tak jalan… maka aku memilih untuk tak layan. Kawan yang mula-mula cuba kenalkan kami telefon aku, dia cerita ustaz tu kecewa aku tolak dia. Aku diam saja.

Alhamdulillah, akhirnya mereka bernikah juga. Sebelum dia nikah dia mesej aku bagitau dia akan cerita pasal aku kat wife dia dan harap aku dengan wife dia akan jadi kawan.

Bagi aku ok saja, tapi bila aku cerita kat kawan yang dah kawen kawan aku mengamuk. Dan minta aku tak layan ustaz tu. Bila aku fikir balik ye lah, perempuan kan selalu overthinking. Mesti wife dia akan fkir macam-macam pasal aku.

Jadi cara terbaik aku unfriend dia di media sosial dan tak jawab apa-apa mesej dia. Dia tak puas hati. Aku cuba letakkan diri jadi wife dia. Mereka dah ada seorang anak, tapi ustaz tu still ada mesej aku. Diam sebaik-baik pilihan.

Andai ditakdirkan aku hidup dalam poligami ins.Allah aku bukanlah yang kedua. Pada diri aku sentiasa pesan, tak layan tak jalan.

Kita semua punya cerita dan kisah,

Rajin-rajin pujuk hati dan diri,

Allah uji ada sesuatu Allah nak beri,

Allah uji maksudnya kita mampu,

Bahagia kita boleh cipta sendiri.

Sabar sikit lagi, kitakan mengimpi syurgawi…

– Kenanga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *