Pulangkan Paku Buah Keras

Pulangkan paku buah keras.

Pasti ramai yang kecam saya dan tertanya2 mengapa saya tidak menghantar atau meluahkan cerita saya ini ke dalam page krt saja. Saya pilih untuk luahkan di sini. Tak salahkan…..?

Saya ibu kepada tiga anak yang tidak bekerja, berusia awal 50an. Saya bahasakan diri saya Mami saja.

Mami terpanggil untuk menceritakan kisah duka Mami berhadapan dengan suami curang yang pernah berlaku dalam hidup Mami.

Walaupun ianya sudahpun sekian lama berlalu tapi kisah ini tidak pernah luput dan susah nak dipadamkan dari ingatan Mami.

Peristiwa ini sudah lama terjadi iaitu lebih kurang 17 tahun yang lalu. Tujuan Mami bercerita adalah sekadar untuk dijadikan pedoman dan iktibar kepada para pembaca.

Mami teruskan saja pada kisah kehidupan Mami bersama 3 anak yang masih tidak mengerti erti kehidupan pada ketika itu… di mana bila seorang ayah @ suami tidak lagi menjalankan sepenuh kewajipannya seperti yang wajib dilakukan oleh semua SUAMI/BAPA di dalam dunia ini.

Sebelum ini bermacam2 kisah yang Mami baca dan dengar pasal suami curang. Bagi Mami, kisah2 suami curang yang selalu Mami baca itu adalah kisah yang biasa2 saja, tidak sehebat kisah curang suami Mami.

Isteri2 dan ibu2 sekelian, pernahkah suami anda curang dan main gil4 dgn perempuan lain di luar sana….

Dan pernahkah anda merasa suami yang anda sayangi itu main gil4 dgn perempuan sund4l dan perempuan tersebut tidak ingin melepaskan suami anda kembali kepada anda dan anak2?

Mami pernah laluinya. Sudah pasti anda semua tertanya2 mengapa Mami tuduh perempuan itu sund4l. Meh baca sampai habis kenapa Mami berani menyund4lkan orang.

1. Perempuan tu (janda anak satu, berusia 4 tahun lagi muda dari Mami), call Mami semasa diaorang sedang berseronok dengan suami Mami. Dapat bayangkan tak…?????

Mami pun bod*h… dengar je apa yang diaorang bualkan. Bukan bualan biasa2 tau!

Masa mula2 Mami dengar tu, macam nak luruh jantung Mami. Allahuuuu…. Mereka siap gelak2 lagi. Hepy yakmat kerana dapat sakitkan hati Mami dan berjaya merampas suami Mami dari Mami.

2. Tak cukup dengan itu, macam2 perempuan tu message Mami. Dia kata Mami tak pandai jaga laki, tak reti s*x, s*x macam batang kayu.

Macam batang kayu pun, mami dapat 3 anak tau hehee (Tawa dalam tangisan).

Apa daya Mami.. dihina, dikeji. Anak-anak adalah kekuatan Mami. Masa tu anak Mami yg paling kecik berusia hampir dua tahun, 100% menyusu badan. Anak yang sulung sudah berada di sekolah menengah.

3. Suami Mami tinggal sebumbung/bersekedudukan dgn perempuan tersebut di kondominium mewah yang disewa oleh perempuan itu (perempuan tu berkerjaya bagus bukan berasal dari Semenanjung Malaysia).

Suami Mami tidak mempunyai kerja tetap, tapi buat kerja asalkan ada pendapatan.

Mami ada bukti lengkap mereka belum berkawin waktu itu tetapi tiada kekuatan/keupayaan untuk berdepan dengan mereka kerana Mami hanya berempat dengan anak2 yang masih kecil. Keluarga Mami jauh, bukan tinggal senegeri dengan Mami.

4. Semasa anak sulung Mami berada di sekolah, anak Mami menghubungi bapaknya menggunakan public phone, tapi perempuan tu yang jawab… Dia dengan bi4dapnya bertanya pada anak Mami, ‘siapa bapak kamu?’

Zalimkan…. Itulah kenyataan yang perlu Mami hadap bersama anak2. Bila anak sulung balik bercerita pada Mami, betapa sedihnya anak Mami…

Mami lagi la sedih… sedih ditinggalkan suami pun belum hilang, ditambah lagi dengan kesedihan anak Mami yang langsung tidak berperluang untuk bercakap dengan bapaknya.

5. Mami masih bernasib baik kerana nafkah makan pakai tiap2 bulan suami masih bank in. Buat pengetahann semua, suami Mami sebenarnya seorang bapak dan suami yang penyayang, sangat bertanggung jawab menjaga kebajikan kami.

Tapi entah kenapa perubahannya begitu ketara sekali selepas menjalin perhubungan dengan perempuan itu. Suami Mami dah jadi macam orang lain. Tidak lagi suami dan bapak yang penyayang….

Mami betul2 rasa tercabar dengan sikap perempuan itu yang tidak ingin melepaskan suami Mami pulang kepangkuan Mami dan anak2.

Pada suatu hari, Mami cuba call lagi suami Mami buat kesekian kalinya. Sebelum nie, call tidak pernah berjawab, messege tidak pernah berbalas.

Mami rasa macam bermimpi bila suami menjawab panggilan Mami. Kebetulan waktu itu anak kecil Mami sedang menangis. Mami tak ada kekuatan untuk bercakap, Mami terus letak telefon dekat anak Mami dan biarkan suami Mami mendengar tangisan anak Mami. Memang kami tidak bercakap…

….4 bulan berlalu…

Suami Mami masih tidak pulang ke rumah.

Mami ambil keputusan untuk berpindah saja ke kampung halaman Mami. Mami terpaksa failkan perceraian selepas usaha untuk berdepan dengan suami Mami tidak dapat.

Bermacam2 cara Mami lakukan untuk berjumpa dengannya tetapi menemui jalan buntu. Suami tak ingin berdepan dengan Mami.

Suami Mami gantung Mami tidak bertali. Dia tak nak lepaskan Mami. Setelah hampir setahun naik turun mahkamah, akhirnya kami bercerai juga dengan talak satu.

Usia perkawinan Mami pada waktu itu sudah menjangkau hampir 20 tahun, musnah jua akhirnya….

Patutkah Mami melebelkan perempuan tu dengan gelaran SUND4L?

Selepas bercerai, setahun Mami hidup sebagai ibu tunggal. Menjaga dan membesarkan anak2 sendirian.

Bab nafkah, bekas suami Mami 100% menjaga kebajikan kami termasuk menanggung kos rumah sewa dll tetapi Mami buat juga kerja2 untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga secara kecil2an sekadar lepas buat makan.

Bekas suami Mami bagitau Mami, sekiranya Mami berkawin lain, dia hanya akan bagi nafkah untuk anak2 sahaja dan tidak lagi menanggung bayaran rumah sewa dan sebagainya.

Beberapa bulan selepas bercerai, bekas suami Mami selalu datang ke rumah sewa Mami dan sering menghubungi Mami tak kira waktu dan ketika.

Diaorang tak kawin pun selepas kami bercerai tapi masih bersekedudukan dan berlagak seperti suami isteri.

Adegan gil4 talak pun bermula….

Bila dikenangkan balik macam tidak percaya adegan gil4 talak boleh terjadi dalam hidup Mami. Sampai dua orang jiran Mami yang berlainan rumah menangis melihat bekas suami Mami berdiri di depan pagar rumah sewa Mami.

Kata mereka, Mami nie sungguh keras orangnya kerana tidak melayan bekas suami. Katanya lagi, dia kesian melihat bekas suami Mami berdiri depan pagar lama2 tidak dipedulikan oleh Mami.

Jiran2 Mami sebenarnya tidak tahu bagaimana kehidupan Mami sebelum itu. Mami sudah puas menangis. Sudah letih menangis! Darah je yang belum keluar dari mata hahahaa

Pernah sewaktu Mami memandu sendirian, Mami berada di simpang lampu isyarat… tiba2 bekas suami Mami call bertanya Mami berada di mana.

Mami nie jenis betul bendul tak reti nak menipu. Mami jawab la Mami sedang berada di lampu isyarat. Pastu bekas suami jawab… “Ni haaa papa ada di belakang kereta Mami” huhuuuu nak bersuwit sawit pun dah tak guna dah….

Ada lagi… sewaktu Mami pergi potong rambut di tingkat 3 sebuah bangunan, bekas suami Mami call… macam biasa la tanya Mami kat mana.

Mami pun jawab, tengah potong rambut. Dia pun dengan romantisnya menjawab…. “Papa tau dah, dah tengok Mami naik atas tadi. Papa ada kat bawah nie”.

Tapi…. segala keromantisan dan segala kebajikan yang dijaga tidak lagi dapat kembalikan hati Mami yang pedih terluka. Bukan saja terluka tapi bagai disiat sembilu hatiku…. sakitttt sangatttt!

Itu hanya sebahagian saja kisah gil4 talak. Kalu nak cerita semua, letih Mami nak menaipnya. Pembaca pun letih nak baca. Mami bercerita nie sehabis ringkas.

Lagipun tenaga tua Mami tak mampu nak mengarang cantik2 macam novel nak bagi pembaca suka membacanya.

Oleh kerana Mami tidak tahan diganggu oleh bekas suami selepas bercerai, Mami menerima lamaran dari seseorang yang bukan pilihan Mami. Mami mengambil keputusan untuk terus berkawin memandangkan lelaki itu boleh menyara hidup Mami.

Bermula Mami sebagai isteri orang.

Selepas dua minggu perkawinan Mami, jam 8 pagi sewaktu Mami masih lagi berada di tempat tidur bersama suami baru… Mami menerima message dari bekas suami, ”HAPPY BIRTHDAY”

Mami tunjuk message tu pada suami…. Suami Mami berkata ”MASIH SAYANG LAGI!”. Mami pun menjawab message tersebut… “TQ, SEKARANG MAMI BERSAMA SUAMI TERCINTA” (MAMI TAIP NAMA PENUH SUAMI) Ahakssss.

Hampir 20 tahun beb! Zaman cintan cintun Mami bersama bekas suami makan masa 4 tahun. Separuh usia Mami waktu itu adalah bersama dia. Mau tak ingat hahahaha!

Setahun selepas Mami kawin, barulah bekas suami Mami kawin dengan perempuan tu.

Dipendekkan cerita….

Selepas dua tahun perkawinan mereka, bekas suami Mami kawin lagi satu. Bila Mami tau pasal perkawinan baru bekas suami Mami, Mami hantar message pada perempuan tu.

Mami hantar message macam nie ” KO PUN SAMA MACAM AKU JUGAK TAK RETI S*X. S*X MACAM BATANG KAYU…. ”

Sekarang puas hati Mami dapat pulangkan paku buah keras kepadanya.

Masa Mami taip cerita ini…. bekas suami Mami sudah lama bercerai dengan perempuan itu. Suami Mami kekal dengan perkawinan ketiganya. Dan Mami kekal bersuami sampai sekarang.

Al kisah 17 tahun yang lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca cerita Mami. Maaflah ye jika tidak menepati citarasa, hasil penulisan orang lama la katakan!

– Mami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *