Punca

Assalamualaikum and hye. Thanks admin if this confession disiarkan. Cerita aq ni lebih pada pengalaman time aq study .Lepas result spm keluar,aq decide utk apply stu kolej ni di KL.Kputusan kluar tak lama lepastu,and aq diterima msuk.My cousin agreed utk tlong aq prepare everything sebab taknak susahkan family aku yang tengah dalam masalah.Aq tumpang rumah dia for one night,sbb esoknya tu ada sesi pndaftran first intake.

Pertama kali jejak kaki ke sana,i was like’ok cantik lah kolej ni kat tengah2 bandar.suasana bising.confirm tak seram’. Aku duduk kat salah sebuah khemah yg disediakan,while cousin aq tunggu kat tempat lain sebab terlalu ramai orang,so dia malas nak bersesak. Time tu,aku memang agak blur sebab first time kot.hahaha. Tengah asyik mengelamun,tiba ada sistur sebelah aku tegur and hulur tangan.Dia kenalkan diri dia.Aku letak nama dia as ira(bukan nama betul).

Umur Kak Ira beza 5 tahun dengan aku,and dia pernah study before ni tapi tak sempat habis sebab financial problem.Aku agak tertarik berborak dengan dia sebab dia ni sejenis yang ada sense of humour.Borak punya borak,dia kata hopefully kami ni nanti akan jadi roommates.Aku senyumkan aje lah time tu.Mood bagai di awangan actually.

Settle je semua sesi pendaftaran,warden bagi kunci bilik and bila aku tengok nombor bilik,amboi tingkat 9.(hostel aku tu 10 tingkat) Punyalah tinggi.Jenuh nak angkat beg.Nasib baik ada lif.Sampai je tingkat 9,aku cari bilik aku.Cousin aku kat bawah,tunggu aku turun ambik barang.Bukak je pintu bilik,nampak ada dua beg kat situ.Ohh dah ada orang rupanya.Aku memang excited nak tahu siapa roommate aku tu.Maybe dia kat bawah,still busy selesaikan segala apa yang patut.

Bila settle semua kerja,cousin aku balik cheras semula.Aku kemas barang2 aku dalam locker.Tak lama tu,pintu bilik dibuka.Guess what? Kak Ira satu bilik ngan aku.Happy gak la.Dia pun gumbira nampaknya.Dia tanya aku,tahu ke siapa yang dah masuk sini sebelum kitorang,sebab dia nampak ada beg depan locker sebelah locker aku.Aku kata,tunggu je dia masuk nanti.Sebab aku pun tak tahu siapa.

Kitorang choose tilam masing2 (tilam la sebab katil doubledecker).Ada 2 katil,untuk 4 orang satu bilik.Aku sebenarnya tak berapa nak suka duk bahagian atas,sebab susah nak naik.Then,ada hamba Allah masuk bilik.Muka tak senyum wey.Apahal. Dia langsung tak cakap apa2.Aku assume maybe dia penat.Kak Ira tanya nama dia,dia cakap panggil je Shasha.Dia cakap kat aku,tilam bawah tu dia punya,jangan ambil.Amboi kerek nya dia.

Dah nak senja gitu,ada lagi sorang roommate kitorang masuk.Yang dia ni macam skema la pulak.Dia kata panggil dia Nurul.Awal2 lagi dia cakap nak tilam bawah.Aih lantak kau lah.Aku redha je tidur kat atas,asalkan ada tempat tidur.Masing2 dok sibuk kemas barang.Aku,Kak Ira and Nurul mula lah borak2(sesi perkenalan cewahh..) Rupanya Nurul sebaya dengan aku. Tapi si Shasha tu senyap je.Tak ada pun rasa nak bekenalan ke apa.Dia sumbat telinga dengan earphone,duduk kat meja study(meja study kitorang memanjang,so perkongsian bersama la).Situ lah tempat belajar,situ jugak lah tempat charge fon,water heater and tempat letak makanan.

Aku cuba tegur Shasha. “Erm Shasha,umur kau berapa?”.
Dia jawab 18.So sebaya aku ngan Nurul.
“Oh kita sebaya.Siapa hantar kau tadi?”
Dia jawab,”Makcik aku”.
“Oh.Memang kau yang pilih sendiri la nak masuk sini?”
“Makcik aku paksa masuk.Aku tak suka”.
Aku terdiam sekejap. Orang camni pun ada. Macam2 perangai.

Malam tu,ada orientation. Ok aku ringkaskan cerita aku pasal orientation semua tu.Takut lagi panjang dari essay spm.Orientasi selama seminggu,then class start. Kitorang berempat berlainan kelas.Tapi kuliah aku,Shasha and Nurul kat tempat yang sama.So pergi sesama la.Shasha ni jenis menyendiri.Orang tanya sepatah,jawab sepatah.Kadang tak jawab langsung.Handphone ngan earphone memang sahabat sejati dia la.Aku ada jugak cuba kenal dia lebih rapat,tapi dia macam buat tak endah.Aku malas nak amik port sangat.Dah memang dia jenis begitu,biarlah. Makin hari,aku makin selesa duduk kolej tu.Maybe sebab tak terlalu sunyi.Pelajar pun ramai yg stay hostel.Nampak meriah.

Satu hari tu,aku duk berdua je ngan Shasha kat bilik,sebab tak ada kelas.Kak Ira dengan Nurul mungkin balik petang,sebab kelas diorang padat. Aku habiskan masa dengan makan. Tiba2 Shasha cakap,”bell..kau kalau takut,aku ada.Aku keturunan baik,tak ada yang berani kacau”
Aku yang tengah mengunyah time tu,terus stop.Apesal pelik sangat eh.
“Kenapa kau cakap camtu Sha?”
Dia pandang aku,senyum sinis. Korang boleh imagine her looks yang macam kacukan india,mata buntang,alis hitam pekat,pandang korang dengan muka penuh misteri.kecut weyh.Macam orang psiko.Aku still tertanya-tanya apa dia cuba sampaikan sbenarnya.

Malam tu,kecoh pasal kes histeria.Lepas bacaan yasin kat koridor setiap tingkat,ada budak aspuri tingkat 5 tiba2 menjerit lepas bacaan doa.Nak dijadikan cerita,aku ni jenis boleh nmpak and rasa kwujudan ‘benda’ tu since kecik lagi.So bila jadi kes mcam tu,aku malas nak amik kesah sangat sebab aku taknak macam2 hal aku kena hadap nanti.Tak lama tu,diorang inform that girl dah ok.Lega lah dengar.Roommates aku pun malas nak amik peduli.Buat hal masing2 je.

Then,dalam pukul 11 lebih macam tu,aku nak pegi toilet.Tiba2 Shasha pegang tangan aku,dia kata nak teman.Aku macam pelik gak lah,tapi diam je.Masuk je tandas,dia kata dia tunggu aku.Actually,ada 5 shower room and 5 toilet dalam tu.Lepas je keluar,aku nampak Shasha berdiri pandang cermin.Aih buat hal betul lah pempuan ni.Dia toleh pandang aku,senyum sinis.Again and again dia buat muka macam tu.Pikir comel? alahai.
“Bell.kau jangan takut tau.Aku ada teman kau kalau kau takut.Sebab aku ni keturunan baik2.Dia takkan berani kacau aku.Kau pegang tangan aku,kau selamat”. Aku tak tahu nak cakap apa,sebab rasa pelik kenapa Shasha beria nak lindung aku.Kenapa dia tak buat the same thing pada Kak Ira and Nurul? Dia hanya bercakap dengan aku,and banyak berdiam bila dengan lagi 2 orang tu.
Shasha terus pegang tangan aku,balik ke bilik.
Sampai je bilik,dia buat dunno macam nothing happened.
Aku pelik.

Aku bukan nak judge Shasha macam2,tapi day by day,dia act weird gila beb.Kadang tergelak sendiri.Aku yang tengah buat kerja pun,sempat lah terhenti sekejap,sebab terkejut dia gelak kuat2.Bila aku tanya kenapa,dia senyap.Kak Ira ada juga tanya aku pasal Shasha,tapi aku cakap aku tak sure.Nurul pulak kadang tu cari pasal dengan Shasha,dia sound Shasha bila rasa terganggu. Shasha pulak pandang Nurul dengan jelingan maut dia.Aku just cakap kat Kak Ira and Nurul,jangan berkasar sangat dengan Shasha,sebab kita tak kenal dia macam mana.Buat nya dia buat benda pelik2,tak ke haru biru.

Aku akan sambung dalam post kedua if ada yang request nak tahu apa jadi selepas tu.And I tell you what,student2 senior ramai yang menyalahkan batch kitorang sebab konon nya bawak bala kat hostel. Ada salah seorang mpp kata before ni asrama aman je.Since kitorang masuk,dah start benda2 pelik happened.

Aku akan cerita selanjutnya nanti.
Cerita aku stop sini dulu.
Aku nak pegi makan.bubye~

– bell

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit