Pulanglah Abang Long

Bismillah. Assalamualaikum wbt readers iiumc. Aku harap admin iiumc approve penulisan aku dan readers dapat beri pendapat yang bernas. Dan aku minta maaf jika penulisan aku ini kurang baik atau ayat tunggang langgang.

Nama aku Nana (bukan nama sebenar) anak bongsu dari 4 adik beradik. Dua daripada abang aku seibu dengan aku (abang long dan abang ngah) abang yang ketiga seibu dan sebapa dengan aku akan tetapi ayah tetap melayani abang long dan abang ngah seperti anak sendiri. Aku juga tak pernah rasa kekok dengan mereka.

Untuk pengetahuan readers abang long dijaga oleh nenek dan ayah kandungnya manakala abang ngah dijaga oleh ibu kami. Namun begitu hubungan ibu dengan abang long masih sama masih rapat.

Lebih kurang 5 tahun lepas ayah kandung abang long dan abang ngah pergi menghadap ilahi. Arwah ayah kandung mereka ada meninggalkan sedikit simpanan dan juga aset yang lain (aku tak tahu berapa jumlah).

Namun tetapi berlaku konflik melibatkan pembahagian harta kerana ayah kandung mereka juga turut berkahwin lain setelah berpisah dengan ibu dan mempunyai anak. Sudahnya berlaku pertelingkahan antara ibu tiri mereka dengan abang2 aku itu.

Kisahnya begini, abang long berkawan dengan seorang perempuan aku namakan sebagai kak Zizi. Pernah juga abang long bawa kak Zizi berkenalan dengan ibu. Terus terang aku cakap aku kurang berkenan dengan tingkahlaku kak Zizi entah kenapa.

Kak Zizi selalu mengikut abang long balik (tiap2 kali hari raya) sampaikan aku jadi rimas dan terfikir juga kak Zizi tiada keluargakah sampaikan ikut abang long balik ke kampung. Berkaitan dengan konflik peninggalan harta ayah kandung abang long dan abang ngah.

Pernah sekali itu masa kak Zizi datang ke rumah aku kak Zizi beritahu ibu agar ibu melakukan sesuatu yang khurafat agar abang long mengikut cakap ibu. Ibu sangat terkejut dan mengatakan ianya berdosa besar.

Allahu terkejut juga aku bila ibu beritahu aku sampai tahap itu pemikiran kak Zizi. Hairan kenapa kak Zizi lebih sudu dari kuah berkaitan konflik abang long, abang ngah dan ibu tiri mereka sedangkan ibu aku sebagai ibu kandung langsung tidak masuk campur.

Setelah beberapa tahun aku kirakan lebih kurang tiga tahun konflik tersebut abang long juga tidak pernah lagi pulang menjenguk ibu apatah lagi nenek yang menjaga abang long dari kecil. Abang long menjadi lupa kepada ibu dan nenek.

Tiada khabar berita tiada jejak dari abang long. Bila di telefon juga tidak pernah angkat. Ada juga kawan abang long beritahu yang abang long masih berkawan dengan kak Zizi tetapi abang long seolah olah seperti orang lain. Hati aku kuat menyatakan abang long seperti diguna gunakan nauzubillah.

Aku tak mahu berfikir sampai tahap itu tetapi entah naluri aku tetap berkata yang sama lagi2 kak Zizi pernah menyuruh ibu melakukan perkara khurafat itu. Aku meminta ibu melakukan solat hajat meminta kepada Allah SWT agar dibukakan hati abang long aku balik kepada kami.

Aku tahu jauh disudut hati ibu dan nenek, mereka sangat merindui abang long dan mengharapkan abang long balik ke pangkuan keluarga.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *