Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat semua.

Hai, nama saya Nur. Umur awal 30an. Selalunya saya adalah silent rider, tapi malam ni saya terasa nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni lama da, Allahu.

Saya merupakan anak sulung dari 3 beradik. Mak dan abah saya pula berantakan dari awal.

Dulu, abah saya selalu pilih kasih. Dahulukan adik beradik dan anak saudara dia lebih dari kami, anak-anak dan isterinya (mak saya).

Ini menyebabkan mak saya mengalami depression yang teruk.

Saya hidup dalam kitaran yang sangat teruk dan toksik.

Di rumah, waktu saya kecil dirumah saya selalu diabaikan, ditengking, dimarahi tanpa sebab munasabah dan dibuli oleh adik-adik saya.

Di sekolah pula, saya sering dibuli dan dihina oleh cikgu sekolah. Bila balik cerita, saya akan ditempik semula oleh mak dan abah saya.

Ketika umur saya 19-20, saya mula bekerja.

Abah saya mula lepas tangan, boleh dikatakan perbelanjaan rumah dan sekolah adik-adik saya yang kena tanggung.

Dan sekarang, saya dah kahwin dan dikurniakan dengan seorang puteri.

Tengah diuji dengan suami yang kaki ketum dan asyik minta duit dari saya.

Sekarang ni, semua family saya pandang hina pada saya berikutan saya sudah tak dapat memberikan wang pada mereka.

Ada saja kata-kata perlian yang terbit, namun saya tak mampu membalas. Saya hanya mampu diam dan menangis.

Terkadang rasa macam nak lari ke satu tempat yang jauh saja dengan anak saya.

Terima kasih kerana sudi untuk membaca luahan saya. Mohon doakan agar saya terus kuat.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Semoga awak terus kuat dan Allah gantikan kesabaran awak dengan kebaikan. Semoga semua masalah awak, Allah tunjukkan jalan penyelesaian 🤲🏻

  2. Nafkah adik beradik dan mak awk adakah wajib ditanggung oleh awak? Bukan kah tu kewajipan ayah dan akan dipersoalkan suatu hari nanti.. awk menolong meringankan beban sahaja..Abaikan sahaja penghinaan org lain..sy cadangkan awk pergi ke klinik kesihatan terdekat, cakap nk jumpa kaunselor..critakan maslh disitu Insyaallah akan ada jalannya. Jangan tanggung sdiri. Anak awk perlukan awk. Kesian nanti masa depan ank. Cari pertolongan drpd kaunselor klinik kesihatan tedekat sebelum keadaan jadi lebih teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *