Salam korang. Aku nak tanya korang yang ada dekat sini, pernah tak korang tiba-tiba hilang duit?
Rasa macam duit tu mula-mula ada, tiba-tiba je duit tu takde.
Ni aku nak cerita. Aku ni kerja biasa-biasa je. Gaji pun biasa-biasa je.
Cukup la buat makan sedap tiap-tiap bulan. Shopping itu sikit, ini sikit. Bayar komitmen sikit-sikit. Belanja mak ayah makan sikit-sikit.
Yelah, marhaen kan, kategori B40 tidak, M40 tak sampai la pulak. Dia tengah-tengah. Masih kategori overworked dan underpaid.
Aku ni bangsa cashless, tapi masih simpan duit cash dalam wallet dalam dua ke tiga ratus gitu la.
Kadang-kadang nak beli goreng pisang ke, air cedok ke, makan set siakap kedai tomyam ke, kan masih guna cash kan?
Ok cukup. Aku ni bab duit, aku kategori dimana aku ingat aku belanjakan duit aku kemana, beli apa semua aku tahu kemana halatuju duit aku.
Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa macam aku short duit. Setiap kali aku bawa keluar cash dalam contoh la, RM200, bila aku pecahkan, duit tu tiba-tiba hilang RM20, RM10.
Mula-mula aku fikir aku misplaced duit-duit aku. Aku tak la amik pot sangat. Setakat RM10, 20 salah letak tu tak la rasa kehilangan. Tapi kalau dah beberapa kali berkurang rasa rengsek la jugak.
Aku rasa aku tak pelupa. Aku muda lagi oi. Aku tak gila.
Aku takde DID. Aku normal. Aku tak mental.
Aku rasa aku takde salah kira duit aku. Aku takde beli apa-apa barang guna cash tanpa aku ketahui barang apa yang aku beli.
Aku mula perasan yang duit aku hilang masa aku nak bayar lunch nasi ayam guna duit cash.
Aku ingat lagi lillahitaala, cash dalam wallet aku ada RM30.60. Aku makan berdua.
Nasi ayam RM9 x 2, fresh oren RM3, air kosong RM0.50. Jumlah semua sekali RM21.50. Aku cakap aku nak belanja. Konfiden ni.
Aku pergi kaunter, cashier tu nyatakan jumlah, aku bukak wallet, naaaahhh ada RM10 je dekat situ. Mana pergi lagi RM20 aku? Menggelabah aku situ.
Aku cakap dengan cashier tu boleh paywave ke QR pay ke. Cashier tu cakap, sini pakai cash je. Dah sudah! Mana aku nak cekau cash.
Aku dah suruh kawan aku keluar dulu tunggu dekat parking nak mintak pinjam duit dia. Tak terfikir pulak aku nak wasap dia time tu.
Aku terpaksa cakap la dengan cashier tu, cash takde. Cashier tu pun macam kesian ha tengok aku ni, dia bagi no akaun dia, aku transfer la RM21.50 tu dekat dia.
Malu aku haa. Terkial-kial aku situ dengan ada orang dekat belakang nak bayar, laju-laju aku transfer sambil aku memikirkan, sepatutnya masih ada RM30 dekat dalam wallet, apa pasal tinggal RM10 je? Lepas tu aku download la apps Money Manager.
Setiap keluar masuk cash aku, aku rekodkan dekat situ. Apa yang masuk, apa yang keluar, semua aku masuk rekod situ. Aku keluarkan cash RM300, aku beli something aku rekod masuk situ.
Kan ada tulis baki dan kita beli apa semua kan? Contoh baki aku RM178.80. Aku masuk rekod semua dalam Money Manager. Lepas tu aku biar la tak berusik baki dalam wallet tu seminggu dua. Kita kan cashless.
Tap sana, tap sini. Then tergerak nak guna cash nak bayar duit minyak kereta. Isi Petronas RM60 full.
Kita keluarkan la wallet nak bagi cashier Petronas tu RM60. Lepas tu masuk rekod dekat Money Manager, taip isi minyak Petronas RM60.
Sepatutnya baki duit aku RM118.80. Dah masuk dalam rekod Money Manager tu memang tepat-tepat RM118.80.
Lepas tu aku kira balik duit dekat wallet aku tu. Weh! Bukan RM118.80, tapi tinggal 88.80.
Rekod dekat Money Manager tu dengan apa yang ada dalam wallet aku, tak sama! Mana duit aku lagi RM30? Aku fikir balik, ada ke aku pecahkan duit beli goreng pisang?
Ada ke aku masuk Watson beli lipmatte? Takde! Sumpah aku tak usik duit cash aku.
Aku dok syok tap sana sini guna paywave je. Aku dah garu kepala. Aku misplaced duit aku kat mana sebenarnya ni?
Takkan aku cuai? Takkan aku pelupa? Tapi aku biarkan je dulu.
Aku habiskan 88.80 aku tu. Aku beli seluar cargo buat pergi kerja RM59.90. Baki 28.90 aku beli air dengan jajan dekat vending machine.
Kitkat RM3.50, 100+ RM2.50, Tinge Spritzer RM2.50, Super Ring RM2.50. Semua aku rekod ni dalam Money Manager.
Baki RM17.90. Duit yang short RM30 tu pun aku letak dalam Money Manager, under nota hilang tiba-tiba.
Dalam sebulan dua, aku tak keluarkan cash. Aku dok tap sana sini je. Dalam sebulan dua tu ada la duit cash aku tak berusik RM17.90 tu.
Last aku guna cash, RM10 derma kutipan kawan aku husband dia accident. Baki RM7.90.
Baru-baru ni adik aku pulangkan duit aku RM200. Hari tu dia pinjam, dia pulangkan duit aku dengan cash.
Jadi dekat tangan aku awal bulan ni ada RM207.90.
Aku beli itu, beli ini, baki cash aku tinggal la RM147.90. Itu rekod terakhir dalam Money Manager aku minggu lepas. Minggu ni, aku nak beli sesuatu, aku nak guna la cash aku tu.
Aku masih ingat ni, rekod dalam Money Manager aku, sumpah lillahitaala, memang RM147.90. Aku bukak wallet aku, dalam tu cuma ada RM107.90.
Aku tak fikir apa, aku menangis terus. Kenapa tinggal RM107.90. Mana RM40 aku? Duit aku hilang kemana sebenarnya?
Dah berbulan-bulan, berpuluh-puluh jugak la duit aku hilang tanpa disedari ni. Dan setiap kali hilang, mesti dalam nombor genap. Aku bukan jenis suka letak wallet merata.
Wallet aku sentiasa dalam kocek waktu dekat tempat kerja. Dekat rumah pintu bilik aku sentiasa berkunci. Aku fikir, ini tak lain ni, bukan kecurian dari manusia.
Aku tak nak percaya, tapi mana menghilangnya duit aku? Aku kerja macam nak mampos, bukan untuk aku hilang duit saja-saja.
Aku rekod setiap transaksi aku. Aku tau kemana hala duit aku. Mesti la aku perasan kalau hilang. Tapi aku tak tau kemana hilangnya duit aku.
Takkan aku nak tuduh orang dalam rumah ni yang curi, sebab memang bukan pun. Fikir logik la, kalau manusia yang curi, mesti dia ambil semua kan? Bukan ambil sikit-sikit.
Habis tu, siapa yang curi? Toyol? Haih!
Dah la overworked, underpaid, dapat gaji kena kongsi pulak dengan toyol kan?
So, aku nak tanya korang, macam mana nak selesaikan hal kehilangan duit aku ni? Takkan nak biar gitu je?
Kalau duit korang yang korang usahakan dari kerja penat lelah korang kena kongsi dengan benda yang tak nampak dipandangan mata, korang redha ke? Aku sumpah tak redha.
Aku tak tau nak buat apa dah sekarang ni.
– Masih manusia normal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit