Hai semua… Masih ingat tak cerita Mami dua tahun lepas? Lama nauuuuu hehe!
Asik duk tangguh2 nak sambung cerita, sampai 2 tahun baru ada kesempatan nak menulis.
Kepada yang berminat nak baca kisah Mami, Mami bagi link kat bawah nie.
Kena baca part I, baru faham part II. https://iiumc.com/pulangkan-paku-buah-keras/
Part I dulu, Mami bercerita sehabis ringkas sebab tak sabar nak cerita tang Mami pulangkan paku buah keras kepada perempuan itu.
Part II ni, details sikitlah Mami bercerita. Ini pun bukan semua Mami sempat cerita.
.
.
.
Okey, sambung.
.
.
.
Hari pertama berada di tanah air tercinta.
.
.
.
Anak perempuan Mami ketuk2 pintu bilik air tak berhenti. Mami tanya, kenapa?? Macam ada kecemasan. Terkejut jugak.
Anak Mami jawab, “papa call, papa nangis”.
Aikkkk… nangis? Tak pernah2 tengok dia nangis.
Disebabkan mendengar perkataan ‘nangis’ tu la Mami jawab call dia.
Berkobar2 perasaan Mami nak tahu, kenapa nangesssssss?? Apa yg buat dia rasa sedih sangat tu?
Sejak bila dah jadi hati tisu?
Sebenarnya sebelum Mami masuk bilik air, dia dah call banyak kali tapi Mami tak rasa pun nak bercakap dengan dia.
Berulang2 kali dia call, langsung Mami tak jawab. Mami balas balik apa yang dia buat kat Mami dulu.
Baru dia tahu bagaimana perasaan bila call tidak berjawab, sms tidak berbalas.
Bila Mami tak jawab, dia call anak Mami pula. Waktu dia call anak Mami, Mami baru masuk bilik air nak mandi.
Rupa2nya dia nangis kerana baca nota yang Mami tulis pada hari terakhir Mami berada di sana.
Dia call Mami sambil menangis baca balik nota yang Mami tulis. Ada kesedihan dalam diri dia sebab kami dah tak ada dalam rumah tu.
Manusia curang pun reti jugak bawak watak sedih ye. Ingatkan watak sweet sawit untuk nak goda orang je pandai.
Selama berkahwin hampir 20 tahun, itulah pertama kali Mami mendengar tangisan dia.
Sebelum turun dari rumah tu, Mami sempat tulis nota pendek utk dia, Mami tampal dekat suis lampu.
Dengan harapan, bila dia balik rumah pasti dia terus nampak nota itu.
Tak sangka pulak secepat itu dia balik ke rumah bila Mami dan anak2 dah tak ada.
Dia memang dah tahu Mami akan pindah. Pada hari kami pindah, anak Mami sms bagitahu dia.
Nota pendek yang Mami tulis tu bunyinya lebih kurang begini…
“Jika kau rindu anak2, lihatlah disegenap penjuru, bayangan anak2 masih di situ.
Jika kau rindu baby, lihatlah didepan pintu, baby akan berlari2 ke situ setiap kali jiran sebelah mengetuk pintu, sambil baby memanggil APPA! APPA!”
Appa, appa tu panggilan anak Mami yang berumur 2 tahun waktu itu, memanggil papa, papa.
Sibongsu selalu berlari2 pergi depan pintu bila terdengar ketukan pintu dari papa masa papa dia balik.
Bayangkan rindu seorang anak yang tiada penghujung, berbulan2 bapak bertuah tak balik.
Memang sedih saat anak berlari2 tu. Setiap hari keadaannya begitu bila jiran sebelah ketuk pintu rumah diaorang.
Baby rindu tapi dia tak pandai nak bagitahu. Dari perbuatan dia, Mami tau, dia rindu papa.
.
.
.
Masih lagi dihari pertama di kampung halaman.
.
.
.
Malam gelap sudah tiba.
.
.
.
Tengah malam kami dah masuk bilik nak tidur, tiba2 talipon berbunyi.
Rupa2nya dia yang call. Mami abaikan saja. Memang tak nak jawab.
Tutt tutttt lagi. Mami ambik keputusan tak nak jawab dah panggilan dia.
Kitaorang pun dah pindah, nak bercakap apa lagi.
Panggilan demi panggilan tidak berhenti, silih berganti dengan sms yang masuk.
Dari tengah malam berlarutan hingga ke subuh tidak berhenti talipon bertuttt tutttttt.
Macam orang gil4 talak keadaannya. Padahal kitaorang belum bercerai lagi.
Dia baru nak merasa apa yang Mami dah rasa 4 bulan yang lalu.
Kifarah itu memang wujud. Lambat atau cepat saja ia berlaku.
Dulu Mami dengan anak2 macam orang gil4 call dia tak berenti, tapi dia tak jawab pun panggilan kami.
Berbulan2 kami tunggu dia balik dengan penuh sabar. Anak2 semua rapat dengan dia. Dia buang kami begitu je.
Dia tak pilih anak2 dan Mami yang sudah lama hidup bersamanya, tapi dia pilih perempuan yang dia baru kenal.
.
.
.
Ada satu sms dari dia yang buat Mami ingin membalasnya. Sms merayu, ringkas saja tapi cukup untuk buat Mami rasa ‘padan muka ko’. Sms dia lagu ni…
“MAMI TOLONGLAH JAWAB COL, TOLONGLAH”.
Mami jawab. Ringkas juga.
“APA YANG KO RASA MALAM NI, AKU DAH LAMA RASA”.
Puas hatiku!
.
.
.
Bulan ke 4 di kampung halaman.
.
.
.
Bermakna sudah 8 bulan kitaorang tak berjumpa.
Proses fasakh sudah berjalan.
Entah apa mimpi dia, suami balik jumpa Mami.
Dia masuk ke kedai tempat Mami tumpang berniaga.
Allah bagi kekuatan pada Mami, Mami langsung tak bercakap dengan dia.
Satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Mami. Mami diam seribu bahasa.
Pandang muka dia pun tidak. Rasa dah sangat jauh. Lagipun proses cerai dah Mami buat.
Dia bercakap sorang2. Tak ada tindak balas dari Mami. Rasakan!
Masa dia datang jumpa Mami, dia bawak mainan anak dan tinggalkan duit 400 atas meja Mami. Lepas dia pergi barulah Mami ambik duit tu.
Dia memang selalu bank in duit kepada Mami walaupun Mami sudah tidak tinggal bersamanya.
Ciri2 bapak bertanggung jawab tu masih ada lagi walaupun dia sudah ada perempuan lain dalam hidup dia.
Bila dia keluar dari kedai, Mami menangis sepuas hati. Perasaan sedih tak dapat Mami tahan lagi.
Perasaan sedih tu datang bila dia balik kampung jumpa Mami selepas 8 bulan kami tidak berjumpa.
Kitaorang bukan dua tiga tahun kawin, tapi hampir 20 tahun.
Bukan senang nak lupa semua kenangan ketika masih bersama.
Mami menangis bukan sebab rindu, tapi lebih kepada kecil hati dan terluka kerana dikhianati.
Mami nekad. Bila Mami sudah buat keputusan, Mami akan teruskan sampai selesai.
.
.
.
Setahun berlalu, Mami dah dapat pengganti.
.
.
.
Adegan gila talak terhenti jua akhirnya setelah Mami berkahwin. Alhamdulillah.
.
.
.
Beberapa bulan selepas Mami berkawin, anak bongsu Mami masuk hospital.
Bekas suami Mami balik melawat. Dah jadi bekas dah hehe! Dia tak kawin2 pun lagi masa tu.
Sewaktu bekas suami sampai di hospital, kami berbual2 macam biasa, terutama pasal anak2.
Kami sama2 berada di katil anak. Sibongsu perlukan kami waktu itu.
Tak lama kemudian, dia mengeluarkan kertas dari dompet dan dihulurkan kepada Mami.
Mami cukup kenal kertas itu sebab itu adalah tulisan Mami.
Wahhh bertahun2 dia masih simpan nota tu huhuu!
Kertas tu adalah nota kecil yang Mami tulis sewaktu nak pindah.
Nota tu la yang buat air mata jantan dia menitis.
.
.
.
Pejam celik pejam celik, sudah 9 tahun Mami bercerai.
.
.
.
Sudah sampai masanya anak sulung Mami bertemu jodoh.
Dalam keterpaksaan, Mami kena hadap jugak muka bekas suami Mami.
Jujur Mami sudah tidak ada hati dan perasaan langsung terhadap dia.
Mungkin kerana dia buat luka Mami terlalu parah.
Tengok muka dia, macam Mami tengok lelaki yang tidak Mami kenal, yang lalu lalang di depan Mami. Haaa gitu la gambarannya.
Masa perkahwinan anak Mami, kami sama2 tidak membawa pasangan ke tempat majlis.
Kitaorang meraikan majlis anak perempuan kami dengan penuh kasih dan sayang.
Seolah kami masih satu keluarga. Anak2 begitu gembira sekali terutama sibongsu.
Kami bergambar kenangan bersama anak2, menantu dan besan.
Demi anak2, Mami turunkan ego, menahan rasa benci dan sakit hati.
Momen itu sebenarnya untuk anak2 merasa sedang ‘hidup’ bersama Mami dan Papa.
Mami dan bekas suami sama2 melayan tetamu yang datang.
Bab meluat, menyampah dan sebagainya, Mami tolak tepi. Teruskan majlis sampai selesai.
Hari ni Jun 2025, genap 20 tahun Mami bercerai.
Panjang betul cerita Mami. Harap tak jemu membacanya.
Nie pun Mami dah skip skip skip… Mami sendiri pun dah letih menaip sambil nak susun ayat bagi mudah paham.
Kita wanita nie, jangan mudah lemah longlai dengan suami sebegitu.
Kalau Mami lembut hati, rasanya sampai hari nie kami masih belum bercerai.
– Mami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit