Pukul Mendidik Atau Ikut Nafsu?

Salam semua. Aku Nur. Umur aku awal 30 an. Aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Sekarang kehidupan aku baik sahaja. Cuma kenangan atau trauma kehidupan aku semasa aku kecil masih menghantui aku sampai sekarang.

Dulu masa aku kecil, aku tak pernah rasa belaian dari seorang ayah.

Yang aku terima hanyalah pukulan, tampar, terajang sampai aku terkencing-kencing. Aku dipukul sehingga lebam-lebam. Tak pernah sekali pon aku merasa kasih sayang dan belaian dari seorang ayah.

Adik beradik kami ramai, dan kami orang susah. Jadi, kami ni seperti tempat melepaskan penat si abah.

Pernah sebab tak sengaja terlanggar badan abah masa tengah baca yassin di bilik, pun boleh jadi punca dibelasah dengan teruk.

Dulu, aku paling benci dengar bunyi motor abah. Maksudnya abah dah balik, aku jadi takut nak buat apa apa sebab salah sikit jer memang kena.

Aku pernah berniat dah besar nanti aku nak bunuh abah. Aku memang benci sangat. Sebab aku tak ingat 1 pun kenangan manis dengan abah masa aku kecil.

Sekarang, bila aku tengok anak perempuan aku bermain bermanja dengan ayah dia, aku kadang-kadang terkenang masa aku kecil dulu betapa beruntungnya anak aku ni dapat ayah yang sangat menyantuni anak2 nya.

Aku trauma. Sampai sekarang pon aku masih belum boleh lupa. Kadang-kadang tiba-tiba jer aku teringat semua pukulan pukulan abah dulu.

Pernah abah pijak muka aku. Sebab masa tu dah azan maghrib tapi kami belum bangun ambil wuduk lagi. Masa tu seingat aku, aku baru 8 atau 9 tahun.

Sekarang, abah masih ada lagi. Bila aku dah dewasa aku cuba lupakan semua pukulan abah masa aku kecil dulu.

Aku habis belajar dan bekerja. Aku selalu buat baik dengan abah. Aku belikan abah kasut, baju. Aku bagi abah duit tiap bulan. Tapi aku masih tak boleh nak lupa apa yang abah dah buat dulu.

Tambah lagi sekarang, aku ada ayah mertua yang sangat baik. Aku sangat terkejut, ayah mertua aku seorang yang sangat sangat menyantuni anak-anak nya. Bahasa nya lembut, sangat penyayang.

Aku secara tak sengaja cuba membandingkan abah aku dan ayah mertua aku. Jauh sangat bezanya. Astaghfirullah al azim.

Tapi sungguh pun begitu, aku masih berbuat baik pada abah sampai sekarang. Abah pon dah tua, dah banyak berubah. Dah tak baran macam dulu.

Kalau abah bagi nasihat dalam mendidik anak, aku buat buat tak dengar jer. Sebab aku tak rasa cara abah tu betul.

Cuma.. susahnya nak lupakan. Kadang aku sampai termimpi mimpi dipukul abah. Bila aku terjaga aku menangis sendiri.

Pesanan buat ayah ayah diluar sana. Berlembut lah, berilah kasih sayang secukupnya lebih lebih lagi pada anak perempuan.

Anak anak tak dapat mainan pun tak per. Tapi jangan berkasar melampau. Nanti anak anak akan ingat sampai ke besar. Boleh jadi parut dalam hati anak anak.

Nak didik anak pon kena ada ilmu. Anak anak tak minta pon untuk dilahirkan. Tapi kita yang nak sangat anak itu. Tapi kenapa kita pukul anak tu macam lah dia musuh kita?

Apalah daya tubuh kecil tu dipukul teruk lepas tu sang ayah biarkan saja. Langsung tak minta maaf, langsung tak memujuk.

Beringat lah kalau nak bantai anak. Bantai nak mendidik ke atau untuk lepaskan nafsu amarah sahaja?

Anak anak ni amanah dari Allah. Jadi beringat lah.

Sekian…

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *