Pulanglah Saudaraku

Assalaamualaikum. Kisah INI mungkin sama je dengan yang lain. Namun aku pasti perasaannya mungkin ada sama atau mungkin ada yang tak terasa langsung.

Aku kenalkan diri Ku sebagai Andak Anak yang tengah dalam 7 adik beradik. Along Angah Abang aku Atih Acik Dan Acu. Ayah meninggal ketika Acu belum pun cukup setahun umurnya.

Maka membesarlah kami dalam jagaan Mak Dan dipantau olih TokWan Tok serta bapa saudara Mak saudara sebelah ayah Dan emak . Masa berlalu Along Angah Dan abang dapat kerja dibandar.

Dan aku pula dapat kerja di pekan kelahiran. Along Angah Dan Abang berkawin dengan orang luar. Aku pulak bertemu jodoh teman sekolah yang sekampung pulak tu.

Disebabkan Suami Ku tidak berkerja tetap disatu satu tempat. Maka kami ambik keputusan untuk aku menentap saja dengan Mak. Membina rumah disebelah rumah Mak.

Apabila adik adik Atih Acik Dan Acu tamat belajar berkerja Dan bertemu jodoh kecuali Acik yang meninggal sebelum sempat bertemu jodoh. Rumah Mak jadi kosong. Mak tinggal sendirian Dan aku dengan ahli keluarga ku dirumah yang berdekatan.

Masa berlalu Along Angah Abang Atih dah pun bersara semada wajib atau pun pilihan. Begitu juga dengan aku Dan Suami. Cuma Acu yang masih berkerja.

Kini Mak semakin uzur. Emak berpindah tinggal dengan Ku. Rumah Ku juga semakin kosong. Anak Anak ada yang dah berkerja Dan berkawin cuma yang bongsu masih menuntut.

Rumah Mak tinggal kosong tampa penghuni. Rumah Ku ada aku Suami Dan Mak. Tiga rumah jiran berdekatan juga tinggal kosong.

Dulu rumah kami dipisahkan dengan petak petak sawah. Namun masih meriah. Namun kini tanah tanah sawah telah ditanam dengan kelapa sawit. Gelap Kiri kanan rumah sunyi Dan sepi.

Kalau dulu Along Angah Abang Dan Atih selalu balik kampung kini tak lagi. Alasannya dah tak mampu memandu jauh jauh. Tunggu Anak menantu cuti. Kalau Cuti pun amat payah untuk balik ada saja alasannya. Besan kendurilah sambut birthday cucu lah Anak menantu ada rancangan masing masing.

Tinggallah Mak merindu Anak Anak menyebut nama Anak Anak. Pulanglah saudaraku pulanglah bukan setakat Mak yang rindu Andak juga rindukan kalian. Mak masih sehat masih bolih mengenali Anak anaknya.

Cuma Mata Mak dah kabur telinga Mak dah kurang jelas pendengarannya. Mak dah lupa banyak perkara tapi Mak tak lupa Anak anaknya. Mak selalu kata Along Angah Abang Dan Atih tak balik tak dapat cuti lah tu.

Mak lupa Anak Mak dah bersara belaka cuma Acu aje yang masih berkerja. Namun Acu juga selalu sibuk Anak sekolah Anak tuisyen Anak latihan sukan Dan segala hal lagi. Rumah tinggalan ayah semakin sepi. Namun masih gagah berdiri.

Balik lah saudara Ku kita berhimpun adik beradik kita kerumun Mak mendengar leteran nasihat Mak. Apakah kalian nak tunggu Mak terbaring kaku baru nak balik. Baru nak ratap nak kenang mak. Baru nak rintih rindukan Mak.

Balik lah walaupun sekejap janganlah tunggu Hari Raya baru nak balik. Andak tahu kalian selalu bercuti bersama keluarga dalam negara Dan luar Negara. Andak tahu kalian boleh tinggal kelas pengajian disurau Dan masjid tu sekali sekala.

Andak tahu kalian tak perlu risaukan Mak. Mak selesa Dan selamat dalam jagaan Andak. Tapi tahu lah itu semua tak dapat mengubat rindu Mak Dan juga rindu Andak. Seperti Mak Andak juga rindu kan kalian.

– Andak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *